Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 20 March 2014

Apabila anak angkat aku berjumpa kucing...


Hari ni, aku nak kenalkan anak angkat aku, Nia :


Budak kecik ni anak jiran niaga aku kat pasar
malam, tersangatlah comelnya. Dia daripada
kecik sampailah sekarang ni, memang dah selalu
di bawak pergi pasar malam. Hari rabu, mak ayah
dia ni berniaga sebelah gerai aku. So, memang
seronok dan meriah ada budak ni.

Zirafah yg dia gigit tu adalah bantal bucuk dia~

Nia sangat manja dengan aku dan bapak aku.
Pantang nampak mesti nak dukung, sebab tu aku
bajet dia anak angkat aku, hahaha... kalau kita tak
layan dia, nanti dia jerit dengan suara besar dia tu.
Gengster budak ni!

Semalam, kebetulan aku bawak kamera besar pergi
niaga, so dapatlah shoot budak ni yang tak reti diam.
Semalam, ada kucing comel dan bersih lompat
masuk dalam kereta niaga jiran niaga aku ni. Diorang
memang suka kucing. So, diorang biarkan je kucing tu
jilat-jilat sambil bergolek-golek dalam kereta. Ni meownya:


Meow temankan Nia:


Nia 'menjaga' meow tengah tidur:


Nia ni sangat ceria dan selalu je gembira. Dia ni
budak kecik yang sangat jarang bad mood. Even bad
mood pun, bila nampak aku dia mesti okay. Pesal ntah.

Ni pulak, time bapak aku dekatkan meow kat dia.
Punyalah teruja budak ketot ni (-_-') :




Hahaha begitu teruja budak ni kan...gaya nampak
kucing macam nampak ape..lawak betul melayan dia
semalam. Okay tu saje...nah hug sikit budak nia yang
comot ni, haha

Percubaan menyandarkan kepala kepada encik kucing yang tabah...

4 comments:

eima said...

mmg comey putih gebu plak tu ....tp budak2 tak elok main kucen sgt ....

reenapple said...

Comel! dedua. Nia dan kucing.

eima said...

la bapak si nia ni ka yg ade brg antuik tu ....laaaa

aizamia3 said...

alololo.. comelnya dia..
tengok pada gambar last dengan ai sekali rasa nak terlentok kepala.. ekekeke..