Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 20 May 2015

Inilah Rupa Tasik Biru di Johor Yang Rakyatnya Sendiri Tak Tahu Kewujudannya


Salam...
Hahaha panjang gila tajuk entry :P By the way, aku tak tahu langsung kewujudan Tasik Biru di Johor ni. Tadi tengah buat design untuk Johor, so aku google color code untuk Johor dengan menaip 'Biru Johor'...tetiba keluar gambar tasik bebanyak...uiks?


So, bila tengok-tengok, lahhh? Rupa-rupanya tasik biru yang cantik ni terletak kat Johor rupanya?? Aku baca-baca dekat blog, tasik biru ni actually takde nama, tapi dipanggil Tasik Biru sebab warna airnya yang sangat biru. Cantik sangat, subhanallah (n_n)

Antara gambar penunjung di Tasik Biru, Johor



Tasik ni terletak di Seri Alam, berdekatan dengan UNIKL, Pasir Gudang. Walaupun ianya cantik dan memukau pandangan, tapi ia tidak dijadikan kawasan pelancongan atas sebab-sebab tertentu. Ada yang kata, tasik ni dulu merupakan bekas lombong, so kalau dah bekas lombong, memang patutlah kawasan ni jadi kawasan larangan, sebab keadaan sekeliling pun agak membahayakan.


Tebing curam gila...bahaya!

So, mungkin sebab tu kawasan ni tidak dibangunkan menjadi kawasan pelancongan walaupun tasik ni cantik dan memukau. Apapun, pemandangan tasik biru ni dah pun pernah dimasukkan dalam majalah DCM Magazine; dengan tajuknya The Blue Lake of Seri Alam'...
Nampak macam tasik kat luar negara kan? Hahaha tak sangka Johor ada tasik cantik camni. So, itu saje. Thanx sudi singgah :D

Images credit to: blog 1blog 2 dan blog 3.

P/s: kot ade sesiapa yang nak pergi sana, berhati-hatilah ya. Pape berlaku memang kena tanggung sendiri.


4 comments:

POJIEGRAPHY BLOG said...

Cantik! Tapi sayangnya tak boleh mandi sebab bahaya hehe

Razfira said...

cantik..

ps: suka baca blog awak sbb boleh mengubat kerinduan terhadap Johor (ceh mcm duduk jauh sgt hahhaa)

eima said...

ok mmg cantik tp klu kena guna kederat utk ke sini ... dan bahaya tak pe la .. mmg tak la aku sampai ...

tapi nanti mesti ada org akan belid ah majukan kawasan ni aku rasa

Diana Rashid said...

akak dulu dok pasir gudang punya la lama tak pernah tau ada nya tempat ni..cantik jugak..