Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 19 January 2015

Mungkin Ini Sebabnya Mengapa SonaOne & Joe Flizzow Menjuarai AJL 29 (2014)


Salam.

Apa khabar, yaw~ Akulah antara rakyat marhaen yang paling tak puas hati bila dengar dua orang brader ni yang menang AJL semalam. Aku tanya 'apa pasaaal~~~ juri?' Lagu 'Apa Khabar' ni dah lah tak menguji vokal langsung, lepas tu lirik korusnya duk ulang-ulang je tanya pekabor?...pekabor? Sekali pandang, memang macam tak layak dinobatkan sebagai JUARA AJL Ke- 29. Aku kongsikan lirik dia kat bawah ni. Memang sebelum ni aku pertikaikan tanpa baca liriknya, tapi lepas baca, ternyata ia ada 'sesuatu'...

Lirik Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow ft SonaOne

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu
Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya

Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta

Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza
Justeru, aku rasa lagu 'Apa Khabar' ini menang, kerana:-

1. Kisah yang terkandung pada liriknya lebih 'ikhlas' sebab berdasarkan real experiences penyanyi. Kisah bagaimana dia menjadikan rap sebagai kerjaya. Bagaimana dia 'naik' dan bagaimana penerimaan masyarakat terhadap seni mereka. Dan memang amat kuat keyword tu, sebab rap tu salah satu kemahiran dalam industri muzik.

2. Mungkin bila dibandingkan lirik lagu ini dengan lirik-lirik lagu finalis yang lain, lirik 'Apa Khabar' ini yang lebih menonjol sebab ianya unik. Perhatikan lirik-lirik lagu lain, majoritinya berkaitan cinta, kasih sayang, rindu dan kehilangan. Nampak tak betapa berbezanya lirik lagu dia ni dengan lagu-lagu yang lain?

3. Kerana hip-hop. Kalau dulu, barisan juri mungkin terdiri daripada mereka yang sangat professional tentang lagu-lagu balada sahaja. Maka mungkin mereka terlepas pandang pada lagu-lagu rap, dan terus mengatakan lagu hip-hop tak layak menang sebab vokal tak menguji. So, AJL kali ni menampilkan gabungan juri yang bukan saja mahir daripada balada, tetapi juga yang berlatarbelakang hip-hop! So, that is why~ maybe..

*******************************************
Ahhh, tapi aku masih tak puas hati apesal diorang boleh dapat juara!! Aku dah cuba memahami, tapi tetap aku rasa diorang tak layak jadi juara. Hahaha :p ya, walaupun lirik dah bagus dan unik habis, tapi tetap vokal dan persembahannya biasa-biasa saja~ Agaknya itulah 'kuasa' sesebuah lirik lagu.

P/s : By the way, Alyah mengecewakan aku, kenapa entah malam tadi suara dia lain macam sikit lah :( Then stacy best gila performance dia meriah macam Chocolate Factory!! Dan my favourite, Hafiz...probz memang terbaik, macam real baru lepas kena banjir. Tapi lagu tu tak menguji vokal Hafiz lah..lembut sangat. Heheh :p and the best, MOJO IS THE BESTTT !!! Good job Edry ;)


4 comments:

Pojiegraphy said...

Betul! They deserved it. Memang lirik dan lagu yang cukup unik!

eima said...

nk komen pun tatau dik ...ai tak minat lagu ... jrg dgr lagu .. radio kat kete lebih tgk cite frozen berkali2 .... tambahan plak mlm td mmg aku tak tgk ajl hahahhaha
ai kan mmg tak suka muzik2 ni ... rancangan berunsur hiburan gini ...

ezyra taharin said...

saya pon tak sangka lagu ni boleh menang.ramai kat stadium semalam macam terkedu ...tp lirik lagu ni memang sangat bermakna...dituju khas utk kawan..

Unknown said...

bait2 lirik dia yang best sebenarnya...klu kita sekadar dengar tanpa menghayati mmg rasa lagu tu lagu biasa kan...

yup thumb up for edry n mojo...
terharu masa tengok persembahan tu...