Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 30 September 2013

Info : Wanita dan Masalah Inkontines Urinari (UI)

Salam.

Haha, itu bahasa sopan, kalau bahasa pasarnya, sakit kencing tak lawas. Korang pernah alami tak gangguan kencing tak lawas ni? Actually, aku baru je pulih daripada gangguan ni...huh, Alhamdulillah, kalau tak, memang seksa. Siapa yang pernah alami, pasti faham apa yang aku rasa.

Aku sebenarnya tak tahu pun yang aku sedang mengalaminya. Cuma yang aku perasan, aku kerap pergi toilet untuk buang air kecil. Bila pergi toilet, buang...sikit je urine yang keluar tu, then dah cuci, keluar je toilet, kadang tak sampai 5 minit, dah rasa nak buang air kecil lagi. Aku perasan benda ni dah beberapa bulan lalu, cuma 2,3 hari ni baru betul-betul aku rasa banyak kali gila aku ulang-alik ke toilet. Penat tahu !! Konsentrasi untuk bekerja pon memang sumpah, terganggu ! Seksa, derr~

Apa sebenarnya Inkontines Urinari (UI) nie ??

Ia adalah keadaan di mana seseorang tu kerap kali pergi buang air kecil, tidak puas bila dah buang air kecil, dan rasa nak buang air kecil lagi, tapi bila pergi, hanya beberapa titis sahaja or sangat sedikit urine yang keluar tu. Hal ini dipanggil kencing tak lawas.

Ada juga yang terasa sakit or pedih ketika buang air kecil, perlu jumpa doktor, sebab takut 
terkena infeksi. Tapi Alhamdulillah, aku tak sampai tahap ni.

Puncanya ??

Kebanyakan yang aku Google, rata-rata cakap puncanya adalah tabiat menahan air kencing dan kurang minum air masak. Betul lah tu, sebab memang tak bagus kalau kita tahan kencing, sebab urine kita tu mengandungi bakteria-bakteria dan penuh dengan kuman, bila sampai masa dia nak keluar, kena keluarkan. Jangan suka tahan-tahan. Kalau dia tak dapat keluar, dia akan cari port dalam badan kita, tu sebabnya kadang-kadang boleh terjadi infeksi.

# Info lebih lanjut di Sini

Owh ya, jangan risau..Sebab rata-rata orang atau pakar pernah menyatakan bahawa seseorang itu pasti akan mengalami kencing tak lawas ni at least sekali seumur hidup. So, masih boleh dianggap normal lah, ala-ala senggugut. Cuma lagi bagus kita cegah dan jaga daripada terkena :)

Petua Merawat Masalah Inkontines Urinari / Kencing Tak Lawas ??

Petua Tradisional :-

i) Minum air basuhan beras yang sudah bersih sebanyak satu gelas selepas makan tengahari. Amalkan kerap sehingga sembuh. InsyaAllah

ii) Minum air rebusan barli ( oleh kerana aku malas nak rebus rebus ni, aku order je kat kedai, 
barli suam, tapi siap campur limau sikit, hahaha aku tak tahu lah berkesan ke tak kalau campur limau, nak sedap punya pasal :p )

Ubat :-

i) Ada yang syorkan jumpa doktor, nanti doktor akan bagi ubat minum dan antibiotik. Ha minum je ikut arahan.

ii) Minum jus Cranberry (ramai yang syorkan, sebab jus Cranberry ni memang fungsinya baik 
untuk sistem urinari dan perkumuhan)



Jus ni aku try cari dekat 3 farmasi berdekatan dengan rumah aku, tapi semua takde. Tapi satu farmasi tu cakap ada jus Cranberry cuma lain jenama, jadi aku pon beli je lah. Ni yang aku beli :

Besar gedabak okay jus nya (-_-')
 
Harga dia Rm 39.90, tapi ada diskaun dapatlah Rm 35.90 sajer..Minum 20-30 ml sehari. Actually, suka hati, nak minum berapa kali sehari sebab benda ni bukan ubat, dia memang pure jus daripada buah Cranberry.

So, bayangkanlah kalau dah pure tu, betapa masammmmmnya rasa dia kan...owh ya, yang 
mana nak merawat kencing tak lawas tu, minum pure je gitu ya, tak payah tambah gula, takut kurang berkesan. Boleh tambah air sikit lah, kalau takut masam.

...

Btw, hari tu aku dah minum 2 hari jus ni, tapi tak berkesan pada aku. Aku dah macam risau gila okayyy~~ pehal pulak dengan aku ni kan ! Aku citer dekat mak aku....

Then, mak aku cakap, nanti try berurut pulak takut aku kencing tak lawas bukan sebab tahan kencing or apa, tapi takut sebab peranakan aku dah terturun...

HAHH ??


