Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 22 January 2015

Kenangan 90-an Aku & Aiskrim


Salam.
Nampak tak, betapa takde ideanya aku sampaikan ais krim pun nak dijadikan isu. Hahaha~ tapi kalau diingat balik, memang banyak tau kenangan aku dengan aiskrim ni. Sejak kecik hinggalah sekarang ni, aiskrim inilah yang menjadi fevret aku! Haha~


1. Aiskrim Calong
Ingat lagi waktu aku duduk kampung dulu. Bila sedara-mara balik, kami yang kecik-kecik ni pakat ramai-ramai jerit panggil pakcik yang naik motor jual aiskrim tu. Meriah gila. Kalau banyak duit or abang-abang / kakak-kaka sedara sudi belanje, baru dapat beli aiskrim calong yang boleh muat 3 scoop tu or aiskrim yang berjenama sikit. Kalau tak, kena beli yang 1 scoop je. Hahah

2. Aiskrim Roti
Haa...ini pun selalu beli masa kecik-kecik dulu. Beli kat pakcik motor jual aiskrim tu jugak. Ini kalau dapat makan, arghh sedapnya!! Makan tengah panas lak tu..adoi~ terliur dah aku haa. Haha :p

 
3. Paddle Pop dan Solero
Inilah aiskrim yang paling terfevret dulu kini dan selamanya!! Hahaha sedap gila dua-dua aiskrim ni, tak tahu kenapa. Memang kalau pergi kedai nak beli aiskrim, dua ni lah yang first dicari. Hihi~

4. Aiskrim Mangkuk
Haa! Ini pun fevret jugak masa aku kecik-kecik dulu masa sebelum sekolah. Masa tu family aku duk rumah pangsa. Ingat lagi, tiap-tiap kali mak aku nak pergi buang sampah kat bawah, mesti aku kirim aiskrim mangkuk yang kecik-kecik comel ni. Lepas tu makan dengan sudu kecik yang kayu tu, hihi sedapnya!!

5. Aiskrim McD
Dulu selalu makan aiskrim Mcd ni. Baik dengan pakwe tercinta, mahupun dengan family tersayang. Memang aiskrim ni lah jadi pilihan sebab senang nak beli kat kiosk-kiosk dia kan. Masa dating, selalu makan aiskrim ni lepas tu aku tak habis, so sumbat lah kepada encik pakwe. Masa makan dengan family pula, aku tak habis jugak, so mak ayah aku yang gigih habiskan. Hahaha~ begitulah pengorbanan orang-orang di sekeliling aku. Kena abiskan makanan yang aku tak habis! :p Tapi sekarang dah tak beli, sebab kitorang dah boikot McD :D

***************************************

Haha, sekian cerita aiskrim daripada saya. Jemput makan ye~ Nyum! Nyum!! \(n_n)/


P/s: adoila...dah mengidam nak makan aiskrim lah pulakk...Balik kerja ni kena cari ni! Dush! Dush!

3 comments:

eima said...

Seb baik mlm2 br aku bc entry ni haha ....tgh sejuk2 tak teringin ..klu jenuhbplak nk cr eskrem ..aku suka walls moo tu sedap gile

Diana Rashid said...

Aiskrim roti tu akak selalu juga bila teringin buat sendiri je..pi beli roti kat kedai depan ni siap la dikejakan aiskrim tu..hhahha..kenyang pun ye aiskrim roti nih..

Amanda Suria said...

Adoiii....akak suka yg aiskrim roti tu la....terliur terus