Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 5 January 2014

#UPDATE : 'Stealing' Artwork...


Salam. Ada orang like page craft aku hari tu. Hari ni baru aku tergerak
nak ushar-ushar siapa yang like. Satu nama menarik perhatian aku, dan aku
klik link facebook dia.

Wow, ada design-design kad yang menarik. Ala-ala western style. Dia tulis,
klik link ini untuk lihat lebih banyak design. Maka aku dengan lajunya klik
link tersebut. Memang cute-cute, dan aku klik album untuk lihat lagi. Tapi,
alangkah terkejutnya aku, apabila melihat ini...


Klik lah sendiri untuk besarkan gambar kalau korang tak nampak...

Yup, itu bantal yang aku buat, di bawah nama Hummy Lovey. Ini adalah pic
yang asal, yang aku upload di page aku :


Ya, mungkin salah aku sebab tak letak setepek besar watermark di situ,
watermark yang akan mencacatkan gambar bantal ni. Hmm...

Small matter, tapi bagi aku besar ertinya. Bukan bagi aku je, tanyalah mana-mana
manusia bergelar designer, yang 'merekacipta', sure faham apa aku rasa. Kita buat
susah-susah, boleh dia 'curi', dan assume itu adalah hasil kerja mereka. Siap bagi
harga dan size lagi tu. Siap letak watermark dia di situ. Ini bukan something yang
dipanggil konsep ataupun pengaruh, tetapi ini seperti pengkhianatan.

Ya, atleast kalau di bawah kata 'konsep', ia seperti pengaruh, tentang dari mana
kita dapat idea tentang sesuatu itu. Memang lain jika dan dibandingkan dengan
pengkhianatan yang terus 'menghilangkan' info-info asal, dan meletakkan info
baru seperti itu 'penemuan' anda.

Memang menggigil tangan aku nak komen kat page tu tadi, sebab aku tahan
geram. Tahan marah! Marah !

Aku tak kisah kalau nak tiru design aku, tapi yang pentingnya kena buat
sendiri lah, kena BUAT SENDIRI dan barulah boleh cakap itu artwork kau,
dan orang boleh order dengan kau...dan tepek lah besar2 mana pun
watermark kau, aku takkan marah. Sebab itu adalah artwork kau yang
menjadikan bantal aku sebagai contoh.

Ini guna gambar aku, guna artwork aku, dan crop watermark aku.. Heii~~
sabo je lah kak ton ni haa~~~~



Update Info :

Owner page tersebut telah pun mendelete gambar tersebut setelah kawan-kawan
aku pun mengomen di pic itu tanda protes. Terima kasih pada kawan-kawan aku
yang dengan rela hatinya menegur owner page itu dengan cara tidak memaki. Aku
sangat hargai, terima kasih :)

Dan kepada owner page itu, ini mungkin pengajaran untuk awak, ya. :) Dan
kepada 'pencuri-pencuri' tegar, bila anda mencuri, sampai bila pun anda tak
pandai, dan maaf, ia takkan menjadikan anda seorang pereka yang hebat ;)


8 comments:

reenapple said...

Huuu. Sabar Lyn Sabar * urut dada kau*. hehehe

Yaaa... aku faham erti 'pengkhianatan' itu. Aku faham sangat. Even situasi kita tak sama tapi hey, memang kejam orang yang berperangai sebegini. Hurmm . Tak apalah biar DIA je yang balas.

Amirah Nuraisyah said...

copycat..awak sabar yea..huhu kat dunia ni ada ja manusia camtu. tak pikir penat lelah orang lain. pakai amek jee tanpa kebenaran si pencipta design..huhu

Tinta Lana said...

Salam.

Aku cukup geram orang macamani lynn..

Haritu pun, doodler..aku dah lupa nama blognya..jadi kes mcmni jugakla. Main bedal mengaku ini milik dia. Kita punya la penat buat, boleh rasa tak bersalah ambik org lain punya..tak faham perangai macamni.

nurdani said...

nampak sangat dia touch up tulisan Wedrick herline tu dengan warna putih

Genre Dari Langit said...

So... apa komen ko kat fages tu lynn?


Nong andy

zaza zehra said...

geram lak rasa..sabar ye lynn..

eima said...

lain kali repot polis .. boleh ek ... sbb belum ade hak cipta terpelihara lagi ... hmmm

tp mmg tak patut ... hmmm tp mmg cun pun

Anne Nurain said...

suka2 je nak curi artwork orang lain.. nasib baik dah delete.. mesti dia malu punya.. hehe..