Happy Three Friends

Miss Money

Friday 29 May 2015

Tak Nak Tolong Melayu Katanyaaaa~~


Salam.
Perbualan antara usahawan bijaksana berbincang dengan orang yang dengki dan tak nak tolong orang Melayu berniaga.


Kemudian datang pula seorang hamba Allah yang lebih bijaksana dengan memberikan respon seperti ini...


Okay, setelah aku meredakan diri aku sendiri daripada 'memuji' hujah-hujah orang yang bijaksana seperti di atas ni, barulah aku boleh menaip dengan tahap kewarasan yang berpatutan.

Aku cuba menyelami perasaan dua belah pihak iaitu;
i. Orang yang sayangkan kucing, dan
ii. Orang yang tak kisah pun tentang kucing

Orang yang sayangkan kucing akan marah, dan orang yang yang tak kisah, akan anggap takpelah setakat kucing je pun. Bukan uji guna manusia.

Tapi, bila aku fikir-fikir balik, aku tetap tersangat-sangat marah bila tengok tukang-tukang masak kat Thailand slumber pegang ekor biawak hidup sambil hempas-hempas je biawak tu dekat simen sampai mati!

PADAHAL AKU BUKANLAH SUKA SANGAT KAT BIAWAK!!

PADAHAL AKU BUKANLAH DENGKI SANGAT KAT BISNES KEDAI MAKAN BIAWAK DIA TU!!

Kemudian aku tetap rasa marah gila bila ada restoran di Jepun yang hidangkan 'sotong menari' iaitu sotong hidup yang sengaja dituangkan sos kacang soya yang mengandungi bahan kimia sodium menyebabkan sotong itu menggelupur seperti menari,sebelum mati akhirnya.


PADAHAL AKU GELI GILA TENGOK SOTONG BESAR CAMTU!!

PADAHAL AKU TAK TERINGIN PUN NAK DENGKI BISNES KEDAI SOTONG MENARI DIA TU!!

Aku fikir, kenapa aku boleh marah? Kenapa aku tak boleh berfikiran macam hamba Allah yang bijaksana tadi tu terhadap isu biawak dan sotong ni, even aku tak gemar pun pada biawak dan sotong?

Sebabnya adalah...perbualan di atas tadi tu bukanlah diantara usahawan bijak yang mementingkan kejayaan anak Melayu dengan orang yang dengki dan taknak tolong orang Melayu berniaga....TETAPI,

ITU ADALAH PERBUALAN DI ANTARA ORANG YANG TAK BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN HAMBA ALLAH YANG SAYANGKAN HAIWAN!

Itu pun dia tak boleh faham! Kau dengan bisnes kau, aku doakan berjaya lah dengan cara yang betul. Aku marah sebab dia cakap pemilik kucing tu tak nak tolong melayu berniaga. Siap suruh taubat lagi tu~ Haha!

P/s: Isu tapak bazar ramadhan yang cekik darah sampai 10k tu lebih sesuai untuk ayat keramat 'tak nak tolong Melayu'. Serius!


3 comments:

Leena said...

Astaghfirullah.. ada jugak orang yang macam gini..

Wawa Yusoff said...

tak boleh tgk video sotong tu.. :'(

Razf said...

huwaa manusia janganlah kejam sangat