Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Doodles. Show all posts
Showing posts with label Doodles. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Design Doodle Raya & Wallpaper Raya 2014 : Pelita


Salam. Alhamdulillah~design dah siap :D Doodle pertama sempena raya tahun 2014 ni, aku mulakan dengan doodle pelita.Untuk doodle, semuanya berformat PNG ya :) Kalau ada yang menarik hati korang, dipersilakan ambil ya. Percuma untuk kegunaan peribadi, terima kasih :D

Doodle Pelita Raya

~Pelita hijau~

~Pelita biru~


~Pelita emas~


~Pelita merah jambu~



Haa korang boleh gunakan doodle tersebut mengikut kreativiti korang sendiri ya. Okay, ini pulak design wallpaper raya yang menggunakan doodle pelita kat atas tu, maka jadilah ia seperti ini :

Wallpaper raya #1

Wallpaper raya #2

Wallpaper raya #3


Opz, sorry just ada dalam bentuk landscape panjang macam tu je, haha dan ada 3 warna saje... :p Maaflah, aku rasa designnya simple..haha~ Okay, itu lah design-design hari raya yang ada setakat ni. Korang doa-doakan lah aku rajin untuk buat yang seterusnya. Hahaha...

Okay lah, terima kasih pada yang sudi ambil (n_n) Mohon backlink ke blog aku ya. Thanx! ;)


p/s : owh ya, kalau korang dah siap-siap edit tu, pe kata share kat aku, nak tengok juga hasil karya korang tu..hehe :D


Tuesday, 1 July 2014

Preview Design Doodle & Wallpaper Hari Raya 2014 :D


*Latest info! Okay design raya ni dah siap ! Nak tengok?? Klik sini ya (n_n) TQ*

Salam! Aku tengah takde kerja, jadi aku ambil kesempatan nak siapkan design-design doodle dan background hari raya 2014 ni untuk kegunaan siapa-siapa yang memerlukan. Hehehe, setakat ni aku tunjukkan previewnya dulu lah ya...

1. Doodle Selfie Raya

Doodle selfie ni aku buat disebabkan oleh kegilaan manusia zaman sekarang yang sangat teruja dengan trend selfie. Haha, dah siap 99%....lagi 1% tu entahlah, touch up-touch up kot? Hehe

2. Doodle Pelita

Doodle pelita ni aku buat dia simple tapi berkerawang-kerawang sikit. Akan disediakan dalam pelbagai warna nanti, so doodle ni sesuai digunakan sebagai elemen tambahan design yang korang buat nanti :D 

3. Wallpaper Raya

Eh? Bila kat blog, lain pulak warna biru nya ni...wuwu..haa ni pulak wallpaper hari raya yang gunakan doodle pelita kat atas tu sebagai hiasan. Ni pun akan datang dalam pelbagai pilihan warna :D

Okay, itu lah preview antara design yang aku dah buat setakat ni. Tengok kerajinan aku lah, kalau rajin maka banyak lah hasilnya, hahaha.. :p Semua doodle dan wallpaper raya ni boleh di ambil percuma je untuk tujuan peribadi ya. Hehe okay! Terima kasih sudi singgah sini! :D

p/s : dah siap aku terus update! \(n_n)/


Wednesday, 30 April 2014

Misi menyiapkan doodle hari raya 2014 :D

Hoyeah ! Hoyeah ! Dah nak bulan puasa ! Dah nak raya !! :D
Amboi padahal ada lagi dua bulan kan~ Haha..takpe, takpe
semangat itu penting. By the way, nampaknya Jakel mulai ramai.
Wah makcik-makcik ni, tak sabar juga nampaknya~ Takpe kita 
biarkan mereka, yang penting...aku tengah nak siapkan doodle 
raya untuk tahun ni... Haha~

Jika mengimbau semula doodle-moodle yang aku buat before
ni, (mengimbau bagai~), memang kelakar pulak tengok, haha~
Ini antara doodle-moodle aku untuk raya tahun-tahun lepas,
sangatlah flat nye kan, sebab aku tak tabah nak buat yang ada
shadow bagai :p

