Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 5 August 2012

Round Bazar Hujung Minggu


Salam. Hi semua. Hari ni kat JB hujan je dari pagi sampai ke malam.
Sejuk ! So, hari minggu ni korang pergi mana? Shopping raya ke?


Aku bangun siang tadi terus kena buat popcorn lagi sikit, ada orang
order. So petang terus hantar kat rumah orang yang order tu, then
lepas tu terus Jalan-jalan Cari makan, round bazar sekitar Johor~
Hewhewhew (rasa best pulak gelak camni)



Bazar first yang aku pergi ialah bazar kat Kota Tinggi. Perghh,
nampak daripada tepi jalan, memang panjang bazarnya. Tapi, bila
round, sekejap je dah sampai ke hujung. Adakah itu magik?


Aku ni tak senonoh sikit, nak pergi bazar yang banyak kedai je,
yang sikit aku tak nak pergi, sebab tak tau nak beli apa. Tapi...
bila dah pergi kat bazar2 yang besar camtu pon, stil tak tahu nak
beli apa. Apa kejadah lahh~~
 

Last-last, aku beli lah nasi ayam berempah dengan abah aku.
Mak aku beli murtabak, RM5. Sekarang murtabak dah tak dapat
dah dengan harga RM2. Tempat korang berapa harga murtabak ek?


So, lepas berbuka dan solat Maghrib, kitorang pun pergi lah round
Bazar Kota Tinggi yang dekat tepi sungai kota tu. Siapa orang johor,
mesti tau :D Huuu~~ramai sangat orang tadi.

(Sorry lah, xde gambar nak tunjuk, tadi tak bawa kamera)


Dan lepas tu, dari Kota Tinggi, kami terus pergi ke JB, niat di hati nak
singgah ke Bazar Karat kat bandar Johor. Korang pernah pergi tak
bazar karat? Ia diibaratkan macam Uptown lah, tapi lagi meriah sebab
memang betul-betul tengah bandar JB yang sesak tu.


Tapi tadi tak dapat singgah pon, sebab parking memang full gila!
Start jam 8 malam je kalau naik kereta, jangan harap lah nak dapat
parking dekat. Kena parking jauhhh dan jalan kaki ke bazar tu.


Owh ye, aku tahun ni tak perlu beli baju raya, sebab mak cik aku
dah bagi aku baju raya yang dia beli tapi baru pakai sekali. So,
aku amek lah, jimat~~jimat~~ 

Btw, gambar ni aku amek dpd album ZALORA, ready to wear by
Jovian Mandagie. Sumpah, baju ni sangat memikat hati aku ! O_O
tapi dah sold out~~~ T_T uhuk2..
(bajet kalau ada stock, aku mampu beli, hahah)

Owh ye, baju raya korang warna apa?? (n_n)




4 comments:

Nong Andy said...

Murtabak kat sabah ni masih boleh dapat harga RM1.50 paling murah dan aku jumpa RM4.00 paling mahal. tapi rata-rata Rm2-3 kat bazaar.

Aku pernah datang sekali ke JB masa pergi convo di skudai dulu. Tapi tepi-tepi bandaraya JB jer tak menyempat masuk dalam.. sempat lepak kat kawasan sebelah hospital JB yang ada jam putih tu aku lupa nama tempat tu apa hahaha.. bukan danga bay kan.. haha..

baju raya aku dah siap 2 pasang pink satu dan purle satu hehehe..

sekian laporan dari penulis blog My story hehehe...

Lynn Damya said...

Nong Andy : amboi, panjang lebar komen kamu ya~~haha TQ2 lah sbb menjawab semua pertanyaan :p hihi clazz ko jah, rupe2nye study di JB dulu, hihi

Sarah Mohd Saleh said...

salunye cemtu lahh duk tawaf satu bazar tp penin xtau nak beli ape. baju rye aku thn ni wane pepel merah n kuning.yehaaa ;d

Lynn Damya said...

Sarah : haha amboi, 3 pasang ni haa..habislah keledek kau kena tgkap gambar byk raye ni..hihi :p