Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 15 January 2014

Lagu 'Kekasih Abadi' nyanyian LISA SURIHANI & suaminya :D



Salam. Aku terdengar lagu ni di Hot FM tadi. Lagu ni dimulakan dengan suara
perempuan, yang pada aku sangat sedap sebab suara dia besar gitu. Terus aku
tekan button record dekat phone aku untuk merekod lagu ni.

Dengar-dengar lagi, suara lelaki pulak masuk. Lagu duet rupanya, tapi eh..apesal
suara lelaki ni macam suara Yusry?? Lagu baru nih ! Dann....terus aku tertanya-tanya
siapa penyanyi perempuan ni dan serentak tu juga kepala aku secara automatik
mendapat jawapannya, Lisa Surihani !!

Terus google, cari info tentang lagu ni, dan ternyata ianya memang lagu nyanyian
Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim yang merupakan suaminya sendiri. So sweet
okay lagu ni, muzik dia sangat memberangsangkan dan rasa semangat je. Haha~

**********************************

Sumber daripada Gua.com :

Sumber
Tidak pernah terdetik di dalam diari hidupnya untuk bergelar seorang penyanyi.
Namun kerana cinta tulus pada sang suami, pelakon jelita Lisa Surihani akhirnya
bersetuju untuk berduet bersama Yusry Abdul Halim menerusi lagu ciptaan adik
iparnya sendiri, Edry berjudul "Kekasih Abadi".

Menerusi laman Instagram, Lisa memberitahu walaupun kurang yakin dengan
kemampuan vokalnya tetapi kerana suami tercinta, dia sanggup bersetuju untuk
menyanyi, lebih-lebih lagi selepas diyakinkan  oleh suami. Menurut pelakon filem
‘Istanbul Aku Datang’ ini, setidak-tidaknya mereka mempunyai sebuah lagu cinta
untuk diabadikan bersama.

“My husband insisted I did this with him, finally agreed after so much convincing.
I did it for you Baby. Thank you for the just-for-fun experience :) singing is
something that I lack so much confidence for but because it's with you... I thought
again, at least we have one song together to cherish the love we have. Song is written
and composed by Dd, my brother-in-law, I thank him too for having faith in me
more than i do for myself.”

"Kekasih Abadi" merupakan single pertama keluaran KRU Music bagi tahun 2014
dan adalah percubaan sulung Lisa dalam menyampaikan sebuah lagu
secara komersial. Lagu ini akan digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah
program travelog 13 episod, ‘Pasport Cinta Yusry Lisa’ yang bakal disiarkan di
RTM 2 mulai bulan Mac.

Sumber
Lagu yang melambangkan ikrar cinta sejati mereka ini juga bakal dimuatnaik
secara rasmi di rangkaian YouTube KRU Music pada 8 Januari. Bagi mereka
yang ingin mendengar lagu ini, "Kekasih Abadi" sudahpun berada di pasaran
melalui iTunes manakala nada dering akan mula dipasarkan pada minggu
hadapan menerusi syarikat telekomunikasi tempatan.

Sebelum ini, Yusry telah menghadiahkan Lisa sebuah lagu berjudul
"Selamat Hari Kita" yang dicipta dan dinyanyikannya bersempena
ulangtahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari 2013.

**********************************

Dengar lagu ini di sini (video bersama lirik)


P/s : aku dengar dalam lagu ni, Lisa Surihani dapat membunyikan perkataan
yang mempunyai huruf 'R' dengan jelas dan tak pelat macam dulu lagi.
Wahhh~ Yusry ke yang ajar beliau?? Haha so sweet okay~ (n_n)


4 comments:

Mysara Ab Rahman said...

sweet je husband n wife ni

reenapple said...

Aku suka diorang ni. Low profile.

eima said...

comey

Anonymous said...

Akak suka pasangan comel ini.. tapi tak suka idea of buat lagu... coz.. some time it like a curse... cinta yg terlalu di gembar gembur ni... yeah.. u know.. like erra fazira dgn awie... like ajai n nurul... kalau x silap erra n yusri dulu pun ada lagu together kan...

Akak cuma x nak 'curse' lagu cinta mereka tu nanti ... makan diri.. hurm..hurm..hurm...


Nong andy