Berikut adalah perbualan rahsia antara Muka Buku dengan Cinta
Cinta : Muka Buku, kalau awak takde, tentu aku akan aman...
Muka Buku : Apesal pulak ??
Cinta : Yelah, disebabkan awak...manusia hilang kepercayaan
terhadap aku....
Muka Buku : (muka buku buat muka)....
Cinta : Dulu, sebelum engkau ada, semuanya terkawal. Jarang manusia
bergaduh dan bermusuhan. Terutama bagi manusia yang sedang
bercinta. Dulu mereka saling percaya masa kau takde. Tapi,
sekarang....
Muka Buku : Sekarang mende ??
Cinta : Bila kau wujud, kau bagi peluang mereka mengenali lebih ramai
manusia. Kau bagi peluang pada lelaki untuk kenal dengan lebih
ramai perempuan, kau bagi peluang pada wanita untuk kenal
dengan lebih banyak lelaki.
Kau bagi peluang pada manusia untuk mencari dan mengumpul
skandal. Kau tahu apa itu skandal? Bukan sandal okay...
Kemudian, kau bagi manusia peluang untuk mereka mencari
semula cinta sejati mereka dulu, untuk cari semula bekas-bekas
kekasih mereka dulu yang mungkin sudah pun berumah tangga
sekarang. Kau buka jalan untuk mereka berbaik semula.
Aku sedih bila melihat ramai lelaki-lelaki yang sudah pun
bergelar suami, berchatting dengan 18sx-nya dengan skandalnya
tengah-tengah malam di kala isteri mereka sedang tidur.
Aku sedih melihat wanita-wanita yang sudahpun bergelar
isteri melayan lelaki-lelaki lain dengan mesra. Walaupun itu hanyalah
di alam maya, tetapi layanan itu sepatutnya
hanyalah untuk suaminya.
Kau baca surat khabar tak? Tahu tak berapa kes cerai, kes lari dari
rumah, kes putus tunang, kes suami tinggalkan isteri, kes isteri lari
ikut bekas kekasih lepas 'diberi peluang' oleh kau, kes curang dan
sebagainya yang melibatkan engkau??
Itu baru kes cinta, belum masuk kes rogol, kes bunuh, kes bomoh
dan sebagainya yang membabitkan engkau !! Kenapalah kau wujud?
Kau menyusahkan aku,
kau menyusahkan manusia !
Akal dan minda manusia dah tak boleh berfikir dengan waras
disebabkan engkau. Hilang kepercayaan di antara kekasih dan
kawan. Dulu, kalau tak puas hati, simpan je dalam hati. Tapi,
bila kau ada, semua diluahkan pada kau. Aku tengok kau takde
telinga pun, sah-sah lah kau ni bukan pendengar yang setia, ye tak??
Harapkan muka je biru (-_-')
Muka Buku : Hoi, biru-biru jangan sebut ea...aku pantang betul !!
Kau dah habis cakap? Hah? Aku ni wujud untuk senangkan
manusia, untuk memudahkan kehidupan seharian mereka yang
sentiasa lambat dan lembap. At least bila aku ada, cepat sikit
info dan maklumat terkini sampai pada manusia.
Kau cakap aku yang rosakkan hubungan mereka?? Manusia
yang bodoh, mereka tak tahu macam mana nak gunakan aku
dengan betul. Aku dibuat untuk menambah kenalan manusia,
untuk meluaskan jaringan sosial manusia, untuk manusia saling
bertukar pendapat dan maklumat.
Bukan salah aku kalau manusia sendiri yang nak cari ex-ex mereka.
Kau pernah guna aku tak? Ada kau nampak dalam function aku
tertulis macam ni :
Click here if you want to find your ex-gf / ex-bf
Ada??
Dan segala masalah yang kau kaitkan dengan aku tu, sebenarnya atas
kehendak manusia sendiri. Aku ni tangan pun takde,
macam mana nak suruh diorang itu, suruh diorang ini. Jadi,
janganlah salahkan aku.
Manusia yang bodoh, mereka sebenarnya tak tahu nak guna
sesuatu yang baik itu dengan baik, yang mereka tahu ialah
hiburan dan menjahanamkan sesuatu benda tu. Nampak
macam reti guna tapi tengok-tengok semuanya yang
memudaratkan.
Cinta, aku tau kau sedih bila manusia hilang kepercayaan terhadap
kau, tapi kau kena faham, semua tu bukan salah aku.
Semua tu salah manusia sendiri.
Bila mereka tahu batas-batasnya
bila bercinta, bila bergelar kekasih, bila bergelar suami dan isteri,
mereka pasti lebih percaya pada kau. Cuma sekarang, sangat
sedikit untuk jumpa manusia yang macam tu.
Semuanya bodoh
sebab terlalu 'bijak' gunakan aku.
......................................
Jangan salahkan teknologi bila anda sendiri yang menyalahgunakan ia.
(pesanan khidmat masyarakat)
12 comments:
sangat tekun saat membaca entry nihh. sangat serius. tapi bestt. hee :')
wah terbaik la entri nie...
:)
thank Q fatinah & kai :)
facebook nowadays sangat bosang bosang . lagi suke twitter . hihi .
Siyes sangat best entri nihh :)
kte gagal menilai .. setiap perkara ade positif negatifnya ..
really good entry ~ >w<
gdsbnga : hehe sy xde twitter :p
miz zuraya : thank Q (n_n)
gugu : betul tu :)
Kagimoto : hehe terima kasih :D
yeaaa sgt btepatannnnn
salahkan mukabuku? hehehe.. sebenarnya manusia yg suka cari hal. suka glamor suka koleksi peminat..suka selingkuh. mukabuku hanya satu cara utk menyenglikuh. cuma satu cara utk glamor.. semuanya sebenarnya dari manusia itu sendiri :)
*haku addicted dgn game di mukabuku suatu waktu dulu hehehe
Sarah : haha thank Q :D
Nong Andy : huuu betul tu, facebook hanya medium utk senangkan manusia, baik atau jahat tpulang pd hati dan niat mereka.. :)
hahaha fesbuk ni sebenarnya tujuan utk cari kawan, berhubung dgn kawan baru. tapi yela org salah guna.
tp skg fesbuk boring lagian nak buat yg baru kan. jd timeline. mst serabut
Post a Comment