Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 13 January 2015

Pengalaman Aku Join Skim Pelaburan


Salam :)

Aku ni bukannya jenis yang percaya pada skim cepat kaya mahupun skim pelaburan yang tak glamour. Tak terfikir pun nak join mana-mana pelaburan saham ke apa ke, melainkan 'melabur' di ASB. Semuanya bermula bila sorang kawan aku ni, mesej aku. Dia yang ajak aku join investment. Memang ragu-ragu, tapi aku join jugak atas dua perkara ni :-

i) Fikirkan dia kawan aku. Budak baik. So, takkan dia nak tipu aku kan?

ii) Bila dia cakap dia memang dah dapat pulangannya. Tahun pertama dia try sorang-sorang dulu, so bila dah terbukti kebenaran skim pelaburan tersebut, baru dia berani ajak kawan-kawan lain pada tahun kedua.

Pendekkan cerita, aku join. Few ahli yang join tu memang member-member kitorang jugak. Untuk skim yang aku join ni, memang 'mampu milik' lah. Sebab murah. Satu 'tapak' atau 'lot' serendah Rm 50 pun dah boleh beli untuk dilaburkan. Even bayar Rm50, tapi pulangannya digandakan jadi Rm1000++. Ada 'lot' yang Rm100 tapi akan digandakan sampai Rm2000++. Ada yang dapat balik sampai Rm10,000! So, bagi aku skim ni sesuai untuk orang-orang muda yang kewangan belum cukup stabil lagi tu. Memang 'mampu milik'.

Dan aku ni mungkin bukan jenis yang tamak, so aku pilih 'lot-lot' yang aku rasa menguntungkan, dan share dengan BF aku. Masa tu kitorang ambil ikut macam sebulan tu, just ambil 1 atau 2 lot je untuk dikongsi.Kitorang ambil 'plan' yang low risk. Contohnya:

Rm100 dapat Rm1000 (pada tarikh sekian..sekian)
Rm50 dapat Rm650 (pada tarikh sekian..sekian)
Rm200 dapat Rm1200 (pada tarikh sekian..sekian)

Paling best, kitorang ambil 'plan' Rm200 dapat Rm10,000 pada tarikh sekian..sekian. Kalau share berdua, sorang just bayar seratus je, dah dapat Rm5000. TAPI, memang awal-awal kami dah ready dan warning pada diri kami sendiri; KALAU ADA REZEKI, ADALAH. KALAU TAKDE, INI MEMANG KONSEP PELABURAN :)

Nak jadikan cerita, Alhamdulillah, kami ada rezeki. Tapi bukan yang Rm10,000 tu. Tapi kami dapat untuk plan Rm200 dapat Rm1200 tu. Memang Alhamdulillah, balik check kat ATM, ada masuk Rm600 dalam akaun. Lagi Rm600 tu aku transfer pada BF aku, sebab kami share plan kan. Memang terbaik, TAPI, kami tetap berjaga-jaga. Sebab ini adalah pelaburan.

Plan-plan lepas tu kami tetap beli yang 'low risk' yang mana serendah Rm50 satu 'lot'. So, dalam masa lebih kurang 6 bulan macam tu, kami baru beli 5 'plan'. 1 'plan' dah dapat pulangan, tinggal lagi 4 'plan' yang belum dapat. Kalau nak dikira, adalah dalam Rm300 yang aku laburkan untuk 4 plan tersebut. Namun, macam yang aku cakap tadi. THIS IS INVESTMENT. Sejauh mana kita boleh naik sebab pelaburan, sejauh itu jugaklah kita boleh jatuh miskin sebab pelaburan tersebut!

Something bad happened! Dan kawan aku yang incharge skim tu in trouble at that time, bila tiba-tiba satu hari tu, dia tak boleh nak bukak webpage skim pelaburan tersebut, tak boleh nak contact sesiapa dan totally lost gila sebab duit pelabur semua dah bagi organisasi skim tersebut, dan masa tu...memang status kami ni macam pelabur yang tertipu, teraniaya dan whatever. Bila aku tanya dia, dia kata dia memang tak tahu kenapa, dia buka webpage tu, dah jadi webpage omputih semua bagai. And she'd be very worried after that. Gila tak risau? Duit orang kot yang kita pegang. Bukan beratus, tapi beribu-ribu!! Gila!

Teruk dia kena marah dan kena maki semua oleh pelabur-pelabur yang mata duitan dan nak kaya cepat. Siap ugut minta kawan aku tu bayar balik semua duit yang diorang dah laburkan tu. Masa tu, aku cuma mampu baca komen-komen marah diorang tu kat FB group skim kitorang tu. Kesian aku kat kawan aku tu. Dia bukan penipu, buktinya...aku sendiri dan beberapa orang lagi sebelum tu, memang dah dapat 'merasa' pulangan pelaburan tu.

Bila dah jadi macam tu, aku rasa aku lebih menyalahkan pelabur-pelabur yang nak cepat sangat kaya dan mata duitan tu lebih daripada kawan aku ni. Sebab apa tau, sebab ini...

KESALAHAN PELABUR KETIKA MELABUR

1. TERLALU YAKIN DENGAN SKIM PELABURAN
Macam aku cakap tadi, 'lot' ditawarkan dengan harga yang sangat 'mampu milik'. Contoh Rm100 (1 lot) dapat Rm1000. Pelabur yang waspada mungkin akan ambil satu lot je, tapi pelabur yang nak cepat kaya akan ambil sampai 10 lot iaitu Rm1000!! Kalau ada rezeki, memang lumayan, tapi kalau kena tipu?? Hangus seribu derr~~

2. TAMAK!!
Sama seperti point di atas, bila dah terlampau yakin dan tamak, beli 'lot' banyak-banyak. Duit belum dapat kat tangan, bayangnya pun belum muncul lagi, tapi dah berangan macam-macam nak buat apa dengan duit pulangan tu nanti. Itu yang marah sangat bila kena tipu~

3. TAK FAHAM KONSEP PELABURAN
Tak faham konsep pelaburan, macam mana nak melabur? Sedangkan berniaga yang perlu kerah tenaga sendiri tu pun boleh ada untung rugi, apetah lagi skim pelaburan yang memerlukan kita beri duit, dan tunggu goyang kaki je? Dan lagi satu, dalam pelaburan, risikonya adalah duit kita tu takkan dipulangkan semula jika berlaku apa-apa kerugian atau apa-apa yang buruk. Burn. Hangus! So, pelabur takde hak pun nak minta balik duit tersebut sebab kita sendiri yang nak melabur, kan.

***************************************

So, begitulah ceritanya. Pengalaman aku join skim pelaburan yang tak glamour macam ni. Nasihat aku, nak join boleh, tapi jangan tamak dan kena sentiasa beringat dan get ready. Bukan takde skim pelaburan yang boleh dipercayai, banyak je cuma kena pandai cari dan tanya pada orang-orang yang sahih. Semoga dijadikan panduan. :)

p/s: Kawan aku tu sekarang tengah gigih cari dan kumpul duit balik untuk bayar semula duit-duit pelabur semua, even kalau mengikut konsep pelaburan, dia tak perlu bayar pun semua tu. Dia kata, dia nak bersihkan nama dia dan nak raih semula kepercayaan orang pada dia. Plus dia bukan orang senang, jadi, aku rasa amat perit untuk dia. Semoga dia dimurahkan rezeki, amin :)


5 comments:

Nadia Johari said...

banyak benda dah jadi macam ni..tu kene pikir betul-betul masa nak melabur

ct cucubi said...

Kalau pandai melabur memang boleh buat duit. tapi sampai sekarang CC memang xbrani nak ambil risiko melainkan pelaburan pasif mcm AHB ASB.. etc.. Semoga dipermudahkan segala urusan kawan awak.

murado said...

kita kena fikir halal haram duit tu..sbb dalam kubur nnati benda tu akan datang balik kt kita...bukan senang nak dapat untung banyak...kalau untung byk orang x kan share dgn kita....any investment boleh bagi above 15 percnt...better be careful.

Sang Kambing said...

Assalamualaikum... Maaf. Kalau dr segi hukum syara. Ini perjudian.. Bukan pelaburan...

KJSD said...

Salam.. Pelaburan macam ni memang haram. Modus operandi yg sama dgn nama berlainan masih berterusan.. Semoga lebih ramai sedar pembohongan skim ni..