Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 7 August 2012

2 saat yang menakutkan...


(Pengalaman aku yang dah diolah ala-ala cerpen)

Semalam, lepas solat Maghrib. Mak aku ketuk pintu bilik aku. Aku bukak.
Aku tanya kenapa. Mak cakap, lampu lap-lip kat ruang tamu tu rosak.
Tadi mak aku godeh-godeh, sekali tertanggal wayar dia. (-_-')

"Lerr..mak ni. Pandai-pandai je....habis tak hidup lah lampu tu?" tanya aku.

"Tak hiduplah, cuba Lynn tengok kan kalau-kalau boleh sambung
wayar tu...." kata mak aku.

Aku mengeluh. Adoi, nak sambung macam mana ni. Aku amek kos grafik,
bukan engineering. Tapi aku turun gak, tengok-tengok kot2 aku ada
kuasa membetulkan wayar. 

Aku belek-belek lah wayar tu. Semua wayar ada 8, wayar tu halus-halus
je. Dua daripada 8 wayar tu dah tertanggal. Wayar tu lah yang aku kena
sambung. Mak aku seboleh-boleh nak try sambung. So, aku pun try2 lah
apa yang patut. 

Bila dah sambung, try on plug, tetap tak hidup lampu nya.

Sambung sana, sambung sini. Kitorang masa tu memang macam
tikus membaiki labu. Sepatah haram tak betul. Haha. Aku dah boring je.

"Mak, nanti je lah kita suruh abah betulkan. Lynn pon tak reti lah,
kang kena karan nanti..." kata aku.

Mak aku nak jugak try betulkan. Dia pun siat-siat sikit tiub yang cover
wayar tu, then sambung lah kat mana-mana yang dirasa dia betul.

Aku cakap baik-baik mak. Sambil tu, kitorang mengomel-ngomel
lah pasal wayar tu patutnya sambung kat mana. Mak aku try on plug.

Aku memang tak expect langsung yang remote lampu lap-lip tu akan
meletup masa mak aku on plug lampu tu. Pulak tu remote tu mak aku
tengah pegang. Remote tu meletup !


Popppp !!! Poppppp !!!


Aku terkebelakang, tersandar kat dinding. Aku pandang mak aku. 

"Makkk ni !"

Masa tu mak aku macam berdiri kaku, badan dia menggigil. Tangan dia
masih pegang remote lampu tu. Mulut mak aku masa tu macam kita
tengah sebut huruf 'O'. Mak aku diam je masa tu. 

Ok, masa tu aku sangat-sangat takut. Aku fikir mak aku terkena renjatan
elektrik. Aku fikir mak aku masa tu akan rebah jatuh ke lantai masa tu.
Serius, aku takut gila. Jantung aku dah macam berhenti masa tu. Panik.

Tapi lepas tu, mak aku bergerak, okay je macam biasa.

"Hek'eleh bukan mak sengaja, dia letup sendiri..." kata mak aku.
Rupa-rupanya dia pun terkejut sebab remote tu meletup kat tangan dia.
Tu yang dia kaku jap tu. And dia macam menggigil tu pon sebab dia
melatah. (-_-')

Tapi, lepas tu, aku terus emo. Aku cakap,

"Dah lah mak, tak yah betulkan lagi..." masa tu suara aku dah menggigil.

 Terus aku naik atas masuk bilik aku.


Aku menangis kat bilik. Serius, aku takut betul masa aku tengok mak
aku macam kaku lepas remote tu meletup. Aku ingat mak aku kena
kejutan elektrik. Kaki aku lemah je masa tu sebab terlampau risau.
 Lama aku menangis. Tambah-tambah pulak, bila aku teringat ada kes
orang mati kena letrik. Lagi lahhh..... T_T


Bila aku ingat-ingat balik, ada lah dalam 2 saat je mak aku kaku masa tu. 
Dua saat je pun, tak rasa apa. Tapi, dua saat tu cukuplah dah buat
jantung aku macam terhenti jap.


Alhamdulillah, semua okay sekarang :)



7 comments:

fikree rosli said...

alhamdulillah...nasib baik tk de pape....

Anum Shukri said...

Lain kali suruh pada yang pakar ya..bahaya tu..

Lynn Damya said...

fikree : alhmdulillah~~ :D

Anum : hah tau xpe, kak..ish3.. :)

Fyfy Liew said...

alhamdulillah. nasib baik tak ade apa2.

Lynn Damya said...

Fyfy : tu lah, alhamdulillah sangat~ :)

Nong Andy said...

ha.. jgn buat lagi. aku pon join ngeri membacanya...

mujur tak jadi apa-apa kan..

Lynn Damya said...

nong andy : hah tu lah..risau sy dibuatnya :( alhamdulillah xde apa2 :)