Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 30 December 2013

Sesuatu yang lebih kuat di sebalik Diam...



Diam
ketika berlaku pertengkaran, dapat meredakan suasana yang tegang...

nature green foggy forest Photos HD

Diam
ketika tidak sependapat, mampu membenarkan kita berfikir lebih dalam
dan lebih memahami...

Download Free Desktop Wallpaper Calm Waters Rickydavid

Diam
ketika kita diburuk-burukkan, mampu membuatkan kita kelihatan lebih tenang
dan benar...


...

Tetapi...


Tanpa ada sabar di dalam hati, mampukah manusia untuk diam...?


.....



(....diam.....)




Thursday, 26 December 2013

Kimbap Malaysia daripada Baker's Oben :D


Salam. Hahahahaha...nampaknya entry aku yang ini telah berjaya membuatkan
pembaca aku kelaparan. Itu bermakna misi melaparkan pembaca aku berjaya !

Deqla Manjew sampai terliur, Nong Andy cakap aku sangat kejam, kejam dan
kejam, Reenapple cakap dia nyesal baca entry tu, sbb dia erkk....on diet katenye~
Fyfy liew nampaknya mampu mengawal selera, Lana pulak dah macam gengster
terlepas daripada KL Gengster, sebab dia kata aku cari nahas dengan dia sebab
entry tersebut. Hahahaha.....tapi, ada sorang minah ni kental habis, selamber
je dia tak rasa terliur, siap bagitau aku lokasi cawangan restoran tu kat mana..
siapa lagi yang kalau bukan si penyu rock ni; Sarah Mohd Saleh.. Hahahaha :p

Dan kali ni, misi aku bukan lah untuk membuatkan pembaca sekalian kelaparan,
cuma aku nak kenalkan sejenis makanan yang memang popular di Korea, iaitu
Gimbap / Kimbap (panggilan di Malaysia)

Berkas:Korean.food-Kimbap-03.jpg
Wuuuu sedap weh kimbap nih !!!
Serius, aku bukanlah KPOP sangat untuk mengenali makanan-makanan tradisional
daripada Korea, tapi setelah aku dapat tahu kawan sekolah aku dulu, kini berjinak-jinak
dengan bisnes kimbap ni, maka aku pun tertarik nak cuba rasa.

Maka, aku pon order lah daripada dia, dia jual by roll....satu roll potong-potong
boleh dapat dalam 10 - 13 bahagian, berbaloi lah dengan harganya yang cuma
RM 4 saja !! (tak tahu kalau next year naik harga)

Mula-mula rasa, aku beli 3 roll je, sebab aku ngeri nak makan. Aku takut cam
pelik tentang rasa dia, hahaha...tapi, bila dah try rasa sekali..perghhhh~
sedapppppp rupanya ! So that, second time, i bought theseeeee :

Terus beli 6 roll untuk tempahan kali kedua, tengok yang dalam pinggan tu, itu adalah
daripada 2 roll sahaja, banyak kan?
and someone said to me,
"Masa kita kesuntukan dari segi kewangan, sedekahlah kat orang,
tak kira lah sedekah duit, ataupun belanja orang makan, dengan ikhlas
dan insyaAllah, murah rezeki kita :)"

Dan 3 roll daripada 6 roll tu aku bagi budak-budak tempat kerja aku makan.
InsyaAllah lah, murah rezekil aku lepas tu, hehehe...Haa jom tengok gambar
lagi :)

Ini kimbap biasa, 1 roll : RM 4 (sedap!)
Ini Cheezy Kimbap, 1 roll hanya tambah RM 1 daripada harga biasa : RM 5 (pun sedap !)
Owh ya, ada juga Family Pack macam ni :

Kalau Family Pack macam ni, ada tambahan sos pekat, tapi yang ni aku tak pernah
rasa lagi, hehe..kalau tak silap aku, ini Rm 25 kot?
Haaa okay lah, itu je aku nak review tentang Kimbap ni, dan sedikit sebanyak
tentang bisnes kawan aku, Nabiha. Owh ye, setakat ni untuk penghantaran
tempahan, hanyalah di area Johor Bahru, dan di UTM Johor sahaja. Siapa2
area johor yang berminat nak rasa kimbap ni, boleh lah pergi ke Baker's Oben.

