Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 25 June 2015

Ingatkan budak ni nangis sebab apa, rupanyaaa....

Salam.
Hahahaha...gelak dulu before taip cerita. Ingat lagi tak budak Nia yang merangkap anak jiran niaga aku ni? Haha..semalam beliau telah melakukan aksi comel yang tak boleh blah.. (-..-')


Seperti dalam entry INI, budak Nia ni memang suka gila dengan kucing. Pantang nampak kucing, dipeluknya kucing tu. Kalau kucing tu pergi daripada dia, mesti dia pergi ikut kucing tu, bila dah dapat, peluk lagi sambil bercakap-cakap dengan kucing tu.



Then semalam, masa niaga..kebetulan ada pulak meow oren comel datang bertandang kat gerai dia yang sebelah gerai aku. Bukan sekor, tapi dua ekor! (sorry, xde gambar meow sebab tengah bz) Terus tak keruan si budak ni, siap duk mencangkung nak tarik kepala salah sekor meow tu sebab nak 'sayang' meow tu. Meow tu manja pulak dengan dia. Aku pun tengok-tengok dia sekejap je sebab ramai orang kat gerai, tiba-tiba je dengar suara dia nangis.

Aku tengok-tengok, si budak Nia ni dah terbaring atas jalan (kat celah gerai aku dengan mak dia) Terbaring sambil cakap-cakap ape ntah. Pastu ayah dia dukung dudukkan kat kerusi. Dia duk meraung-raung sambil cakap dalam bahasa dia. Jerit-jerit. Aku ingat kenapa lah haii...kot kucing tu cakar dia ke? Or kena marah dengan mak dia sebab main kucing ke? Rupa-rupanya...

Bersungguhlahh dia nangis sebab merajuk kucing tu tak nak layan dia dah~~ Hahaha! Kucing tu pun boring agaknya asyik kena peluk je, so dia blah lah tapi tak jauh pun, kat situ jugak. Duduk je bawah meja gerai. Yang si Nia pun terduduk lemah je kat kerusi, nangis lama gila sambil tengok je kucing tu. Sedih sangat ngko ni, Nia...Haha!

Ni mak dia pujuk dengan bagi kentang cawan kat dia..makan sambil nangis-nangis, tapi bila aku datang dekat nak snap pic dia, boleh dia tetiba terus diam dan 'kaku' kejap sebab nak amek gambar..Hadoi~ Nia~nia... :p


Kau tengok gengster tau budak ni, duk kat kerusi kaki siap naik atas haa...comel je dia terselit kat celah gerai kitorang. Dengan kerusi pink kecik dan sebijik rambut di kepala dia tu..hahah!


Kpop style lah gamaknya ni~ Hahaha...Nia~nia...dah besar dah kau..muahciked~~ Hahaha!


3 comments:

Diana Rashid said...

hahah..boleh jadi pelakon ni..muka comel..:)

eima said...

comey ...kecewa betui boipren kucing tak layan die ... hahahha

Razfira said...

alahai comelnya dia

ksian kucing x layan.. kucing mmg suka bolayan kan hahahha