Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 22 September 2015

Busy Book Tutorial : Rutin Bangun Pagi 1

Salam.
Malas gila nak update blog. Blogwalking apatah lagi. Penangan Bride to be kot? Banyak fikir. Hahaha~ Okay! Kali ni aku nak sambung lagi tutorial pasal busy book tu kan. Tutorial kali ni memang agak panjang sikit sebab banyak benda kena buat. So, aku suggest, sambil korang baca, eloklah sambil buat sekali, so that boleh faham dan terus siapkan busybook korang tu ya. Hehe :)

Tutorial Busy Book (Klik link di bawah untuk baca)
#2: Cara buat template 'Rutin Bangun Pagi' 1 :


Untuk busy book kanak-kanak ni, biasanya ibu-ibu di Barat sana lebihkan aktiviti2 yang menajamkan minda anak-anak, tapi aku fikir, why not kita letak sikit nilai-nilai murni dalam busy book ni kan? So, sebab itulah aku wujudkan 'Rutin Bangun Pagi' (RBP) ni dalam busy book versi saye, Lynndamya (n_n).

Dalam page ni, kena buat 3 benda iaitu,
i. Template tingkap
ii. Pengikat langsir
iii. Langsir

i. Bahan, material & cara buat Template Tingkap

i. Kain felt pelbagai warna ikut kesesuaian


ii. Kain-kain tu digunting jadi macam bentuk-bentuk yang dibuat dalam gambar tu. Template disediakan di bawah, sila download kalau nak :)

Dah siap gunting felt ikut bentuk, haa bolehlah susun macam bawah ni, ikut turutan ya. Lepas tu jahit!

Jahit muka matahari : Kalau tak yakin, boleh lakar guna pen dulu before jahit, so nanti jahit ikut garisan yang dah dibuat.
Untuk jahitan bingkat tingkap tu, aku guna jahitan bentuk X sebab bingkai tu tebal, kalau halus aku prefer guna jahit jelujur je. Hehe.

ii. Bahan, material & cara buat Pengikat Langsir

i. Riben 4cm panjang
ii. Snap Button (beli kat Daiso)

Snap button tu kalau beli, memang siap satu set camni, depan dan belakang. Dua2 boleh dijahit pada permukaan fabric. So, aku jahit snap button ni pada permukaan riben dan terus pada bingkat tingkap tadi tu, sampai jadi camni...

Make sure before jahit, kedudukan snap button tu betul ye, so that dia boleh 'snap'!

iii. Bahan, material & cara Langsir

i. Kain perca bercorak untuk jadikan langsir
ii. Batang aiskrim


Okay, kain langsir aku jadi camtu sebab aku conteng dengan fabric pen. Kat rumah takde kain perca, so hentam je lah. Haha :p Okay, dah siap camtu, barulah aktiviti 'Rutin Bangun Pagi' iaitu ikat langsir, boleh dilakukan oleh anak-anak anda (n_n)


Apa yang anak anda dapat daripada page ini, adalah:

i. Perasaan ceria dan semangat di pagi hari, so that mereka semangat bangun pagi untuk lihat matahari :)

ii. Kemahiran snapping button

iii. Kebiasaan rutin yang mungkin bakal mereka buat dalam rutin harian sebenar mereka, sebab dah 'diajar' melalui aktiviti ini. In Shaa Allah~ 

*****************************************
So, itu saja setakat ini. Next masih lagi dalam page 'Rutin Bangun Pagi', tapi untuk aktiviti kemas tilam dan bilik pula. Stay tuned!

P/s: buat kawan2 blog saya, maaf sbb dah lama tak BW blog korang. Hamba bz sedikit T_T, aku janji aku akan BW dan bagi berbakul komen okay. Time kasih :)

6 comments:

Anonymous said...

Hi Lynn.. D ni.. Apa khabar? Zuki apa khabar? :D

Anonymous said...

Assalam.. tersangkut plak kat sini pagi nj. Singgah entry cats cafe tadi.. salam perkenalan

Daripada.. Seri Kandi Tanah Jauhar

eima said...

menarik ..... tp mama die tak reti buat hahaha ... kena tempah ngan lynn la kot

Cici said...

alamak, utk orang yang tak reti jahit mcm i ni , agak rumit sikit >,< anyway thanks for the tutorial. at least bila nak buat nanti adalah tempat nak refer. detail sungguh. hehehe wait for your next entry :)

Raz said...

kreatifnya..comel plak tu

Puan Yenny said...

wow.. boleh buat lah utk anak lepas ni.. good idea.. selalu jumpa yang abc 123 jer