Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 17 May 2015

Ini yang perlu kita buat kalau dapat duit koyak


Salam.
Serious memang menyakitkan hati kalau kita dapat duit koyak. Tak kisah lah sama ada kita di tempat pelanggan ataupun peniaga, kena pulak kita tak sempat nak mintak duit yang lebih elok sebagai ganti daripada si pemberi tu, memang rasa tak puas hati. Serius rasa teraniaya! Lebih-lebih lagi koyak yang tak boleh ditampal dengan salotape!

Jadi, apa yang perlu kita buat kalau kita dapat duit koyak??


Kita hendaklah menghentikan penganiayaan!
Jangan singkirkan duit koyak itu kepada orang lain! Simpan je! Sebab bila kita pulak yang berbelanja guna duit koyak tu, kita serupa lah dengan orang yang bagi duit tu pada kita. Sama lah kita dengan dia sebab kita menganiaya orang jugak. Faham!

Paling kurang ajar, ada orang boleh selamber bagi duit koyak tu kat tabung-tabung derma. Sangat kurang ajar! Tolong jangan buat 'pahala palsu' untuk diri sendiri ya. Kalau tabung tu derma untuk anak yatim, kau dah macam hampakan anak yatim tau. Imagine bila diorang bukak tabung, semua hanyalah duit-duit buruk dan duit koyak-koyak semata....so, please lah. Simpan je duit koyak tu! Belajar untuk redha walaupun ianya cuma hal duit koyak. Aku akan terangkan kenapa...


Jumaat lepas aku tolong parent niaga kat pasar malam. Tengah buzy, ada customer beli popcorn. Sebab dia bagi duit ngam-ngam, dia terus blah lepas tu. Masa tu aku sempat check dan nampak duit tu koyak dan bila aku tengok customer tu, dia dah jalan tergesa-gesa tinggalkan gerai aku. Even sebenarnya aku still boleh kejar dia, tapi aku macam tak boleh nak kejar. Rasa macam kejamnya manusia ni. Dia dah tahu dia nak bagi duit koyak kat aku, sebab tu dia blah cepat-cepat. Dan maybe sebab tu jugak aku malas nak kejar.

Aku kesian kat abah, so aku tukar duit Rm5 tu dengan duit aku Rm5. Biar aku yang rugi. Abah pun tak tahu aku tukar duit tu. So, aku simpan. Balik rumah, aku check2 duit aku, aku tengok aku ada sehelai lagi duit Rm5 yang tepi dia macam tak lengkap sebab dah terkoyak sikit. Lagi aku terdiam. Maksudnya macam aku rugi Rm10 dah sebab duit koyak tu tak boleh guna. Aku cuba singkirkan duit koyak sikit tu masa beli barang, tapi gagal. Serius aku kecewa gila.

At last, malam tadi aku dah pasrah, aku asing duit koyak dan selit dalam buku aku. Tak pe...biar je, simpan. Ada rezeki, adelah...sampailah pagi tadi, aku terpaksa pakai seluar jeans yang aku dah lama tak guna sebab jeans lain semua basuh. Seluk-seluk kocek, tetiba terasa ada something..

Bila tengok, Allahuakbar...sekeping note Rm20 rupanya...tersentuh betul hati aku. Allah gandakan kerugian aku dengan cara yang macam tu. Terima kasih, Tuhan... :')

Jadi, nasihat aku, janganlah aniaya orang lain. Bagi aku, dapat duit koyak yang tak lengkap macam tu adalah sesuatu yang boleh buat manusia rasa sangat kecewa, lagi-lagi kalau si pemberi tu memang sengaja bagi dan kita tak sempat nak minta tukar ganti. Dan aku tak sangka, aku akan dapat belajar sesuatu daripada hal kecik macam ni... :')

P/s : thanx sudi baca (n_n).

5 comments:

Nurrul Hazieqah said...

betul2.. simpan saja... mana tahu akn datang org nak beli...

^^ tak pun buat kenangan sbb duit malaysia tukar wajah nanti masa akan dtg..

reenapple said...

Aku dapat sesuatu Dari ini

argon said...

Betoi tu, jgn aniaya org..
Alhamdulillah. Ade hikmah ape yg terjadi. :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

tiba-tiba teringat duit koyak dalam wallet. tak tau nak buat apa.

Razf said...

btol2.. duit koyak memang x laku.. simpan jelah nak buat cmana kan