Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 15 January 2015

Kesengalan Ketika Di Asrama Dulu-dulu


Salam.
Aku ingat lagi ada sorang junior aku terkejut gila bila tahu aku bawak handphone pergi sekolah. Sebab dia kata aku macam budak skema yang tak reti break the rules. Haha, so daripada kenyataan dia tu, boleh lah aku anggap yang aku ni seorang murid yang kelihatan skema, walhal~~~ buat onar dalam diam. Hahaha~

Dalam banyak-banyak onar dalam diam yang aku buat, ini lah kisah yang aku tak boleh lupa sebab amat bengong :-



Akibat Takut Sangat Dengan Kakak Pengawas

Budak-budak asrama semua tahu peraturan ini; TAK BOLEH SEMBAHYANG DALAM DORM!! Peraturan ni nampak macam ditujukan kepada semua batch, tapi sebenarnya, budak-budak senior pandai-pandai seleweng; 'Kalau kau dah form 5 boleh lah, tapi kalau kau junior, jangan pandai-pandai sembahyang dalam dorm. WAJIB 5 WAKTU PERGI SURAU', katanya. 

Aku masa tu memang tak suka pergi surau, sebab sesak dan entahlah. Rasa tak best gitu (haih syaitan sungguh!) Masa tu aku form 2, junior-junior lagi hoi~ tapi roomate masa tu memang best. Ada 3 orang termasuk aku yang form 2. Memang asyik nak skip pergi surau je. Sampailah satu hari...

(Gambar Google)

Waktu Maghrib, kami 3 orang pakat sembunyi duk diam-diam dalam dorm gelap-gelap. Sebab tak nak pergi surau, so solat lah dalam dorm kan. Itu pun bentang sejadah kat celah-celah katil double decker, konon tektik penyamaran sangat lah~ sorang kawan aku 'period'. Aku solat, lagi sorang cover line. Aku ingat lagi, time tu aku masuk rakaat kedua. Suasana dalam dorm memang gelap-gelita dan sunyi sepi sebab satu blok kosong, diorang pergi surau.


Aku tengah sujud yang sebelum tahiyyat awal tu. Tengah-tengah sujud, tetiba pintu dorm kitorang dibuka, tergamam jap sebab takde dengar bunyi tapak kaki langsung. Gila psiko prefect ni. Hishhh!! KANTOI!! Kawan aku pun dah err..err...je bila prefect (pengawas) tu tanya dengan nada yang menggerunkan. Yang aku time tu tak nak lama pulak sujud masa tu, hahaha~ Dalam kepala fikir, adoi nak buat camane ni???? Dalam-dalam panik dan fikir segala bagai formula masa sujud tu, aku pun teruslah...

'Allahuakbarrr...."

Terus duduk tahiyyat akhir......Hah amek! Sembahyang Maghrib 2 rakaat je aku hari tu...Hadoi~~ Memang aku tak boleh lupa kisah ni. Muka aku pun memang tenang habis lah masa bangun daripada sujud tu untuk habiskan terus solat Maghrib even baru rakaat kedua. Lepas siap je, toleh belakang sempat buat-buat terkejut sebab ada prefect. Haha...drama sangat!

So, tu jelah citenye. Lain biasa-biasa je, buat-buat sakit sebab nak tidur kat sick bay masa prep malam pun selalu jugak lah. Tapi yang aku peliknya tu, waktu aku form 2 je aku buat perangai. Lepas tu takde dah...mungkin sebab nak PMR dan SPM kot? Mencari keredhaan katanya. Alhamdulillah~ haha.

Okay tu je, bye (n_n)

7 comments:

eima said...

tak de pengalaman doka srama ... hihihih sbb2 ni la dulu tk mo masuk asrama .....

lia said...

ha3 maghrib 2 rakaat kekdahnyer yer...

pengalaman kat asrama, suka fly... semata2 nak p makan nasi goreng he3

Nadia Johari said...

Nasib pengawas yang datang..kalau hantu..hahaha...

Diana Rashid said...

Akak tak pernah dok asrama..tak selesa kot..kadang2 akak terfikir cemana diaorang ni boleh duduk dalam keadaaan hanya ada satu katil kecik dan satu lemari kecik.hahahha

reenapple said...

Aku masuk asrama masa form 5. Dan aku pengawas sekolah bukan pengawas asrama. Haha.

Dan ya, aku pernah buat macam kau. Tak pergi solat berjemaah kat surau. Haha

ismi said...

ahaha, sama la , masa kata asrama dulu , macam2 perangai buat , prep malam 15 minit awal je buat homework lepas tu menyembang je lebih haha

MsTheTrue said...

macam perangai la kat asrama dulu , kalau prep malam tu 15 minit awal je study , buat hwork bagai , lepas tu menyembang je lebihnya haha