Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 16 May 2013

RINGKASAN THE DEADLY MIST (50 percent)

Deadly Mist by Jerry D.Gray
Hari tu aku dah share sinopsis paling ringkas tentang buku ini. Dan sekarang aku nak share sikit
apa yang aku baca, faham dan renungkan, setakat 50% yang aku dah baca tu :

1. Pemimpin-pemimpin dunia yang menyokong penuh agenda sistem Dunia Pemerintahan Baru
(New World Order) sedang mengawal jumlah penduduk dunia, iaitu kita, demi mencapai sistem
pemerintahan itu, mereka dikawal oleh Illuminati, Freemason dan Zionis.

2. Cara mereka 'mengawal jumlah penduduk dunia' adalah dengan menggunakan 'senjata biologi'
dan menyebarkannya ke seluruh dunia, secara rahsia, secara senyap-senyap, dan secara sulit.

3. 'Senjata biologi' bermaksud menyerang manusia dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya
melalui pelbagai 'kaedah rahsia' yang tidak diketahui umum, kepada manusia di seluruh dunia,
tidak terkecuali kepada kita juga.

4. Serangan 'senjata biologi' telah bermula sejak zaman perang lagi dan lebih dikenali sebagai
'Perang Biologi', untuk membunuh musuh dengan mudah. Harus diketahui bahawa semua
penyelidikan dan kajian tentang bahan-bahan kimia yang berbahaya itu diuji terhadap manusia!
(iaitu golongan tahanan, banduan-banduan, termasuklah askar tentera mereka sendiri!)

5. Kenapa mereka racun askar tentera mereka sendiri sedangkan mereka berjuang demi negara?
Kerana orang-orang yang mendukung sistem New World Order tidak mempedulikan semua
itu. Bagi mereka hanya kelurga-keluarga mereka sahaja yang berhak terhadap dunia ini.

6. Mereka menyokong 'eugenik', kelahiran melalui penggabungan baka-baka terpilih untuk
melahirkan generasi yang sangat baik. Dan mereka menganggap kita, orang-orang biasa,
orang-orang yang lemah, golongan kurang upaya dan cacat, PERLU DIHAPUSKAN!

Bagaimana??? Tentulah melalui 'senjata biologi' yang 'disahkan selamat'

7. Contoh penyerangan besar-besaran 'senjata biologi' secara rahsia kepada kita :

- Fluorida : Merupakan racun perosak yang menyebabkan kesan jangka panjang seperti -
                Osteoporosis, Tulang Pinggul Retak, Kanser, Ketidaksuburan, Kerosakan Otak,
                Alzheimer, Rasa sakit dan lemah badan, Penyakit Hati, dll

                 Tetapi media mempromosikan Fluorida disahkan SELAMAT dan digunakan
                 untuk mencegah kerosakan gigi.


- Aspartame : Bahan beracun yang mengandungi alkohol metanol, digunakan sebagai antiseptik
                    atau larutan untuk mengawet spesimen patologi yang apabila terdedah pada suhu
                    lebih 30 darjah Celcius, akan berubah menjadi Formaldehid (cecair atau gas).

                    Formaldehid yang terkandung ini menyebabkan pelbagai jenis masalah saraf,
                    dan boleh membawa maut, tetapi secara perlahan-lahan.

                    Dan lagi sekali media mempromosikan Aspartame disahkan SELAMAT,untuk
                    dijadikan sebagai pemanis tiruan, oleh badan yang dipercayai, iaitu FDA sendiri!


Kenapa WHO dan FDA mendiamkan diri tentang bahaya bahan-bahan ini? Kerana mereka
juga ada keuntungan dalam hal ini. Ibarat pencipta virus yang mencipta virus dan kemudian
menjual pula anti-virusnya. Tak ke kaya??

Jadi 'aktiviti jenayah terancang' ini turut menguntungkan industri farmasi, yang 'kebetulan'
di bawah jagaan keluarga George W. Bush, Syarikat Bayer (NAZI) dan beberapa syarikat
lain yang turut menyokong sistem New World Order.

