Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 19 February 2016

Idea & Tutorial Gubah Hantaran Simple Guna Rumput Tiruan

Salam (n_n)


Ya, marilah aku tunjukkan cara aku gubah hantaran ini masa aku nikah hari tu. Hantaran aku tak kisah camne, cuma yang penting aku nak ada rumput-rumput gitu. So, inilah dia bahan-bahan yang diperlukan...

Bahan dari kiri: Kain pembalut, gabus tapak hantaran, cermin hiasan, rumput tiruan dan dulang hantaran

Cara-caranya:
1. Balut gabus dengan kain pembalut. Aku balut daripada atas ke bawah dan kemaskan guna salotape.
2. Kemudian hias guna cermin tu di sekeliling gabus yang dah siap dibalut tu macam ni... (cermin tu aku beli kat SINI)

Satu papan cermin tu aku boleh hias dalam 7 keliling gabus bersaiz 12 inchi. Harga aku tak ingat, maybe dalam Rm9.90 camtu kot.

3. Then, timpakan bahagian atas dengan rumput tiruan yang dah siap dipotong ngam-ngam ye. Size kena ngam-ngam baru cantik :) Lepas tu terus tindih dengan dulang hantaran...dulang-dulang tu aku recycle je guna balik yang masa bertunang punya hari tu..

Lepas tu, dengan menggunakan lebihan kain pembalut tadi, ikat je jadi macam ni supaya rumput, gabus dan dulang tu semua tak bergerak-gerak nanti...

Better ikat tu guna kain-kain / reben yang transparent dan tak ketara sangat. Hehe, kalau nak lebih kukuh, boleh cucuk jarum dekat keempat-empat penjuru rumput tu ye....pastu tada~ Boleh lah gubah ikut suka hati je hantarannya bila tapak dah siap! :D

Ini lah hantaran-hantaran yang digubah bersama dengan mak aku. Masa aku beli bunga hiasan tu, pasaraya tu bukak lagu ala-ala Evanesence, so automatik jiwa aku masa tu switch to gothic mode. That's why bunga aku semua warna kegelapan. Hahaha :p


Cara aku gubah barang-barang hantaran pulak adalah, letak barang hantarannya atas dulang, position kan ikut kesesuaian, dan main selit-selit je bunga kat mana-mana tempat yang dirasakan cantik. Haha~ begitu saje... :D

Buah ni sebenarnya aku dah kehabisan bunga dah nak hias kat situ, so aku lukis je lah muka kat situ, dah lah guna marker pulak tu. Ish3..tabah lah mak pak mertua tengok. Hiihihi~~


Haa, itu saje lah :D. Yang coklat Ferrero Rocher tu aku gubah dia jadi bentuk bulat sebenanrnya. Nanti aku share camne nak buat ya. Hehe okay tu saje. Thanx sudi singgah sini (n_n)

Baca sini untuk beli karpet rumput

P/s: aku suka rumput. Kbai~
 

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik

Raz said...

simple..saya suka <3

eima said...

simple je ..pesal zaman aku dulu tak de ideas diy ni klu tak jimat byk

Diana Rashid said...

tangan orang kreatif ni buat apa pun cantik..sedap ja mata memandang..hehe..

amira faqihah said...

converse ! hantaran goal betul ni,,thanks sbb share ni,,cantik dan simple,,,thumbs up :D

Mommy Cici said...

cantik and simple. less is more kan. ish orang kreatif ni mcm mcm boleh buat kan ;D

Lady Diana said...

sis..nak tanye..lau just nak guna tuk gubahan hantran..agak2 wpe meter kena beli??