Baker's Oben pun ada menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cookies
tau. Silalah cuci mata kat sana. Okay itu je, terima kasih sudi singgah sini
(n_n)

 


Tuesday, 24 December 2013

Giveaway Vegetable Chips??



Salam. Hai, aku dah lama xjoin contest or join giveaway bagai sebab majoritynya
mempunyai syarat-syarat yang agak membebankan seperti kena like page sponsor
dan follor blog sponsor yang berjela-jela banyaknya. Lepas tu, ada lagi syarat-
syaratnya tuh. Hadoi, tak kuasa aku.

Tapi, bila nampak giveaway ni, rasa teramat 'ringan hati' nak join. Ringan hati?
Hahaha, kira macam senang lah nak join, sebab tak payah susah-susah nak like
page-page sponsor dengan hati yang tidak rela. Plus, hadiah simple yang di-offer
sangatttt lah menarik!

VEGETABLE CHIPS daripada Cosway !!

Yeayyyyy, tak pernah rasaaaaa punnnn ! Sebab tu aku join ! :D Hehehe, 
korang kalau nak join pun boleh, klik gambar tu ya. Thank you~


Monday, 23 December 2013

Annual Dinner @ Wadihana Islamic Steakhouse, JB


Salam...
Owh rasa malu pula nak update blog, sebab entry aku sejak akhir-akhir ni banyak
merapu saja. Terasa kehilangan pembaca sekejap, even pageview masih stabil
walaupun blog tidak berupdate. Tapi,bila tengok masih ada yg mahu follow blog aku,
dan memberi komen, maka aku pun teruskan juga perjuangan blog aku yang tak
seberapa nih~ Hahaha...Terima kasih pd yg masih sudi singgah blog aku (n_n)

OKAY !!!!!
Aku nak citer pasal annual dinner aku nih, so bersiap sedialah korang
dengan gambar-gambar makanan yang akan ku hidangkan kepadamu sebentar lagi~
Hihihiihihi (MISI MELAPARKAN PEMBACA)

 

Kami melantak di Wadihana Islamic Kitchen, Johor Bahru (area bangunan baru
yang ada Jakel, bertentangan dengan Plaza Angsana). Wadihana menyediakan
pelbagai hidangan makanan daripada Asean, Western, Italian, Mexican yang sedap-
sedap belaka.

Ini antara Appetizer yang kami order, entah apa nama dia pun aku tak tahu, sebab
aku main order je. Hehehe~

Rocky Nachos (Chicken) 
Pizza ape entah..lembu agaknya, hahaha
Pizza tak tahu apa namanya~~~ Hahahaha
Sup dalam roti~~~yeayyyhh !!
Semuaaaaaaa apptizer aku rasa, semuuaaaaaaanyaaaaa sedap! Al-maklumlah,
satu hari kerja tu kot, aku tak makan pape, alas perut dengan biskut je..haha
konon nak simpan perut lah tu untuk dinner malam nanti :p Owh ye, yang
'cantik'nya kat Wadihana ni, pelayan-pelayan restoran tu akan memberi salam
kepada pengunjung semasa kita sampai, dan semasa kita balik nanti. :)

Okay, dah melantak Appetizer, kita pergi pula ke 'main dish' nya ya. Jom tengok,
ini makanan aku :

Sirloin Steak Black Pepper (medium heat) aku order ni dengan nasi, hahaha...
rasa tak kenyang kalau makan takde nasi. Harga steak ni Rm 35.90, nasi Rm 4.90
Dan ini, menu-menu lain yang offizemates, boss & family dia order :

