Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 17 February 2015

Aku Lagi Rela Daki Gunung Daripada Lari 100meter


Salam.
Ya! Aku kan pencinta alam, jadi dah sah-sahlah aku lebih rela panjat-panjat gunung, daripada bersukan. Mendaki dan bersukan; adalah dua benda yang sangat berbeza bagi aku.

Mendaki gunung adalah suatu aktiviti yang mencabar fizikal dan mental, yang mana ianya TIDAK TERIKAT DENGAN MASA yang ditetapkan untuk dapatkan ganjaran. Maksudnya, ia adalah aktiviti yang santai, yang tidak terburu-buru dan tidak mempunyai tekanan daripada segi masa dan pihak pasukan sebab takde ganjaran.

Berbanding dengan bersukan, yang awal-awal lagi dah ditetapkan dengan matlamat 'Mesti Menang' ataupun 'Mesti dapat 1st Place'...Owh memang aku tak boleh kalau ditekan macam tu. Stress kot. Lagi pulak kalau sukan yang memerlukan kepantasan untuk menang, contoh macam lumba lari. Pergh! Memang bukan aku lah untuk bertanding dalam arena sukan macam tu. Haha~

Aku lebih suka aktiviti mencabar yang dalam masa yang sama, menenangkan. Paling best, aktiviti yang 'dekatkan' aku dengan alam semulajadi, seperti:

Mendaki

Jungle-trekking

Flying Fox Dalam Hutan
& Lain-lain Yang Seangkatan Dengannya

Seriously aktiviti-aktiviti inilah yang boleh buatkan aku relaks dan release tension. Satu-satunya pengalaman mendaki aku adalah waktu aku form 4 dulu, mendaki Gunung Ledang. Pengalaman tu sangat-sangat berharga bagi aku. Gambar bawah ni dipanggil KFC. Station paling susah untuk didaki masa tu.

Tapi sekarang dah ada tangga. So, para pendaki tak perlulah tergayut-gayut guna tali kalau nak panjat tu. Kurang adventure sikit lah, hehe :p Then, kalau mendaki Gunung Ledang, port paling best didaki adalah bahagian yang dipanggil Batu Hampar. Curam hampir 90 darjah!!

Dulu tempat ni paling adventure sebab kena panjat guna tali so memang tangan dan kaki kena kuat! Sebab tebing tu curam dan agak jauh (tinggi) nak sampai ke atas sana. Tapi laa ni dah ade tangga. So mudahlah, ade option bagi yang dah kurang stamina masa tu kan.

Dan yang paling aku tak akan lupa sampai bila-bila, PALING BEST adalah di saat kaki aku berjaya jejak ke puncak Gunung Ledang tu, dan duduk juntai2 kaki di tebing sambil menikmati pemandangan yang terbentang luas dari atas....memang fuuuuhhhhh...


Sungguh terbaik ciptaan-Nya, sampai aku rasa tak nak turun. Kat atas tu sangat nyaman, refreshing, relaks, dan memang rasa nak tidur je kat atas tu. Hehe :D Itu jelah yang aku nak share. Sangat rindu nak mendaki gunung lagi. Jom, awak! :D

P/s: before naik, memang kena berjogging dulu atleast sebulan ke, supaya masa naik nanti tak 'pancit'. Hehe :p


6 comments:

reenapple said...

KIta sama Lynn. Aku pun suka daki gunung lagi compare lari. Hahaha. Tapi memang pancit lah nak daki gunung 5 jam tu. Haha

Izzati Amira said...

wow ekstrem!!! kita pun minat jugak benda2 macam ni asalkan bukan BERLARI! heheh

eima said...

hmmm dedua aku tak suka ... erti kata lain aku tak suka bersukan ..... tp klu xtvt yg extreme cam bungee jumping ke ... flying fox.... boleh la.... tp klu yg kena guna tenaga aku tak suka ....

nuyui a.k.a miss YUI said...

Bestnya kalau dpt mcm ni.. tp kena sdr diri sndiri as mslh kaki.. huhuui

Amanda Suria said...

Dulu akak suka sgt aktiviti ni...masa muda2...jungle trekking mmg akak suka...tp dh lama tinggalkan. ..

FarhanahAdzlan said...

seriuss sama ngan saya lebih suka mendaki dan tak suka berlari dan bersukan. teringin nak mendaki tapi tak pernah mendaki lagi setakat ni. jungle trekking flying fox tu pernah laa. kalau nak mendaki lagi pleasee ajakk kitaaa XD