Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 21 August 2014

Majlis JOM RAYA CDQA Media di Kampung Pengantin KL :D


Salam...


Dua hari lepas aku turun KL demi memenuhi jemputan open house Jom Raya anjuran CDQA Media ni. Aku bawak 3 orang sekali bersama aku, iaitu :

Sang Irma...pemandu Myvi kuning yang memandu mengikut arahan Wave~
Sang Jirah...bakal ibu yang baju dia meghelip-ghelip~

dan jugaa Sang Ain...yang sangat tinggi bila memakai heels dan cerewet gila bila suruh orang ambil gambar dia...hahaha~

Okay, majlis tu bermula jam 7.00 malam - 11.00 malam, venue di Kampung Pengantin Kuala Lumpur dekat Jalan Genting Klang. First expectation kami adalah, majlis haruslah grand dan makanan dia sedap! Masing-masing dah simpan perut kot semata-mata demi open house ni...

Tetapi...bila sampai je sana............berlaku beberapa kepelikan...

1. Bajet ke tidak?
Beberapa hari before majlis diadakan, pihak penganjur ada call tanya berapa orang aku nak bawak. So, aku bajet okay, makanan cukup. Tapi bila kami sampai, actually ada lagi yang masih baru sampai jam 9.30 malam tu, main menu dia iaitu nasi beriyani dan lauk-pauk semua dah habis! Tinggal nasi sikit dan beberapa jenis lauk berasaskan terung semata iaitu terung masak kuah dhal, terung masak sambal tomato (kot~), dan terung masak kicap........eaa berapa banyak terung daa kau masak (-_-')

2. What? All Indian Food???
Stall concept, yang mana semuanya makanan-makanan India dan mamak semata-mata, kecuali ais krim goreng.
Kami sangat pelik melihatkan makanan-makanan tambahan nya kesemuanya adalah makanan-makanan India! Antaranya adalah roti Naan, Thosai, Paal Appam, dan pe benda lagi, paling yang aku tak boleh terima ialah Mee Mamak pun nak letak kat situ? Hoho~ nak nangis rasanya. Dah lah main menu dia dah habis, ini side menu dia pun Indian dan Mamak-mamak belaka. Kenapa?? Kenapa??? Bukan ke hari raya, jadi kenapa aku tak nampak langsung bayang-bayang ketupat mahupun nasi impit? T_T Kebuloq sangat ke tetamu yang datang ni sampai habiskan semua juadah-juadah hari raya yang ada...(eh, ade ke? haha)

3. Majlis Hari Raya yang SANGAT OUT OF THEME!!
 

Okay, aku tak tahu celah mananya suasana hari raya tu. Persembahan masa majlis tu adalah tarian india yang huru-hara. Mungkin kalau jenis tarian tradisional India tu aku boleh terima lagi, tapi ni jenis yang terlompat-lompat kat atas tu, ala-ala modern style lah kot? Dengan pasang lagu Hindustannya lagi~ Come on lahh~~ ni hari raya lah deyyy...bukan Deepavali !

Kesimpulannya, aku rasa owner venue tu mungkin orang India ataupun mamak. Atau pun majlis ini ditaja oleh kedai mamak yang terlebih sangat nak promote bisnes diorang sampaikan tak reti beza ni majlis hari raya. Seriously, kalau nak buat tema Deepavali sangat, bagitau awal-awal. Senang kami datang pakai saree~~dan bawa hero-hero kami sekali ke majlis tu~ hehe :p

Apapun, aku datang sana nak spend time dengan kawan-kawan aku dan review venue majlis tu iaitu Kampung Pengantin Kuala Lumpur. So, sila layan gambar kami dan sekitar suasana majlis ya..hehe

Tetamu yang datang sangat ramai, so tak hairanlah kalau food habis awal kan...owh ya, dewan ni sangat besar, sesuai untuk buat majlis perkahwinan kat sini.
Dalam dewan ni memang dah tersedia ruang makan berdamai untuk pasangan pengantin. Mudahlah kan, background pun dah cantik dah..hehe
Okay, dewan ni sebenarnya terletak di tingkat 4. Lorong dalam gambar tu sebenarnya adalah bahagian kaki 5 tingkat tu yang telah dihias cantik dan menggunakan konsep gerai-gerai kat tepi tu. Gerai-gerai tu lah yang aku citer tadi menyediakan pelbagai juadah tradisional India. Aku tak pasti kalau buat wedding kat sini, kena ambil sekali ke tak pakej makanan kat gerai ni..huhu :p
Sangat susah nak ambil gambar kat lorong ni tahu! Semua orang duk lalu-lalang je kat sini..mencabar betul~ :p

Haa gambar Sang Ain ni tak banyak dalam kamera aku, banyak dalam phone beliau je aku rasa..hehehe
Kawan sejak diploma...

Haaa gigih aku cuba 'cari' angle untuk si Ain ni haa~ haha..Agak susah nak cari angle macam yang dia nak, sebab aku pun ada style aku sendiri gak bila ambil gambar kan~ so tabah je beliau bila kitorang tak dapat 'cari' angle yang dia nak tu :p hahah ;D


Okay, kat situ ada mesin photobooth yang snap picture terus boleh print. So, gigih lah menunggu giliran demi berposing-posing di depan mesin tersebut, dan boleh ambil softcopy sekali tau :D


ada jugak dapat goodies bag yang ada souvenirs biskut-biskutan..so gift-gift macam ni dapatlah mengubat sedikit kekecewaan tadi tu kan~ hahah :p


dannnn....akhir sekali....

Cantik tak baju kurung aku~~~~~??? Hahahaha..


Ni aku beli dekat De Lensa Boutique. Sila lah terjah kalau korang berminat. Hope belum sold out sebab aku beli baju ni before bulan puasa lagi~~ Hahahaha...:p

Okay tu lah pengalaman aku pergi open house tersebut. Terima kasih sudi singgah sini. Bye~ (n_n)


4 comments:

Hana said...

Erm..tmpat dah grand.hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

semua cntik2 belaka..

pnh dlu usah baju tu tapi xbeli..hihih

Unknown said...

dr awal2 lg dh tngok baju tu.. cantik.. hehe..

er, betul ke open house raya ni sebenarnya?

IntaNBerliaN said...

laa biar betoi, ni rumah terbuka hari raya apanya kan... xnmpk ciri2 umah terbuka utk hari RAYA PUN