Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 26 May 2015

Bawah Mata Gelap - Korang guna produk apa?


Salam.
Hmm~ sesungguhnya aku musykil nak guna produk apa untuk kurangkan gelap bawah mata aku ni. Aku perasan bawah mata aku cam ada dark circle tu, maybe sebab aku lama ngadap PC buat kerja, tu yang mata letih agaknya. Hmm~


Semalam pergi Watson, aku saje lah beli menatang kat atas tu. Mampu beli eye patch je haa, nak beli krim dia semalam aku ushar semua berpuluh-puluh ringgit. Ada satu tu rege dia Rm77!! Gila betul, nak terkeluar semua yang aku makan semalam tengok rege camtu (-_-')

So, belek punya belek segala eye patches yang ada kat situ, aku pilih lah yang ni, harga Rm4 lebih, tapi okaylah ada 4 patches.


Tapi, hampeh...balik rumah tengok ada 2 patches je...kureng betul. Cakap lah ada 2 set patches. Tulis 4 patches pulak, ingatkan ada 4 set! Ingat aku nak pakai sebelah mata je ke...huh~ Teraniaya beta rasa tau~ hahah




Ni lah rupa eye patches tu..masa nak pakai tu, permukaan yang licin tu lah yang kita tekap kat bawah mata kita tu...

Cam orang dayak dah aku rasa, bawah mata camtu. Hahah..kelakar pulak, tak pernah-pernah aku pakai benda2 feminine camni...owh btw, aku xtau lah berkesan ke tak. Guna ni selama 30 minit, lepas tanggal tu, ade je lagi dark circlenya. Malam ni nak try lagi sepasang.

Selain daripada timun-timunan ke apa ke, anyone boleh suggest tak krim apa yang best untuk hilangkan gelap bawah mata ni? TQ!

P/s: setakat guna 2 set je, mana boleh hilang dengan segera kan~ hahaha :p


3 comments:

Syeeda said...

dlu prnh beli eye patch tp disebabkan xsesuai, bengkak habis..huhu doktor ckp xsesuai dgn darah syeeda.. hii

eima said...

hahaha .... entah la ...
tido yg cukup boleh kot bg elok blk

Razf said...

Dulu pakai garnier tu.. sedap je sejuk... tapi lepas tu x pakai dah.. berkesan jugak tp apa2 pon tido kena cukup kot