Terus bertubi-tubi aku tanya mak aku, apsal boleh terturun?Apesal aku belum kawen lagi tapi boleh terturun? Bukan orang dah kawen je ke yang terturun? Normal ke benda ni mak? Owh mak..mak dan emak...dan bermacam-macam soalan lagi aku tanya. HAHAHAHA...

So, next entry aku akan cerita macam mana organ peranakan seseorang perempuan tu 
boleh terturun even dia belum lagi berkhawin dan masih lagi dara. Apa punca dan apa cara untuk menaikkan semula organ peranakan tersebut. Jangan risau, ia normal cuma PERLU DINAIKKAN SEGERA BEFORE TERLAMBAT. so dangeroussszzzzzz~ hahaha

Baca entry aku masa berurut naikkan peranakan (klik)

Okay tu je info berdasarkan beberapa sumber dan pengalaman sendiri. Harap bermanfaat ya :)

Saturday, 28 September 2013

Artwork Kegelapan Aku Dah Siap !! :D


Salam. Akhirnya...


Siap jugak artwork kegelapan aku nih. Aku ambil masa dekat 3 minggu nak betul-
betul dapatkan mood untuk siapkan tu. Fuhh, tak pernah selama itu before nih.

Pada aku, artwork aku kali ni, mengisahkan seorang perempuan yang hidupnya
dikelilingi oleh manusia-manusia yang hipokrit dan tamak, dikelilingi oleh manusia-
manusia yang berpura-pura menyayanginya, yang meninggalkannya tanpa rasa
bersalah, membuat dan membiarkan dia hidup dalam rasa yang 'sangat sendiri
dan sepi'.

Sakit. Sampai akhirnya dia berubah menjadi seorang yang liar, yang tidaj
pedulikan lagi manusia-manusia di sekelilingnya, dan dia menjadi seorang yang susah
untuk mempercayai walau sesiapa pun.

...

Jadi, oleh kerana rasional yang heavy ini lah yang membuatkan aku teramat susah nak
dapatkan feeling tu, sebab mostly perasaan aku 2,3 minggu ni gembira. Paling tak pon
tak sihat. Aku memang tak boleh buat artwork kegelapan dalam mood gembira,
segala bagai yang aku lukis even segaris helaian rambut pon akan rasa tak ikhlas.

Faham tak maksud aku? Hahaha, sebab tu lah artwork yg ni lambat gila nak siap :p

Okay, tanpa membuang masa, aku introduce to all, 


...


MISS MISERABLE



"You'll never understand what that she's afraid of...
You'll never know why she's being like that...
and you'll never wish to know of what she can do when finally she's feel so weak..."

Okay, boleh klik Sini untuk lihat process artwork ni, thank you :)


Thursday, 26 September 2013

I'm sick



I'm tired of myself...

:'(

any continuous forgiveness for me, for being like this without my mind permission...

?

...

:'(


Thursday, 12 September 2013

Sesuatu Yang Gelap Bakal Tiba...


(lakaran awal yang kasar)

Artwork kegelapan aku akan tiba tak lama lagi...


(sila bayangkan siap ada sound effect serigala menyalak sayu~ dari jauhh...)


Tuesday, 10 September 2013

Beliau Hanyalah 'Seekor' Kerusi...







Hai. Nama saya kerusi. Tapi ada orang yang masih keliru, kadang-kadang mereka
memanggil saya ni bangku. Tapi lantaklah, apa pun yang mereka panggil, aku tetap
sebuah kerusi, yang berfungsi menjadi tempat duduk mereka. Kadang-kadang mereka
pijak aku, sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Macam dah takde benda lain apa nak pijak??

Teringat aku pada arwah nenek aku yang juga merupakan sebuah kerusi. (yelah takkan
lah nenek aku sebuah van pulak kan, luar tabi'i tu~haha). Masa tu aku kecik lagi, nenek
aku masa tu dah uzur. Dah ada sakit kulit, kulit dia banyak tumbuh dengan cendawan.
Berpanas berhujan di luar, aku yang tinggal di dalam rumah tuanku, hanya mampu melihat
saja dengan hati yang sayu.

Satu hari, anak tuan aku bermain badminton di laman rumah dan entah macam mana bola
badminton tu tersasar dan jatuh di atas bumbung rumah. Dengan rasa tak bersalah, tuan
aku pun memanjat dengan memijak nenek aku, untuk mencapai bola badminton tersebut.
Nenek aku menjerit ! Sakit ! Berkeriut-keriut bunyi tulangnya. Aku rasa macam nak lari
je selamatkan nenek, malangnya aku tak boleh, sebab aku kaki bangku !

Hmm...nenek aku mati ketika itu juga, akibat dipijak terlalu lama sehingga nenek patah riuk.
Aku sedih, tapi dalam masa yang sama, aku puas hati sebab tuan aku jatuh tersembam ke
tanah masa tu. HAHAHAHA !

