Happy Three Friends

Miss Money

Monday 28 May 2012

Aku Tahu Sikap Lahanat Kaum Aku


Perempuan penuh muslihat
Sentiasa merancang untuk memusnahkan
Sentiasa terfikir untuk menghancurkan
Kebahagiaan kaumnya sendiri


Perempuan memang lahir dengan kecantikan
yang selalunya disalahgunakan
Untuk menawan semua hati lelaki
Termasuk yang sudah dimiliki
Tanpa segan silu dan bermaruah


Perempuan memang lahir dengan sifat manja
Yang dilebih-lebihkan menjadi sifat gedik
Yang memang selalunya akan melahirkan kemesraan
Yang membuatkan semua lelaki cair
Dan terlupa mereka sedang dan telah pun dipunyai
oleh seseorang


Perempuan memang lahir dengan sikap perasan yang terlampau
Yang terus tersalah tafsir dengan bodohnya
Saat ada lelaki yang melayan mereka dengan baik
Apatah lagi bila sudah boleh ketawa mesra
Bersama-sama
Perempuan akan cepat perasan,
dan berfikir mereka boleh buat apa saja
terhadap lelaki itu meskipun di hadapan teman wanita
lelaki itu sendiri


Perempuan akan menikmati kemenangan
Saat berjaya merampas hati dan perhatian
Lelaki terutamanya lelaki yang sudah pun berpunya


  Perempuan tidak pernah serius,
sentiasa inginkan lebih dan lebih dari semua lelaki
Sentiasa ingin menawan semuanya
Sentiasa ingin menunjukkan bahawa mereka lah yang ter-sempurna
Di samping terus-menerus menyakitkan hati kaumnya sendiri


Perempuan lahir dengan kekuatan
untuk melemahkan lelaki
Dan terus membuatkan lelaki bodoh dan buta akal
Lantas memilih nafsu dari realiti


Perempuan....akan selamanya begini...
Dan mereka adalah pemusnah dan perampas....


Aku sangat benci perempuan seperti ini....
Perempuan yang tak guna...perempuan yang bodoh !


Aku ada maruah, jika aku tahu dia sudah berpunya,
aku takkan musnahkan kebahagiaan itu, Aku takkan
menggedik seperti kau wahai lahanat !


dan perempuan, aku mungkin bukan seperti kau....kekerasan
dan dendam telah lama berleluasa dalam hati sejak aku kecil lagi,
aku senang untuk memaafkan tapi bukan memaafkan perempuan
jenis engkau



Kepada yang tak kenal aku ini siapa, jangan cuba persoalkan
di mana kebaikan aku, jangan cuba mempertikaikan tentang dendam
dengan aku, jangan cuba berceramah dengan aku tentang keburukan
dendam......


Aku tahu dendam membawa padah, dan tentang kebaikan aku?
Biarlah orang tertentu sahaja yang tahu....

1 comment:

reenapple said...

setuju...perempuan itu boleh jadi serang yg licik dan pelakon yang terhebat.. =)