Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label raya 2014. Show all posts
Showing posts with label raya 2014. Show all posts

Thursday, 21 August 2014

Majlis JOM RAYA CDQA Media di Kampung Pengantin KL :D


Salam...


Dua hari lepas aku turun KL demi memenuhi jemputan open house Jom Raya anjuran CDQA Media ni. Aku bawak 3 orang sekali bersama aku, iaitu :

Sang Irma...pemandu Myvi kuning yang memandu mengikut arahan Wave~
Sang Jirah...bakal ibu yang baju dia meghelip-ghelip~

dan jugaa Sang Ain...yang sangat tinggi bila memakai heels dan cerewet gila bila suruh orang ambil gambar dia...hahaha~

Okay, majlis tu bermula jam 7.00 malam - 11.00 malam, venue di Kampung Pengantin Kuala Lumpur dekat Jalan Genting Klang. First expectation kami adalah, majlis haruslah grand dan makanan dia sedap! Masing-masing dah simpan perut kot semata-mata demi open house ni...

Tetapi...bila sampai je sana............berlaku beberapa kepelikan...

1. Bajet ke tidak?
Beberapa hari before majlis diadakan, pihak penganjur ada call tanya berapa orang aku nak bawak. So, aku bajet okay, makanan cukup. Tapi bila kami sampai, actually ada lagi yang masih baru sampai jam 9.30 malam tu, main menu dia iaitu nasi beriyani dan lauk-pauk semua dah habis! Tinggal nasi sikit dan beberapa jenis lauk berasaskan terung semata iaitu terung masak kuah dhal, terung masak sambal tomato (kot~), dan terung masak kicap........eaa berapa banyak terung daa kau masak (-_-')

2. What? All Indian Food???
Stall concept, yang mana semuanya makanan-makanan India dan mamak semata-mata, kecuali ais krim goreng.
Kami sangat pelik melihatkan makanan-makanan tambahan nya kesemuanya adalah makanan-makanan India! Antaranya adalah roti Naan, Thosai, Paal Appam, dan pe benda lagi, paling yang aku tak boleh terima ialah Mee Mamak pun nak letak kat situ? Hoho~ nak nangis rasanya. Dah lah main menu dia dah habis, ini side menu dia pun Indian dan Mamak-mamak belaka. Kenapa?? Kenapa??? Bukan ke hari raya, jadi kenapa aku tak nampak langsung bayang-bayang ketupat mahupun nasi impit? T_T Kebuloq sangat ke tetamu yang datang ni sampai habiskan semua juadah-juadah hari raya yang ada...(eh, ade ke? haha)

3. Majlis Hari Raya yang SANGAT OUT OF THEME!!
 

Okay, aku tak tahu celah mananya suasana hari raya tu. Persembahan masa majlis tu adalah tarian india yang huru-hara. Mungkin kalau jenis tarian tradisional India tu aku boleh terima lagi, tapi ni jenis yang terlompat-lompat kat atas tu, ala-ala modern style lah kot? Dengan pasang lagu Hindustannya lagi~ Come on lahh~~ ni hari raya lah deyyy...bukan Deepavali !

Kesimpulannya, aku rasa owner venue tu mungkin orang India ataupun mamak. Atau pun majlis ini ditaja oleh kedai mamak yang terlebih sangat nak promote bisnes diorang sampaikan tak reti beza ni majlis hari raya. Seriously, kalau nak buat tema Deepavali sangat, bagitau awal-awal. Senang kami datang pakai saree~~dan bawa hero-hero kami sekali ke majlis tu~ hehe :p

Apapun, aku datang sana nak spend time dengan kawan-kawan aku dan review venue majlis tu iaitu Kampung Pengantin Kuala Lumpur. So, sila layan gambar kami dan sekitar suasana majlis ya..hehe

Tetamu yang datang sangat ramai, so tak hairanlah kalau food habis awal kan...owh ya, dewan ni sangat besar, sesuai untuk buat majlis perkahwinan kat sini.
Dalam dewan ni memang dah tersedia ruang makan berdamai untuk pasangan pengantin. Mudahlah kan, background pun dah cantik dah..hehe
Okay, dewan ni sebenarnya terletak di tingkat 4. Lorong dalam gambar tu sebenarnya adalah bahagian kaki 5 tingkat tu yang telah dihias cantik dan menggunakan konsep gerai-gerai kat tepi tu. Gerai-gerai tu lah yang aku citer tadi menyediakan pelbagai juadah tradisional India. Aku tak pasti kalau buat wedding kat sini, kena ambil sekali ke tak pakej makanan kat gerai ni..huhu :p
Sangat susah nak ambil gambar kat lorong ni tahu! Semua orang duk lalu-lalang je kat sini..mencabar betul~ :p

Haa gambar Sang Ain ni tak banyak dalam kamera aku, banyak dalam phone beliau je aku rasa..hehehe
Kawan sejak diploma...