Kiri : Air Asam Kecut Lemonade - Tengah : Apple Juice Lemonade (air aku)
Kanan : Apple Juice
Ini BBQ Spring Chicken (Lupa harga)
Actually, aku nak order ni, tapi aku bersyukur sebab aku ubah pilihan aku kepada
steak, sebab ini dalam gambar nampak kecik je, dan boleh habiskan lah, tapi bila
sampai, makkk oiiii~ besar gedabak. Ayam nya sekor, pastu dia belah dua,
terkangkang je macam tu, hahaha...jenuh kawan aku nak ngabiskan, siap minta
bungkus nak bawak balik~ Hahaha :D
Ini 'main dish' boss aku, entah apa namanya, steak tu kelihatan seperti kambing, tetapi
ia sebenarnya adalah encik lembu..hehehe
Ini menu seafood, cuma aku tak tahu nama dia apa...kalau tak silap ini harganya
Rm 39.90 kot, tapi memang puas hati kalau makan ramai-ramai, semua jenis
'isi laut' ada kat dalam tu, haha
Owh btw, ada kanak-kanak juga terbabit dalam dinner kami ni, ini menu beliau,
hehehe :


Kat Wadihana ni, ada banyak lagi foof untuk kids, so tak susahlah rasanya
kalau nak buat pilihan kan :) Haha, so jom tengok aksi-aksi kejakunan kami
semasa makan. Aku dah macam apa dah, setiap kali makanan sampai je,
kena amek gambar dulu, baru makan  (-_-') 

Jagung tu untuk aku action je, dah tak boleh masuk sebab kenyang makan steak
Okay, dessert time !! Mula-mula macam malu-malu nak order dessert, tapi bila mengenangkan
bayangan bonus akhir tahun tu macam samar-samar je nak dapat, so aku dengan tak malunya
order je dessert. Aku order ice cream, sedapppp gila !! Macam tak pernah makan ice cream je
before nih~ hahaha
 

Okay itu saja entry kali ini, nice lah food nya, selain steak, ada baaaaanyak
lagi menu lain, seperti emmm...seperti apa ya, nak sebut namanya pun aku
tak reti, hahaha...ada lah menu-menu lain yg berasaskan ayam dan ikan salmon.
Untuk menu macam tu, dalam satu set tu siap dengan nasi sekali :D...
dan selain itu, ada juga menu 'burger and sandwich'... nampak sedap jugak! :D
and mostly harga food kat sini bermula daripada belasan ringgit.

Okay, selamat mencuba Wadihana Steak Kitchen ya. Confirm halal sebab ia
adalah islamic steakhouse ! ;) Nyum~nyum~



Thursday, 19 December 2013

BUBUZAZA - For those who's crazy about handmade bags !


Salam. Arghhhhh nasib baik aku sudah membeli handbag baru yang ala-ala
cun jugak, kalau tau, mau terbeli yang ni. Even hampir semua handmade bag
keluaran BUBUZAZA ni dah pun terjual, tetapi aku tetap gak nak share kat
korang, betapa bestnya produk bag diorang ni. Hehehe, jom tengok antara
bag-bag handmade diorang yang aku rasa sangat smart, cute dan adorable :

Kemas dan sotifiskated



Sweet Purple (n_n)
Okay, ini sangat attractive !
Design yang depan ini sangat smart !
Nampak tak, BUBUZAZA mempunyai banyak pattern handbag yang hasilnya
adalah sangat kemas, elegant dan smart ! Sesuai dibawa ke mana saja termasuklah
pergi kerja :D
Sweet design dan color, tetapi masih tetap nampak kemas dan boleh digayakan untuk
ke pejabat
Sweet Maroon~
Sweet and simple !
Ini sangat sweet ! Dan tetap nampak elegant !
Owh so attractive !!! Simpla saja tapi nice !
Haaa, best tak? Apa lagi, ushar lah page FB BUBUZAZA HANDMADE ni (klik)
Aku tak sure if BUBUZAZA ada servis customized bags ke tak, kalau nak, kena
tanya sendiri lah pada ownernya. Aku tak tahu siapa ownernya, tapi aku share
sebab produknya memang menarik! :D


(p/s : aku nak sangat belajar buat dan jahit handbag-handbag jenis macam ni, 
tapi tak tahu kat mana dan ada yang tak nak ajar pun ada...sedih, korang reti?)


