Happy Three Friends

Miss Money

Monday 10 February 2014

Tips Ambil Gambar Produk Jualan Guna Kamera Digital Biasa




Salam. Anda seorang peniaga kecil-kecilan atau besar-besaran yang berniaga
secara 'online'? Jika ya, tips ini memang untuk anda. :)

Ramai peniaga 'online' hanya menitikberatkan kepada maklumat-maklumat
atau butir-butir tentang mereka, tetapi lupa untuk 'menyediakan' gambar yang
menarik untuk tatapan para pengguna internet.

KENAPA GAMBAR PRODUK PENTING??

Ada orang berpendapat bahawa, asalkan maklumat dan testimoni (jika ada)
dijelaskan dengan terperinci, pun dah boleh menarik minat orang untuk
membeli, jadi buat apa nak ambil-ambil gambar produk bagai??

Ada juga yang menganggap gambar produk tidak perlu cantik-cantik, sebab
orang nak baca maklumat saja, bukannya nak tengok gambar sangat kan??

Semua pendapat dan anggapan ini adalah tidak benar sama sekali, gambar
produk adalah sangat penting, KERANA :

1. Sebuah gambar produk yang cantik, dapat memberi imej yang hebat untuk
si penjual.

2. Sebuah gambar produk yang cantik dan dapat memberi imej yang hebat untuk
si penjual, mampu memberi keyakinan kepada para pembeli untuk membeli
dengan penjual barang tersebut.

3. Sebuah gambar produk yang cantik akan bertindak seperti magnet, yang mana
mampu membuat orang tertarik untuk klik untuk ambil tahu tentang
produk tersebut, walaupun mereka tidak berniat untuk membeli.

Justeru, saya amat menggalakkan peniaga-peniaga online seperti anda agar
mengambil gambar produk anda sebaik yang mungkin. Jangan beri alasan
anda tidak mampu membeli kamera DSLR yang besar dan berat tu, kerana
untuk mengambil gambar yang bagus bukan bergantung kepada kamera yang
bagus semata-mata. Kamera digital biasa, juga boleh menghasilkan gambar yang
cantik, jika kena dengan gayanya.

(Harga kamera digital yang mampu dimiliki bermula daripada Rm 299
- Rm 499 sahaja, aku tetap nak suggest belilah kamera digital Canon
atau Nikon, sebab kedua-duanya bagus! )

Dengan rasa rendah diri, saya akan kongsikan sedikit tips mudah untuk anda
mengambil gambar produk anda dengan baik :

Tips Ambil Gambar Produk Jualan Guna Kamera Digital Biasa



1. CUKUP PENCAHAYAAN


Pastikan ketika anda mengambil gambar produk, cahaya yang 'ada'
adalah mencukupi.

Terpaksa guna gambar DSLR sebab Flash kamera digital tak pop-up mcm ni..hehe

- Jika ambil gambar pada waktu malam, JANGAN GUNA FLASH PADA KAMERA!
Flash pada kamera hanya mencacatkan gambar anda sahaja, sebaiknya buka lampu
atau cari ruang yang mana anda boleh dapatkan cahaya yang cukup untuk mengambil
gambar. (cahaya yang dimaksudkan adalah sumber cahaya daripada lampu yang
berwarna putih)

Atau anda boleh buat satu mini studio (WHITEBOX LIGHTBOX) untuk shoot product
anda seperti ini :



- Jika ambil gambar pada waktu siang, boleh guna salah satu daripada 3 sumber
cahaya iaitu direct cahaya matahari, reflect cahaya matahari, cahaya lampu (jika
di dalam rumah / bangunan)

Jika anda ingin menggunakan sumber cahaya daripada lampu untuk mengambil
gambar di sebuah ruang di dalam rumah / bangunan yang mempunyai tingkap yang
luas dan membolehkan cahaya masuk, pastikan kesemua langsir tingkap ditutup
sepenuhnya, bagi mengelakkan 'cahaya yang terlebih'.