Sekarang, dah 3 tahun nenek tinggalkan aku. Aku pun dah tak berapa nak empuk. Tulang
aku asyik sakit dan berbunyi-bunyi saja. Tuan aku juga dah beli set sofa baru, huh..musuh
ketat aku tu. Selalu sofa tu memperli-perli aku. Menyampah betul aku !

Kadang aku terfikir, nanti bila dah tua, adakah nasib aku akan jadi macam nenek, duduk
di luar menanti masa untuk patah / reput...?

Tidaakkk ! Aku tak nak mati macam tu !!!! Tolonglah, jadi kreatif sikit dengan mengitar
semula diri aku ni, sebelum aku betul-betul reput. At least, aku masih boleh berkhidmat untuk
tuan aku, macam ni :

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating
green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating
green ideas to reuse and recycle wood chairs for home decorating

Dan kalau korang nak lagi hasilnya cantik, boleh lah cat dulu aku ni, gunakan gam yang
kuat atau pun apa-apa alatan yang berkenaan. Barulah nasib aku tak macam nenek aku
dulu. 

Hmm...

(motiflahhhh aku buat citer macam ni haaaah~~~) (-_-')



Saturday, 7 September 2013

Antara Big Shot Machine & Craft Sewing Machine...Arghhh !!

Salam. Hadoi, aku tengah confused sekarang ni.

Aku nak beli Mesin Big Shot dan Dies.
Tapi dalam masa yang sama, teringat pulak mak aku suruh aku beli mesin jahit.



MESIN BIG SHOT !

Berfungsi sebagai puncher. Sangat berguna untuk pemotongan pelbagai jenis bentuk
dan boleh potong pelbagai material seperti felt, foam, kertas, kertas keras, aluminium
dan banyakkk lagi. Ia juga boleh buat embossing pada kertas biasa mahupun kertas keras.
Embossing means bila kita sentuh corak atas kertas tu, dia timbul.



Banyak fungsi mesin Big Shot ni juga. Dan kalau nak guna Big Shot ni, kena beli Dies.
Dies adalah mata pemotong lah kiranya. Dies ada pelbagai bentuk dan corak. Harga memang
mahal. Mesin ni je dah cecah Rm 500. Dies paling murah maybe dalam Rm 30, tapi itu
satu bentuk dan satu saiz je. Harga Dies boleh jadi lebih mahal sampai beratus, mengikut
berapa rumit bentuk tu, berapa banyak dan sizenya. Fuhhh~

Dies potong pelbagai bentuk dan saiz
Dies untuk Embossing
Ini antara contoh kraf yang boleh dihasilkan dengan mudah dan pantas dengan adanya mesin
Big Shot ini :

  

Memang teringin sangat nak memiliki Big Shot ni....tapi dalam masa yang sama, aku jadi
confused. Adakah Big Shot ataupun mesin jahit yang boleh tolong aku mempercepatkan
proses aku menjahit bantal ???

Even aku beli mesin jahit pun, aku masih belum reti lagi nak guna mesin jahit yang letrik tu.
(jujur betul~haha)

Dan kalau aku nak beli big shot pon, belum tentu aku dapat jual produk hasil guna big shot
tu untuk dapatkan semula jumlah RM modal beli mesin tu dalam masa yang terdekat ni.

Arghhhh !!! Dua-dua aku nak.
Kedua-duanya ada kegunaan besar dalam bisnes kraf aku. Cuma ongkosnya saja ya pak yang
masih buat gue teragak-agak mau beli mana satu...

"Cita-citaku~menjadi orang kaya~oiii~~"

Mesin Big Shot + Dies : Rm 600++
Craft Sewing Machine : Rm 900++

Any ideas of places yang aku boleh dapat harga murah sikit untuk dua ekor menatang ni??


Tuesday, 3 September 2013

Respon terhadap isu harga minyak naik :)

Salam. Well, as expected ! ;) Dengan menggunakan ayat 'pengurangan subsidi' maka
kerajaan berjaya menaikkan harga minyak.

Ramai orang tampil dan berlagak selaku juri, memberi pendapat tentang isu ini dengan lantang.
Ada yang mengeluh, ada yang merungut, ada yang siap menjahanamkan pam di stesen minyak,
tak kurang juga yang menyokong dan rasa okay dengan tindakan kerajaan ini.