Saturday, 14 December 2013

Interview Perasaan Sebenar Seorang Ayah Apabila Anak Perempuannya Ingin Bernikah


Salam, inilah video paling menyentuh hati pernah aku tengok. Baru awal-awal je
aku dah sebak. Touching. Interview ini dibuat bersempena dengan filem Papadom 2
baru-baru ini, yang mana mereka telah meng'interview' kaum-kaum adam yang
bergelar bapa. Soalan utama dalam interview ini adalah :

"Apakah perasaan anda
apabila mengetahui yang anak anda ingin berkahwin?"

Ketika kita (anak perempuan) menyatakan hasrat kita ingin bernikah,
boleh kita bayangkan bagaimana perasaan seorang ayah ketika itu...?

Mari kita selami perasaan seorang ayah di ketika itu, tonton video ini :


Aku memang 'anak abah' :) he's my first love and he's my hero. My superhero
untuk selama-lamanya. He's my man, forever :)

 

Seseorang yang bergelar bapa pun, mesti akan rasa sayu apabila hendak
melepaskan kita anak-anak perempuannya ke tangan orang lain. Mesti dia
rasa, cepatnya masa berlalu, sampai dia tak sedar...kita dah besar :)


"But daddy...dont worry...


I will always be your little girl, daddy...."




(video ni memang buat emosi aku sedikit terganggu, sebab sebak sungguh...
nak nangis lagi, wuwuwu :'( )

Friday, 13 December 2013

Apabila Kucing di Cat.....Erk??


Salam. Aku tak sure lah menggunakan bahan apa, material apa dan teknik apa,
tetapi hasilnya adalah begitu wow~ cuma aku tak nak lah bela kucing-kucing
'cantik' yang dicat macam ni, sebab ada yang tak ghope kucing lagi dahhh~~~

Kucing berupa rama-rama :

 

 

Taiko Red Indian ?
Pakai kain pelikat abah ?
Yang ni cantik sikitlah....
Muka kucing tu macam tak rela boleh tak (-_-')
Kucing Sailormonn (sebab ada bulan)
Okay ini macam scary..kau bayangkan bangun-bangun tidur je nampak muka
dia...huh! 
Ini boleh diterima sikit lah, sebab masih belang-belang, cuma warna je colorful sikit
Kucing ni kalau dia ternampak rupa baru dia kat cermin, mau bunuh diri nih (-_-')
macam ba......
Kau kalau nak sangat bela babi, bela je lah yang sebenar, kucing ni tak babi pun tau...
(aku tak mencarut, cuma aku gunakan nama sebenar binatang tersebut, haha)
Kurak (kucing merak), kalau banyak kena panggil kurak-kurak,
faham semua~
weird~~~
Amende dowhhhh (-_-')
Wow, kucing glow in the dark !!!
Kucing ala-ala My Chemical Romance :

Music Band : My Chemical Romance
Okay style gila, aku suka yang ini
Owh ya baru aku ingat, mungkin proses 'mewarna' kucing ni sama macam
proses yang digunakan masa zaman-zaman anak ayam berwarna-warni
glamour dulu tu, dyed agaknya..hehe cuma kalau nak buat tu, pastikan ianya
agak comel dan masih ada rupa kucing lagi....sian aku tengok yang mana
diwarnakan secara melampau tu, haha

Owh ye tengok ni :


Comel kannnnnnn ?? (n_n)