  

 
Template kad raya pun ada, poyo betul :

 

Tapi aku buat asal ada, dengan harapan dapat membantu
menaikkan trafik blog aku ni. Dan disebabkan ia  memang 
membantu, maka aku gunakan strategi yang sama juga
tahun ini, iaitu buat doodle ! :D

Konsep dah ada, sketches dah ada...tinggal tunggu nak masuk
AI je dan colorkan. Take time juga bagi orang-orang yang tahu
nak berehat je kejenya macam aku ni, haha...sebab tu kena
start awal ! Haha~

Okaylah tu je nak citer, terima kasih sudi singgah sini (n_n)


Tuesday, 14 August 2012

Lagi Design Kad Hari Raya Percuma !! (versi cun punya)


Salam semua (n_n) Dah siap semua ke persiapan raya korang? Hehehe..
Tadi, syahirah love hewitt tanya aku, ada tak design kad raya yang lawa
lagi, sebab dia terasa nak..Haha, ada~ada..baru buat khas untuk awak.

Jangan risau, semua percuma. Haa yang lain kalau nak pon boleh ambil
tau. Kali ni aku design baaaanyak sikit warna, supaya korang banyak
sikit pilihan. Hehehe..so ini dia, sila lah pilih :

Kod - Pandan

Kod - Kiwi

 Kod - Cherry

 Kod - Lavender

Kod - Strawberry

 Kod - Gold


Okay itu saja yang aku dapat buat untuk korang. Tak lah cantik mana,
sebab aku tak sempat nak buat yang ada doodle-doodle :( Harap korang
berpuas hati lah ye.. Terima kasih (n_n)


Owh ye, ni kad raya yang aku buat hari tu :


Dan kalau korang free, meh tengok aku buat design packaging untuk
snek Twisties kat sini :


Okay, terima kasih sudi luang masa kat sini. Selamat bershopping (>_<) !








Tuesday, 7 August 2012

Design Templates : Kad Raya Aidilfitri 2012 (Kartun)

Salam. Hi all. Aku tengah rajin + takde kerja nak buat skang ni.
So, aku pun design lah templates kad hari raya untuk korang ambil, tulis ucapan dan send kat sesiapa pun secara online.

Jom tengok design kad raya aku yang tak seberapa ni, siapa nak ambil, silakan :


(isi ucapan anda di ruang kosong berwarna hijau)

(isi ucapan anda di ruang kosong berwarna biru)


Ni pulak khas untuk yang tersayang (n_n)


(isi ucapan anda di ruang kosong berwarna pink)


Okay ini pulak untuk link doodles yang lain :


Sekian, terima kasih sudi jenguk sini (n_n)


Doodles Ketupat


Salam. Memandangkan sekarang ni masing-masing tengah sibuk nak design kad raya sendiri kan? So, aku mengambil kesempatan ini untuk buat vektor ketupat untuk korang ambil, edit dan letak dalam design kad raya online korang tu :)

Doodle Ketupat Petak

Doodle Ketupat Manja (apakah nama) (-_-')

Maaf lah, cuma ada dua design + 6 warna sahaja. Aku ingat nak
design lagi, tapi keadaan kesihatan aku tak berapa mengizinkan.
So, nanti aku buat doodles lain lagi. Terima kasih sudi singgah :D



Monday, 30 July 2012

Doodles Hari Raya Aidilfitri 2012


Salam semua :) Kat sini ada doodles design untuk
hari raya aidilfitri , dengan pelbagai pilihan warna untuk dipilih.
(chewahh :p)

Kalau korang berkenan, silakan ambil. Free of charges. Hehe :D

Kod - K1

Kod - K2

Kod - K3

Kod - K4

Kod - K5


Terima kasih. Doodles ini free saja, kepada sesiapa yang dah ambil,
harap link kan kepada blog ini ya, Thank Q :)

p/s : Maaf lah, sempat buat doodles perempuan je :p
Nanti kalau free, aku try buat doodles lelaki pulak ea.