Okay, mari kita teliti satu-satu, sebab dan mengapa ataupun apakah keadaan yang menyebabkan
mereka memberi respon yang berbeza terhadap tindakan ini :

1. 20 sen je kot

Mungkin mereka jenis yang tidak berkira. Yelah, dua posen je pon, macam celah gigi je. Lainlah
kalau naik sampai Rm 1 kan? Tapi, kalau naik sampai Rm 1 sekalipon, mungkin mereka tak ambil
kisah sangat, bayar je lah. Mungkin mereka juga jenis orang-orang berada, yang tak ambil pusing
sangat benda-benda remeh macam ni. Mungkin :)

2. Okay lah tu, stabil

Mungkin mereka berpendapat dengan turunnya harga kereta, maka memang wajarlah kenaikan
harga minyak dilakukan. Orang kata, ada yang turun, ada yang naik. Jadi, kira stabil lah tu.
Mungkin :)

 3. Sokong demi kebaikan kerajaan

Mungkin mereka adalah penyokong Parti Barisan Nasional yang sangat kasihankan kerajaan
yang menanggung sejumlah besar untuk subsidi minyak. Jadi, mereka rela subsidi mereka
dikurangkan dengan membayar lebih untuk harga minyak, demi menyenangkan kerajaan
mereka yang tercinta. Mungkin :)

4. Mengeluh kerana kerajaan BN

Mungkin mereka adalah penyokong Parti Pakatan Rakyat yang sudah dapat mengagak hal ini
pasti akan berlaku daripada dulu lagi, jika rakyat tidak mahu menukar kerajaan BN pada PRU
yang lepas. Kerana itu mereka mengeluh, merungut dan menyalahkan mereka yang mengundi
BN kelmarin. Mungkin :)

5. Boleh cari penyelesaian lain

Mungkin mereka adalah orang yang tak suka bergantung pada satu-satu sumber sahaja.
Contoh, dengan membeli kereta yang berbateri Hybrid, yang mampu menjimatkan minyak.
Memang menjimatkan. Tapi, mungkin mereka anak orang yang berkemampuan untuk
membeli kereta berjenis Hybrid, sebab tak semua mampu memiliki kereta Hybrid Apatah lagi
kos penyelenggaran bateri Hybrid jika rosak, masih mencecah ribuan ringgit walaupun
selepas diskaun. Oleh itu, mungkin mereka orang berada. Mungkin :)

6. Terpaksa terima

Tak nak terima, tapi apa boleh buat melainkan terpaksa menerima? Mungkin mereka ini
datangnya daripada golongan-golongan yang sederhana, yang berpendapatan rendah dan
mungkin juga terdiri daripada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik. Mungkin kenaikan
20 sen itu pada mereka sedikit sebanyak membuatkan perbelanjaan bulanan mereka terjejas.
Mungkin keadaan mereka sekarang agak terdesak, apatah lagi setelah diumumkan harga
kenaikan minyak baru-baru ini. Walaupun harga kereta turun, tapi perlu difikirkan, apa gunanya
jika mereka sudah ada kereta. Sama saja. Dengan subsidi pula dikurangkan, jadi mereka
terpaksa menerima. Mungkin :)

7. Cari gaduh

Perkara ini tercetus akibat pertelagahan pendapat daripada dua belah pihak tentang isu ini,
sama ada antara golongan berada dengan golongan kurang berkemampuan, dan antara penyokong
Parti BN dengan Parti PKR. Mungkin :)

8. Protes dan tunjuk perasaan

Mungkin mereka sudah lama marah dan menyimpan rasa bengang dengan putar belit
kerajaan yang dulunya kata tidak, tapi sekarang lain jadinya. Apabila hak bersuara itu
sebenarnya tidak dibenarkan dan tidak diambil kira ataupun terhalang hanya kerana mereka
tidak berkuasa, maka ini lah jadinya. Mungkin :)

Semua respon ini berdasarkan apa yang aku lihat di laman-laman sosial, media, surat khabar
dan sebagainya. Semua kemungkinan ini adalah olahan aku tentang apa yang mereka fikir dan
rasa, berdasarkan keadaan mereka sama ada senang atau pun susah. Semua hanya kemungkinan
sahaja :)

Jadi, siapa pun kau dan apa pun pendapat kau, memang takkan dapat diterima oleh semua
pihak kerana kau bercakap tanpa mengetahui keadaan orang lain, dan orang lain tak dapat
menerima apa yang kau cakap kerana keadaan kau lain daripada keadaan mereka. Harap kau
dan aku, boleh memberikan pendapat dan menghormati pendapat orang lain. Bukan memaksa
mereka berpendapat sama seperti apa yang kita rasa :)

Sekian, terima kasih (n_n)


Psst : Setuju tak kalau aku cakap, seseorang itu takkan faham erti dan kepentingan kitar
         semula, sehinggalah dia sendiri menjadi salah seorang daripada gelandangan yang
         sentiasa mencari barang terbuang untuk dikitar semula demi mendapatkan wang. Kau
         tau apa itu gelandangan? Gelandangan tu orang-orang yang tidur di merata tempat,
         yang tak punya rumah, dan melilau cari makan di tong sampah dan sebagainya.
         Setuju, mungkin? :)