Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 18 May 2015

Review Filem Horror 'UNFRIENDED'

Filem untuk 18 tahun ke atas saja!!!

Salam.
Korang dah tengok filem ni?




Storyline dia sangat-sangat phew~~~ Memang lain daripada mana-mana movie horror yang aku pernah tengok. Serius! Mengisahkan tentang seorang kawan yang di-cyberbully oleh kawan-kawannya sendiri, yang kemudiannya bunuh diri sebab stress dengan kejian orang ramai di FB dia. Dan dia 'kembali' menghantui rakan-rakannya sebab nak balas dendam, juga melalui alam cyber.


Filem 'Unfriended' mungkin akan menjadi benchmark untuk filem-filem yang akan datang, yang mana ia di-shoot daripada pandangan mata watak utama yang sedang ber-video calling melalui Skype di skrin laptopnya. So, bila kita tengok 'Unfriended', kita rasa kita yang tengah menatap skrin. Filem dia starting je memang dah tunjuk laman Youtube, yang bermaksud watak utama sedang melayari youtube dan tengok video yang bertajuk; Laura Barns Suicide. (Laura Barns adalah kawan diorang)


Video calling on Skype
Watak utama kemudian ber-video calling dengan boyfriendnya, sebelum 4 orang kawan yang lain join video calling tersebut. You know, Skype kan boleh invite reramai gitu untuk ber-video calling. Tapi, ada somebody yang 'unknown' tetiba wujud dalam conversation mereka tanpa di-invite. Dahlah tak dijemput, nak remove pun tak boleh.



Berkali-kali diorang call lepas tu letak, lepas tu call balik untuk tengok siapa yang invite 'unknown' tersebut. Tapi, tetap 'unknown' tu ada jugak dalam conversation group diorang tanpa ada siapa-siapa yang invite. Dan dalam masa yang sama jugak, watak utama (pempuan atas kiri tu), dapat mesej-mesej creepy daripada akaun FB Laura Barns. Dan oleh sebab ia di-shoot daripada pandangan mata watak utama, maka kita sebagai penonton dapatlah tau apa mesej2 creepy tersebut. Mula-mula diorang fikir ini adalah prank, but then mereka sedar, yang ianya bukan prank!

Bahagian tengah filem ni, memang seriau nak mati. Bayangkan kau tengah chatting dengan kawan-kawan kau, tiba-tiba ada sorang ni nak exposed semua benda jahat yang kau pernah buat kat kawan-kawan kau tanpa pengetahuan diorang, melalui game yang dipanggil 'Never Have I Ever'....



Cara permainannya...angkat kelima2 jari, dan somebody akan tanya soalan kat diorang. Siapa pernah buat, kena turunkan satu jari. Siapa yang habis lima-lima jari turun, kena minum wain.

Tapi, dalam movie ni, game tu jadi game yang hidup mati! Yang bagi soalan adalah roh kawan dia tu, dan dia akan soal soalan maut yang memang confirm akan kantoikan kesalahan korang sebab korang kena turunkan jari jugak kalau korang pernah buat, dan siapa kalah, tak yah minum wain, tapi akan mati!

Contoh soalan maut yg hantu tu bagi :
"Never Have I Ever doing sex with my boyfriend's friend..."
(maksud: Tak pernah sekalipun aku buat seks dengan kawan teman lelaki aku)

Kau bayangkan nak jawab macam mana kalau kau pernah buat benda tu? Dalam video calling tu, ada kawan-kawan kau yg lain, ada boyfriend kau sekali, dan ada kawan dia yang kau pernah ehem2 tu sekali...kau tak boleh tipu, kalau tipu, hantu tu tahu jugak dan kau akan mati...so dalam movie ni, memang nangis-nangis 5 orang kawan tu mengaku sebab salah yang diorang buat kat kawan-kawan diorang semua besar-besar salahnya! Phew~ Cara diorang mati pun memang tak boleh blah lah kan...paling ngeri memang part blender ni...damn!!!


Ada format Gif, tapi aku tak letak sebab takut readers nightmare tengok. Serius ngeri, macam movie Saw!

So...'Unfriended' is a must-watch film. Overall, motif dia adalah jangan khianat kawan kau sendiri.



DO NOT BETRAY YOUR FRIENDS~
by Laura Barns... ;)

P/s: even aku dah ceritakan semua ni, aku masih rasa ia berbaloi untuk ditonton sebab aku tak ceritakan ending, dan emosi cemas panik dia tu, korang kena feel sendiri. Hihihi~

4 comments:

reenapple said...

Baca review kau pun dah buat aku meremang bulu Roma. Hhuuu

eima said...

mcm besh je cite ni

Diana Rashid said...

kalau anak2 tertengok tak pe ke??ke ada babak2 yang 18sx?teringin nak tengok..

Razfira said...

ni memang masuk must watch list saya ni.. hehehhe