Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 24 July 2014

Hasil 'Kuih Tunjuk' di Angsana Mall, JB


Salam :D

Kuih raya makmur (my fav), tat nenas dan tak tahu lagi dua apa namanya
Tu diaaaa kuih raya yang aku tunjuk-tunjuk di Plaza Angsana, Johor hari tu. Al-maklumlah, Plaza Angsana ni ibarat markas kuih raya, kalau beli kuih raya kat sana, memang meriah gila! Haha~

Majoriti kuih tahun ni, kitorang beli yang bite size, kira sekali ngap je lah..senang makan..hehe

Haa nama tat nenas tu 'tat nenas sempit', maybe sebab tepungnya kecik comel je, so sempit lah kot nak letak jem~

Haa ni favourite aku! Kuih apa entah, last year ada beli jugak, memang sedap gila..so tahun ni beli lagi..hehe
Ini beli kat kedai yang sama dengan kuih atas tu. Harap-harap sama sedapnya sebab baru first time nak rasa. Tak rasa lagi hoi~ sebab nak tunggu raya nanti T_T wuwu~

Haa okay itu je lah kuih rayanya. Yang lain ada lah 2,3 jenis kerepek-kerepot. Aku ni jenis memang suka makan kuih raya, sebab bukan selalu dapat makan tau. Haa korang dah beli kuih raya belum? Apa kuih raya favourite korang? Hehehe :D

P/s : Kuih raya sebalang yang paling kecik dah cecah Rm30..hadoi~sebab bahan mentah naik harga lah ni...nasib ada yg 4 seratus.


No comments: