Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 28 January 2015

Nervous seorang anak, bila nak bagitau perkara ini... :p


Salam.
Korang nak tau, dalam hidup aku ni, selain daripada permintaan ini; 'mak, hari ni lynn tak nak pergi sekolah boleh?'...ada satu lagi permintaan yang aku kira terpaling-paling-paling 'ngeri' dan takut nak mintak, iaitu...



"Mak, lynn nak bertunang..." (pada bulan sekian-sekian)

Mak ayah aku ni memang dah tahu aku ni dah ada yang punya. Cuma diorang tak pernah tanya langsung bila nak kahwin. Bagi aku baguslah, sekurang-kurangnya diorang tak paksa dan tekan aku pasal kahwin. Hahaha

Tapi disebabkan diorang tak pernah tanya tu lah, yang membuatkan aku kena berani dan start the topic sendiri untuk 'mintak' kahwin. Hahaha :p sebelum ni, aku memang selalu terfikir-fikir, macam mana lah aku nak bagitau mak dan abah aku nanti kalau dah tiba masanya ya? Sebab aku rapat dan manja dengan parent aku, still diorang rasa aku macam anak kecik dia lagi. Dan aku pun, memang rasa aku ni anak kecik diorang lagi. Hehe..

Hari tu, time aku berdua je dengan mak aku tengah niaga kat pasar malam, aku pun tarik nafas dalam-dalam dan bagitau jugak pada mak aku....mak aku macam ha? Dah nak bertunang? Aku memang dah agak mak aku akan feedback macam tu. Tapi cepat-cepat aku mengingatkan mak aku, yang aku ni dah berumur 26 tahun, tahun ni. Hahaha :p

Part nak bagitau abah aku, lagi 'ngeri'. Cakap dengan mak steady, sekali cakap dengan abah aku, terus skema ayat aku. Hahaha! Tapi kan, aku tak tahu kenapa, bila cakap hal ni dengan abah aku, aku rasa macam sayu je..hehe...Yelah aku memang sangat rapat dengan abah aku. Dan untuk abah aku pulak, benda ni macam petanda awal yang dia kena bersedia mental untuk menerima kehadiran menantu disamping 'menyerahkan' aku kepada menantu dia tu. Hahaha :p

Tapi Alhamdulillah, benda baik kan. So, kitorang pun dah bincang sikit-sikit tentang tarikh dan persiapan apa nak buat. Tetamu dah siap kira berapa orang nak jemput, sebab takut lari bajet lak. Haha~ aku buat kecik-kecik je, sebab bertunang je kan. Hehe

So, itulah dia. Kisah pengalaman di mana betapa nervousnya seorang anak bila nak bagitau mak ayah dia, yang dia dah bersedia untuk mendaki 'stage' baru dalam hidupnya. :) Doakan aku.

p/s : si dia pergi umrah esok. Doakan yang terbaik untuk kami, insyaAllah :) Amin.

7 comments:

suwara entertainment said...

hehehe..saya dah pernah lalui zaman camni dulu..siyesly mmg neves nak gtau parents..mula2 via sms je..tapi Allah buka kan hati abah agaknya, abah tanya siapa, bila nak dtg merisik dll..bila ingat2 balik mmg lawak..hehehe

Pojiegraphy said...

Berdebar tu. Hahaha. Tapi, i'm sure parents akan happy nak tahu anak diorang nak tunang or kahwin hehe

eima said...

waaaaaaaaaahhhhhhhh,... patutla tak de entry 2-3 hari rupanye nerves ..hehehe

ai dulu tak nerves pun .... aku ckp abah nanti mak boipren org nak mai kira ... pastu selesai ...hahaha


tahniah dik ... tahniah jug utk si dia tu ... tak sabo nk tgu tgk gambo kawen

reenapple said...

Tahniah Lynn. :)

Unknown said...

Akak lupa dah cemana pertama kali bagitau kat mak akak nak kawen..lupa!

Unknown said...

okay sy skip part ni.. sebab hari tu cik abg yg call bapa sy terus kata nk tunang dgn sy.. hehe. tp paling nervous masa mula2 jumpa family dia lah. ingat balik rasa macam kelakar gila. haha

congrats and all the best! :D

Suria Amanda said...

Alhamdulillah. ..agak2 berdebar2 tak....