Jadi, tak hairanlah kalau masyarakat tidak mengetahui apa-apa yang sebenarnya bahaya,
kerana badan-badan yang bertanggungjawab telah memalsukan maklumat kepada
orang ramai, termasuk kita.

8. Wabak penyakit berjangkit seperti AIDS dan Serbuk ANTRAKS, juga bermula daripada
mereka. Juga diceritakan 'sejarah' tersebarnya Antraks dalam buku Deadly Mist ini, yang
melibatkan nama besar bintang Hollywood iaitu Jennifer Lopez, hampir menjadi mangsa
pertama!

Tidak ada seorang pun kah yang prihatin untuk menyebarkan tentang kejahatan
yang dilakukan di Amerika Syarikat ini??

i. Media - Media antarabangsa turut terbabit dalam jenayah terancang ini, dengan tidak
              meuar-uarkan bahaya sesuatu ubat-ubatan itu kepada kita.

ii. Saintis / Doktor - Menurut buku ini, majoriti yang cuba mendedahkan 'rahsia besar'
                             Amerika Syarikat ini dibunuh / hilang pekerjaan / dimalukan oleh media
                             dengan berita palsu

iii. FDA / Doktor pakar/ Saintis pakar
 - Dah dimaklumkan tadi, bahawa mereka akan mendapat berbillion-billion keuntungan
   hasil penjualan ubat daripada kesan sampingan bahan bahaya yang digunakan secara
   meluas oleh kita daripada dulu sehingga ke hari ini. Dan sesetengah doktor dan saintis gila
   mendapat perlindungan istimewa daripada kerajaan Amerika Syarikat atas usaha mereka
   membantu menghsilkan virus berbahaya yang berkesan

iv. FBI dan CDC telah membenarkan Arkib Negara Negeri Lowa memusnahkan bukti-bukti
    sampel antraks yang dimiliki oleh mereka demi menyelamatkan ketua mereka iaitu
    kerajaan Amerika Syarikat, dan kemudian memberi alasan tidak sengaja kepada umum.
    Adakah munasabah alasan itu dikeluarkan daripada FBI?

v : Penulis buku ini - Beliau mengakui memang bahaya untuk membongkar rahsia besar ini,
                               tapi atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab, beliau berserah kpd
                               Allah sahaja dalam aktivitinya ini

Okay, itulah sedikit sebanyak yang aku ringkaskan daripada buku ni yang aku dah baca
hampir separuh. Actually, memang dah susah nak ringkaskan sebab semuanya penting
dan amat mengejutkan. Dah habis nanti aku akan ringkas kan lagi.


Sekali lagi aku ingatkan, kenapa mereka sangat kejam dan sanggup membunuh sampai
macam ni sekali, ini adalah kerana mereka hanya ingin mencapai sistem New World Order.

...



Apa aku fikir sekarang, berapa banyak racun yang dah ada dalam badan aku ni, dan
berapa banyak produk lagi yang ada bahan-bahan berbahaya ni?

p/s : sambil aku baca, sambil aku research di internet, tetapi information agak terhad.
       Adakah kerana ia disembunyikan...? Yang ada ternyata bertentangan dengan apa
       yang aku baca. Lagi-lagi di wikipedia. Hmmmm....


WARNING : JANGAN TERUS BUAT KESIMPULAN LAIN DARIPADA APA YANG
AKU TULIS KAT SINI, SEBAB INI BUKANLAH HASIL KAJIAN AKU, TETAPI IA
HASIL PEMBACAAN AKU MENGENAI BUKU DEADLY MIST INI SAHAJA. JADI,
JANGAN PANDAI-PANDAI NAK BUAT KESIMPULAN LAIN DAN TOKOK TAMBAH
YA. TERIMA KASIH



2 comments:

Falling . said...

aku syak aku tak pyh beli buku lg pasni .. juz sebut tajuk then ko xplen . kekekeke

reenapple said...

panjang weh... huhuhu. Tapi aku baru bukak mata bila kau cakap ada perng biologi ni.. wuuu. Baru tau pasal tu.