Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 23 January 2014

Bersolat dalam gelap??



Salam. Takde salahnya pun kalau nak bersolat dalam gelap mahupun terang,
apa yang aku nak cerita kat sini adalah cerita masa aku kecik-kecik dulu.

Ya....aku selalu terkejut bila nampak mak aku tengah bersolat dalam gelap...
(-_-')

Aduhaii.....macam hantu gula-gula...wuwuwu....paling aku ingat, masa umur
aku dalam 6 atau 7 tahun masa tu :

Sekolah rendah kan memang masuk jam 7.30 pagi, so memang bangun awal.
Aku dalam 6.30 tu dah siap-siap dan dah turun bawah nak sarapan pagi.

So hari tu, aku dah siap semua, bawak beg Power Rangers aku dulu tu,
haha so turun lah bawah dengan mengantuk dan penuh rasa malas nak
ke sekolah.....

Tangga rumah aku tu jenis yang bersegi-segi sikit, so turun daripada atas,
tak nampak bahagian bawah kat ruang tamu, bila dah tiba bawah, kena pusing
sikit untuk turun lagi 3 anak tangga...bila dah pusing tu, barulah nampak
keseluruhan ruang tamu rumah....

Dan aku pun turun dengan kadar yang agak segera, aku tengok suasana
kat bawah gelapppp je, belum bukak lampu, so aku turun je lah, dah nak sampai
tangga bawah, sekali aku pusing je, betul-betul mak aku tengah solat dekat
bahagian depan tangga tu......tegakkkk je bertelekung putih......lutut aku terus
lembik je, lemah bila aku ingatkan itu hantu.... (-_-')

Adalah dalam beberapa saat aku macam terdiam sebab terkejut gila....
Kusss semangat, rupanya mak aku tengah solat subuh kat ruang tamu...
Serius memang aku terpana seketika...Hahaha

Mujurlah aku ni jenis yang terdiam bila terkejut, kena kalau yang terus
tercarut, tak ke naya~~ Hahaha...

(weh, tp ni masa aku kecik-kecik je tau~~~dah besar ni, kurang lah terkejutnya tu)
Haha...



2 comments:

reenapple said...

Dasyat kau bawak beg Power Rangers. Huuu.

Ehhh nape Mak kau solat kat ruang tamu? Kalau aku pun, kompom terkejut.. huwaaa

nuyui a.k.a miss YUI said...

hihi..time kck biasala tkut2..skg bsar pun ada tkut gak..kui2