Jika mengambil gambar produk di luar, dengan menggunakan cahaya matahari,
anda boleh guna cahaya direct daripada matahari, ataupun menggunakan kaedah
reflection, seperti ini :


Benda yang lelaki tu pegang dipanggil 'Reflector' yang berfungsi sebagai pemantul
cahaya. Berfungsi untuk mendapatkan cahaya yang 'just nice' atau lembut terhadap
objek. Boleh gunakan apa saja yang boleh memantulkan cahaya

2. Cari / guna / buat latar belakang gambar yang bersesuaian

Kebanyakan yang saya lihat, mereka yang menjual produk-produk kecantikan
dan kesihatan kurang mempraktikkan ini. Kebanyakan gambar yang saya lihat,
kurang cahaya, kabur dan tidak jelas, serta 'dilatarbelakangkan' dengan latar
belakang yang seperti atas meja yang ada tudung saji kat belakang, latar belakang
produk atas tilam dan termasuk sekali gambar bantal peluknya, ada gambar
produk kecantikan yang yang diletak atas lantai, lalu diambil gambar.

Okay, bukan tak boleh, boleh je...tapi apa kata kita buat background bersungguh-
sungguh sama macam kita bersungguh-sungguh nak jual produk tu :) Dua
cara anda boleh guna untuk mendapatkan latar belakang,

- Cari latar belakang berwarna putih or buat mini studio macam tadi, 
lihat contoh gambar produk yang menggunakan latar belakang berwarna
putih / cerah / plain :

Gambar produk makanan
Gambar Produk Kecantikan
Gambar Produk Kesihatan dan ubat-ubatan
 - Atau kalau rasa warna putih membosankan dan anda nak sesuatu yang unik
sebagai background untuk menambah 'feel' pada gambar dan produk tersebut,
 cari / buat / susun atau hias latar belakang yang sesuai dan yang berkenaan seperti ini :


Produk kecantikan yang dihias dengan elemen-elemn semulajadi mampu
menambah feel kepada produk tersebut
Produk makanan biasanya menggunakan latar belakang di atas meja yang
boleh menambah mood dan sekaligus mampu menggambarkan produk itu
sesuai dimakan ketika bila, dan dengan apa (minuman)
Barangan kraf juga boleh si-shooting- menggunakan background yang sesuai
3. Penggunaan Model Bernyawa

Penggunaan model juga penting terutamanya dalam memperagakan produk
seperti baju, seluar, skirt, tudung, handbag, gelang tangan, necklace, bagi
tujuan memperlihatkan size sebenar produk atau pun gaya apabila produk itu
dipakai. Penggambaran model juga boleh diambil dengan kamera digital biasa
dengan syarat; CUKUP CAHAYA DAN PENGGUNAAN LATAR YANG
BERSESUAIAN :)

(Yang ini banyak butik-butik online dah praktikkan sama ada shoot model
dalam studio, indoor mahupun outdoor, dan hasilnya amat memberangsangkan
berbanding mereka yang berniaga pakaian tetapi hanya menyarungkannya pada
patung, atau sangkut sahaja di hanger baju dan shoot :)

Contoh gambar :

Selain penggunaan model semata-mata, gaya model itu sendiri haruslah ada 'class'
untuk menaikkan seri produk yang dipakai agar produk dan jenama produk nampak
lebih ekslusif (EDZ eightDesignsBoutique)
Kamera digital biasa juga boleh menampilkan hasil fotografi yang luar biasa
jika diberi sedikit 'sentuhan' menggunakan Adobe Photoshop
(Sumber : Gaya Islam)

dan sebagainya.....klik untuk tips yg lebih lanjut di SINI

******************************************************

Baiklah itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Aku bukan kongsikan manual
cara guna kamera digital, sebab aku rasa masing-masing pandai guna kan?
Jadi, apa yang aku share semua tu adalah sedikit tips cara anda 'memanipulasi'
produk dan cara penggayaan produk itu sendiri, untuk kelihatan menonjol
dalam sesebuah gambar.

Itu saja, harap bermanfaat. Terima kasih sudi singgah sini (n_n)

4 comments:

Kuazue Mohd said...

terima kasih atas ingatan...

kuazue.blogspot.com

ibuhebat said...

suka tips2 di atas! insyaAllah akan dimanfaatkan! :)

eima said...

nanti akak nk guna tips ko ni

licha said...

wah. .tips yg berguna ni utk orang yg jual produk