Haaa gigih aku cuba 'cari' angle untuk si Ain ni haa~ haha..Agak susah nak cari angle macam yang dia nak, sebab aku pun ada style aku sendiri gak bila ambil gambar kan~ so tabah je beliau bila kitorang tak dapat 'cari' angle yang dia nak tu :p hahah ;D


Okay, kat situ ada mesin photobooth yang snap picture terus boleh print. So, gigih lah menunggu giliran demi berposing-posing di depan mesin tersebut, dan boleh ambil softcopy sekali tau :D


ada jugak dapat goodies bag yang ada souvenirs biskut-biskutan..so gift-gift macam ni dapatlah mengubat sedikit kekecewaan tadi tu kan~ hahah :p


dannnn....akhir sekali....

Cantik tak baju kurung aku~~~~~??? Hahahaha..


Ni aku beli dekat De Lensa Boutique. Sila lah terjah kalau korang berminat. Hope belum sold out sebab aku beli baju ni before bulan puasa lagi~~ Hahahaha...:p

Okay tu lah pengalaman aku pergi open house tersebut. Terima kasih sudi singgah sini. Bye~ (n_n)


Thursday, 24 July 2014

Hasil 'Kuih Tunjuk' di Angsana Mall, JB


Salam :D

Kuih raya makmur (my fav), tat nenas dan tak tahu lagi dua apa namanya
Tu diaaaa kuih raya yang aku tunjuk-tunjuk di Plaza Angsana, Johor hari tu. Al-maklumlah, Plaza Angsana ni ibarat markas kuih raya, kalau beli kuih raya kat sana, memang meriah gila! Haha~

Majoriti kuih tahun ni, kitorang beli yang bite size, kira sekali ngap je lah..senang makan..hehe

Haa nama tat nenas tu 'tat nenas sempit', maybe sebab tepungnya kecik comel je, so sempit lah kot nak letak jem~

Haa ni favourite aku! Kuih apa entah, last year ada beli jugak, memang sedap gila..so tahun ni beli lagi..hehe
Ini beli kat kedai yang sama dengan kuih atas tu. Harap-harap sama sedapnya sebab baru first time nak rasa. Tak rasa lagi hoi~ sebab nak tunggu raya nanti T_T wuwu~

Haa okay itu je lah kuih rayanya. Yang lain ada lah 2,3 jenis kerepek-kerepot. Aku ni jenis memang suka makan kuih raya, sebab bukan selalu dapat makan tau. Haa korang dah beli kuih raya belum? Apa kuih raya favourite korang? Hehehe :D

P/s : Kuih raya sebalang yang paling kecik dah cecah Rm30..hadoi~sebab bahan mentah naik harga lah ni...nasib ada yg 4 seratus.


Thursday, 3 July 2014

Design Doodle Raya & Wallpaper Raya 2014 : Pelita


Salam. Alhamdulillah~design dah siap :D Doodle pertama sempena raya tahun 2014 ni, aku mulakan dengan doodle pelita.Untuk doodle, semuanya berformat PNG ya :) Kalau ada yang menarik hati korang, dipersilakan ambil ya. Percuma untuk kegunaan peribadi, terima kasih :D

Doodle Pelita Raya

~Pelita hijau~

~Pelita biru~


~Pelita emas~


~Pelita merah jambu~



Haa korang boleh gunakan doodle tersebut mengikut kreativiti korang sendiri ya. Okay, ini pulak design wallpaper raya yang menggunakan doodle pelita kat atas tu, maka jadilah ia seperti ini :

Wallpaper raya #1

Wallpaper raya #2

Wallpaper raya #3


Opz, sorry just ada dalam bentuk landscape panjang macam tu je, haha dan ada 3 warna saje... :p Maaflah, aku rasa designnya simple..haha~ Okay, itu lah design-design hari raya yang ada setakat ni. Korang doa-doakan lah aku rajin untuk buat yang seterusnya. Hahaha...

Okay lah, terima kasih pada yang sudi ambil (n_n) Mohon backlink ke blog aku ya. Thanx! ;)


p/s : owh ya, kalau korang dah siap-siap edit tu, pe kata share kat aku, nak tengok juga hasil karya korang tu..hehe :D


Beraya dengan Dress Labuh?? Kenapa tidak :D


Hoyeah ! Hoyeah ! Entry baju raya lagi \(n_n)/ Hahaha...kali ni tentang dress labuh pulak. Even ramai yang masih setia dengan berbaju kurung untuk berhari raya, tetapi ramai juga sebenarnya yang dah pun beraya dengan dress labuh macam kat bawah ni. Ayu dan sopan-santun gitu~ hehe


 

Ramai yang takut nampak terlalu glamour untuk pakai baju ni pada pagi raya di kampung, sebab takut orang kampung kata kita ni retis~ 

Hahaha...sebenarnya tak pun jika anda bijak memilih rona warna dan corak dress tersebut. Kalau nak nampak simple, boleh gayakan dress labuh yang plain dan berwarna gelap...kalau nak nampak awet muda ala-ala remaja sikit, boleh ambil dress labuh yang bermotifkan bunga-bunga dan berwarna cerah seperti pink lembut.


