Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 30 August 2013

DIY Tutorial : Keychain Aiskrim Batang dpd Felt


Salam semua. Okay, aku nak kongsikan sedikit tutorial yang mungkin korang dah tahu,
tapi aku baru nak share kan~ Hahaha....so untuk DIY Aiskrim Batang Felt ni, disertakan
sekali dengan DIY Pack nya sekali untuk yang nak try jahit sendiri. Tapi, tu akan aku
explain di akhir entry. Sekarang biar aku citer pasal tutorialnya dulu ya :D

Bahan-bahan :

Batang kayu aiskrim - assorted button and beads - Kain felt - readymade faces icon - 
Keychain ring - templates ais krim - fiber

 
(Gambar tidak lengkap)

Peralatan :-

Gunting - Gam UHU / gam kuat yang lain - benang - jarum

Cara-cara :-

i. Tekap template aiskrim pada kain felt, lukis, dan gunting kain felt sehingga anda dapat
   bentuk macam di bawah ini : (gunting untuk bahagian depan dan belakang)

  

ii. Jahit kan (jahit jelujur) bahagian 'lelehan aiskrim' di atas bahagian 'badan' aiskrim.
   Warna mengikut citarasa anda.


iii. Jahit / gam buttons, beads dan readymade faces icon. Susunan mengikut citarasa anda.


iv. Sapu sedikit gam di bahagian yang bertanda di batang kayu aiskrim. Gam di letak
    pada bahagian kayu yang panjang sedikit. (letak di depan belakang kayu)


v. Tampal kan kedua-dua belah bahagian ais krim depan dan belakang pada batang kayu
   tersebut, dan boleh terus jahit tepi (jahitan insang pari)


vi. Jangan lupa selitkan keychain ring di bahagian tengah2 atas aiskrim dan kemudian
sambung jahitan.


vii. Tinggalkan sedikit bahagian yang tak berjahit, untuk memasukkan fiber ke dalamnya.


viii. Setelah fiber dimasukkan secukupnya, boleh lah terus jahit sampai habis :D

Dah siap !! (>_<)


                                   Depan                                                          Belakang


Dah boleh gantung keychain ni kat beg..yeayyy! Okay, untuk dapatkan DIY Pack ni,
boleh klik SINI

TERIMA KASIH ! :D


4 comments:

reenapple said...

Comel! :D

hana hadi said...

sangat comel :)

eima said...

comey .... terer la hang dik oi .. geng yui jugak ni

Cinta Misteri said...

Haaaaa comey comey comey...
Aritu pegi jb fest rege utk 1.... RM30++ o.m.k