Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 18 January 2015

Inilah rupa Proton Saga 3 yang paling baru!


Salam.
So, inilah rupa Proton Saga yang terbaru tu.


Nampak tak something yang familiar kat situ? Macam kenal je kan bahagian depan tu siapa punya. Kalau korang nak tau, itulah bahagian depan Proton Iriz. Sebab tu lah nampak familiar je kan. Cuba bandingkan dengan Iriz kat bawah ni ha, sebijik kan?



Tapi itu tak menjadi masalah, sebab daripada dulu lagi kita dah tahu trick dan permainan Proton ni, satu design akan digunakan untuk dua jenis kereta, iaitu Sedan dan Hatchback. Contoh macam design Sedan Proton wira dijadikan Hatchback Proton Satria. Sedan  Proton Preve dijadikan hatchback proton Suprima. So, strategi yang sama juga dilakukan kepada Proton Iriz dengan menjadikannya Sedan Proton Saga 3.





Bagi aku, design yang sedan ni nampak okay sikit berbanding Iriz Hatchback. Walaupun ramai yang mencemuh Saga 3 ini macam kereta all in one sebab ada iras-iras dengan Honda City, Vios, Volkswagen dan banyak lagi, aku tetap berpendapat Proton Saga 3 memang cunnnn!! Syabas Proton (n_n)

Btw, untuk dapatkan design kereta yang tersangat fresh daripada kepala otak designer ni, mungkin Proton kena bayar designer anda tu berlebih-lebihlah lagi kot, sebab apa? Sebab aku tengok member-member aku kreatif gila buat design kereta, dan tak mungkin designer kita yang bermasalah...so aku anggap, mungkin sebab bajet. Yelah, Proton buat kereta memang nak sasarkan kepada kita-kita yang rakyat marhaen ni kan. So, kalau design cantik, tapi mahal...bising pule kome~ :p Jadi, apa yang memudahkan dan cut cost adalah; buat design kereta dengan berinspirasikan design kenderaan yang dah sedia ada, dan ubahlah sikit-sikit :)

P/s: kereta 'oudi' ke, 'Pijot' ke, 'waksegan' ke....kalau dasar tak reti jaga leklok dan bawak macam orang tak masuk sekolah, pun hampeh juga sayang oi :p

4 comments:

POJIEGRAPHY BLOG said...

Design tetap nampak menarik tapi tetap pilih Perodua hehehe

ezyra daniel said...

cantik la..so sekarang dah ada pilihan samada iriz atau saga 3..dlm dilema dah hehehe

eima said...

lawa .... RND proton pun tak kurang hebatnye

Anonymous said...

Inilah design yg agak terbaik bagi saye.. proton sentiasa bakal maju ke hadapan dan mengeluarkan model kereta yg terbaik malah lagi berkualiti untuk rakyat Malaysia.. bagi saya saga baru ni memang gempak cunnn.. Tahniah buat Proton :)