 

Bagi dress labuh yang bermotifkan hiasan manik dan bling-bling pula lebih sesuai, atau aku boleh cakap sangat sesuailah untuk dikenakan masa korang pergi open house rumah kawan-kawan or sedara mara kan~ (untuk efek glamour gitu..hehe)

Time tu boleh lah nak melaram sikit kan~ Nak-nak time dinner raya yang company or office kita anjurkan. Kenalah pakai glamour sikit. Dan kalau kita dah biasa sangat pakai baju kurung, time tu lah nak menunjukkan aura kelainan kita lah konon dengan mengenakan dress labuh yang memukau-mukau belaka :D


  

 


Sekarang pun dah banyak gila design dress labuh yang cantik-cantik dan unik, lebih-lebih lagi yang jual secara online seperti ZALORA yang memang dah tak asing lagi namanya dalam kalangan hijabista-hijabista sekalian :D Aku kalau pergi page ZALORA memang asyik teruja je lah sebab yelah, semua pakar fesyen dok 'ada' kat situ, so koleksi-koleksi dress yang dijual memang lah lain daripada yang lain tau!

So, kalau korang teringin nak try dress labuh untuk raya ni, dan dah terkenan dengan design-design dress labuh kat atas tu, meh lah kita beramai-ramai terjah koleksi DRESS LABUH Zalora ya sebab semua tu adalah koleksi Zalora. Banyak lagi design lain, rajin-rajinlah usha kalau berminat. Hehehe :)

Okay tu saje, terima kasih sudi singgah sini (n_n)


**************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


Tuesday, 1 July 2014

Preview Design Doodle & Wallpaper Hari Raya 2014 :D


*Latest info! Okay design raya ni dah siap ! Nak tengok?? Klik sini ya (n_n) TQ*

Salam! Aku tengah takde kerja, jadi aku ambil kesempatan nak siapkan design-design doodle dan background hari raya 2014 ni untuk kegunaan siapa-siapa yang memerlukan. Hehehe, setakat ni aku tunjukkan previewnya dulu lah ya...

1. Doodle Selfie Raya

Doodle selfie ni aku buat disebabkan oleh kegilaan manusia zaman sekarang yang sangat teruja dengan trend selfie. Haha, dah siap 99%....lagi 1% tu entahlah, touch up-touch up kot? Hehe

2. Doodle Pelita

Doodle pelita ni aku buat dia simple tapi berkerawang-kerawang sikit. Akan disediakan dalam pelbagai warna nanti, so doodle ni sesuai digunakan sebagai elemen tambahan design yang korang buat nanti :D 

3. Wallpaper Raya

Eh? Bila kat blog, lain pulak warna biru nya ni...wuwu..haa ni pulak wallpaper hari raya yang gunakan doodle pelita kat atas tu sebagai hiasan. Ni pun akan datang dalam pelbagai pilihan warna :D

Okay, itu lah preview antara design yang aku dah buat setakat ni. Tengok kerajinan aku lah, kalau rajin maka banyak lah hasilnya, hahaha.. :p Semua doodle dan wallpaper raya ni boleh di ambil percuma je untuk tujuan peribadi ya. Hehe okay! Terima kasih sudi singgah sini! :D

p/s : dah siap aku terus update! \(n_n)/


Glam Raya Pastel-Block by Fabulous Heejab



Salam, okay entry ni aku buat khas untuk seorang blogger iaitu blogger Haniey Shashaz. Beliau singgah ke blog aku untuk melihat Trend Baju Raya 2014, dan dah jatuh hati pula pada salah satu dress ni, bila dia klik link yang aku letak tu, rupa-rupanya laman web butik tu dah error.

So, untuk awak Haniey Shashaz yang tersangat minat kat design dress tersebut, ni dia saya dah jumpa page Fb diorang dan nama design dress tu ya..hehe :D



Jom kita tengok baju yang blogger ni minat sangat-sangat ni..hihi :

 
 

Haa...warna dia sweet pastel ala-ala macaroon gitu kan~ Patutlah dia suka sangat! Hehehe..harga Rm 195...aku bukan dealer baju ni, saje promote sebab ada orang tanya, so kalau berminat, boleh lah terus je klik gambar logo di bawah ni untuk lihat koleksi dress raya yang lain ya, terima kasih :D