Happy Three Friends

Miss Money

Saturday 29 September 2012

Sabarlah, mungkin belum rezekimu :)


Salam :)


Tadi, aku pergi lunch dengan family kat satu food court ni. Berderet kedai makan.
Kitorang memang dah plan nak makan di satu kedai nasi ayam kat situ. Nasi dia
memang sedap ! :)

(memang saje je letak besar gabak cam ni, kenyang sikit tengok~)

Tapi, takde parking, so kami terpaksa parking jauh sikit. Lepas tu berjalan lah menuju
ke kedai yang aku maksudkan tu. Sebelah kedai nasi ayam tu, adalah kedai jual
nasi beriyani. Kami kena lintas kedai beriyani tu dulu untuk ke kedai nasi ayam tu.


So, dari jauh aku tengok, kedai beriyani tu kosong, lengang, takde pelanggan
langsung. Manakala kedai nasi ayam tu hampir penuh meja dan kerusi, ramai
orang tengah makan.


Aku memang tak boleh tengok 'scene' macam tu. Memang aku kesian :(


Masa kami lintas kedai tu, beriya-iya makcik kedai nasi beriyani tu ajak kami
makan di gerainya, tapi kami nak makan kedai sebelah. Tapi dia senyum je :)


Masa makan, aku duduk mengadap kedai nasi beriyani tu. Kosong je. Aku
tengok muka pakcik yang jaga kedai tu, dia duduk je. Tengok kedai nasi ayam
yang ramai orang ni. 


Datang 2, 3 buah family lagi, lintas juga di depan kedai dia. Pakcik tu mempersilakan
family tu duduk, tapi mereka hanya nak melintas untuk ke kedai nasi ayam ni.
Lalu, pakcik tu duduk semula. Aku tengok muka dia.



Aku cukup faham. Memang faham, sebab aku pun ikut parents aku pergi niaga
kat pasar malam. So, aku tahu apa perasaan dia masa tu. Sebab tu aku memang
cepat kesian dan sedih kalau tengok gerai-gerai makan yang kosong je, sedangkan
gerai-gerai sebelah dia laris ya amat !


Dan selalunya, aku akan segera berdoa,


" Ya Allah, murahkan lah rezeki orang itu, semoga ramai orang datang gerainya.."

berkali-kali aku ulang, sebab kesian sangat..


Lagi-lagi kalau gerai tu, makcik-makcik or pakcik-pakcik separuh umur yang muka
diorang pesen kesian je tu, lagi lah aku rasa cam nak je bagi sedekah kat dorang (-_-')



Okay dah melalut pulak~ balik pada kisah kedai nasi ayam dan nasi beriyani tu tadi.


Aku doa biar Tuhan bagi lah sikit rezeki untuk diorang.


Dan masa kami dah nak habis makan, datang sebuah keluarga besar dalam
6,7 orang macam tu pergi kat kedai tu. Lama jugak diorang berbincang nak makan
apa, aku dah cakap dalam hati, mintak-mintaklah diorang makan kat situ.


Dan akhirnya, yahoooo !! Berjaya jugak kedai tu dapat pelanggan ! Hahaha
aku gembira betul masa tu :p Hihi


Yelah, bukan apa, at least terubat sikit hati dan sedih owner kedai tu bila dia
dapat customer. Kalau tak, maybe dia akan berputus asa.



Itu baik lah kalau dia berputus asa, buatnya dia dengki. Main 'asap-asapkan' orang,
'asap-asapkan' kedai lain, habis bisnes orang lain lingkup sebab sikap dengki dia tu.


Ingatlah, 

adat berniaga ada untung, ada juga ruginya. Tak kira lah nak start buat kerja apa
pun, niat tu kena lah kerana Allah, baca bismillah, supaya apa yang kita buat tu
diberkati. At least, bila kita gagal, kita tahu dan sedar yang kita tengah diuji oleh
Allah masa tu :) InsyaAllah~


Ok, nak siapkan projek keychain aku ni~~thank you singgah sini baca entry
panjang gila nih, korang memang tabah ! hahaha (n_n)



8 comments:

hnahdy said...

xkira dan entry ni pasal pa. sebab nampak nasi ayam besar gedabak tu.huhu

reenapple said...

Ah... aku pun kadang3 kesian juga.. huhuhu. Tapi nk buat mcm mana.. huhu. Akhirnya doa kau dimakbulkan.. huhu/. Sila berdoa aku dapat capai cita-cita aku. huhuh

Unknown said...

sama la...kdg2 kesian tgk..bayangkan kalau diorang parents kita..lagi lah...rasa nak tolong je tarik pelanggan...

Nong Andy said...

kau memang lembut hati dan baik hati sebab sudi doakan rezeki orang lain. mesti kau doa dgn seiklas hati sebab tu ia smpai..

*aku selalu rasa macam tu tau.. bila kita tak dpt nak nolong org tu tapi kita doakan Allah permudahkan jalan dia.. dan akhirnya telah di bukakan jalan untuk dia. Wah.. rasa bahagia saja kan..kan..kan..

Unknown said...

teruja tengok ayam yg besar tu..nk juga plisss..hehehe:P bniaga untung rugi adat...rasa nk pegi gerai yg xda plggn...tp rasa je...xpegi pun..hikhik..kejamnya sy..:)

lynndAmya said...

hnahdy : hahaha, aku nga lapar, tu yg mmg letak besar2 pic nasi ayam tu :P

reenapple : haha insyaAllah, kau pun dpt capai cita2 kau..amin~~ :)

Fendy : wuu betul tu :(

Lynn Damya said...

Nong Andy : hahaha betul tu, mmg rase bahagia tgk org lain happy dan dimurahkan rezeki, semoga kite pun murah rezeki, aminn~~ :D

Unknown said...

nasi ayam tu menggoda.. haha..
rezeki tu ada je kat mana2.. Allah kan Maha Pemurah.. cuma kita kena berusaha sikit je.. insyaAllah, dpt la ganjarang atas usaha kita tu.. kan kan kan? hehe