Happy Three Friends

Miss Money

Friday 21 June 2013

Facebook Aku...

Aku ingat lagi, akhir semester 5 masa diploma, aku telah dipaksa habis-habisan oleh
kawan-kawan aku supaya membuat account FB nih. (-_-') Masa tu aku memang buta
IT, yelah awal diploma pon aku still guna disket kan~~ (Rujuk SINI)

So, memang takde perasaan langsung terhadap FB, tapi setelah didesak, aku pon mula
buat acc FB dengan bantuan Jojo, roomate aku yang gila. Hahahaha

Antara profile pic aku yang terawal
Dan, tau apa jadi lepas tu?

Masa cuti semester, aku sanggup ajak mak dan adik aku teman aku ke McD semata-mata
aku nak gunakan Free Wifi kat situ, hanya untuk berFacebook (-_-'), siap sanggup aku
belanjer diorang lagi tu. Betapa rakusnya aku menggunakan teknologi di ketika itu kan~~~

Status apa yang aku update?

Memang tak dinafikan, ketika umur setahun jagung baru nak up masa tu, memang aku
pendiam, tapi bila aku marah or tak puas hati, confirm aku mencarut dekat status tu. Puas
hati aku ! Puas dapat lepaskan dan rasa puas bila orang tahu yang aku tengah marah masa
tu ! Tanpa memperdulikan perasaan dan sensitiviti masyarakat masa tu, hahahaha..

Tapi itu dulu, lepas kena sound dengan seseorang, aku lebih berhati-hati seperti seorang
artis popular. Hahaha, segala apa yang aku update dan gambar apa yang aku upload harus
tidak 'menyentapkan' orang lain. Begitu juga dgn kata-kata aku. Sekarang, aku still lagi nak
lepaskan perasaan + kegeraman, tapi aku guna double meaning, dan paling kasar pon aku
guna 'Damn'. Hehehe

Kata orang :

"Percakapan kita melambangkan sikap dan perangai kita"

Aku setuju ! Korang? :D

Siapa yang aku add & Siapa yang aku approve ?

Add biasanya takdelah masalah sangat, sbb aku yang add kan. Tapi bab approved ni
aku memang tak berhati perut + kejam. Even kawan universiti aku pon ada yang aku tak
approved. Aku sangat tak suka orang amek tahu pasal hal kehidupan aku. Sebab tu aku
tapis, siapa yang aku benarkan untuk 'tahu' siapa aku & tahu apa aktiviti-aktiviti aku, dan
siapa yang aku tak benarkan.

Memang nampak bajet hot, tapi sebenarnya aku berhati-hati. Aku takkan mudah nak approved
stranger yang baru aku kenal. Almaklumlah, sekarang ni makin ramai orang yang suka dan gila
stalker orang lain kannn~~

Sebab tu, kalau ada kawan-kawan blog aku yang add, aku tak approved. Mohon maaf sangat.

Dunia aku bukanlah Facebook

Tak nak aku hidup dalam Facebook, duk mengadap je bosanggg tahu. Tak habis-habis
menyemak dengan kisah-kisah khalwat Shah Jazle dan baju senaman Shila Amzah...eh? :p

Facebook dengan kehidupan sebenar aku memang lain. Aku tak approved bukan bermaksud
kat luar, aku nampak kau, aku terus nak tembak kau sebab aku tak kawan dengan kau. Bukan~
Hahaha...still boleh kawan, cuma cukup ler kat luar je, Facebook terlalu open, dan aku tak
benarkan orang-orang itu tahu apa aktiviti aku. :D

Owh ya, ini antara Profile Picture aku di facebook :

  

 
 

So, cukuplah aku ada blog dan Facebook je, nak layan Twitter, Keek bagai tu aku belum lagi
lah kot. Yang dua ni pon komitment tak boleh blahh apa lagi kalau semuanya aku layan kan.
Dah lah aku ni senang lupa password, hadoi~~~

Ehem..ehem...apa pulak cerita tentang Facebook korang?

(semua pic kartun dalam ni adalah artwork aku, jangan curi faham, kalau tak, aku makan korang!)

Grrrrrrr !! 


11 comments:

Shila said...

baru je nk curi gmbr2 tu..

takut pulak kene makan.. hehe..


kite approve je kwn2.
tapi list macam2 lah ada..
ada blogger, kmpung, tmpt study..

kalo status rs merepek2, blogger je bole tgk.. hahaha..

reenapple said...

Patutla aku add kau dulu, kau tak approve lama giler argh.. last3 aku cancel friend request.. ehehehehe

facebook.. cakap pasal facebook... awal3 masa zaman aku x matang memang kaki FB. Sampai aku sanggup online kat tepon kalau berjauhan dari laptop.. ahahaha. Skanrang.. tak.. aku dah tak care FB aku. (sebenar x tau pasword) haha. Aku main twitter lak.. tapi aku lebih sayang blog lagi dari semua3 tu.. ekekeke


Ehhh terpanjng lak komen aku.. ekekeke. :D

Unknown said...

artwork hang ke???? giler kretippppppp!!

Chic Na said...

dulu awal2 kemaruk jugak fb ni. tp skrg xlayan sgt dah. lebih tumpu utk bisnes je kat fb page.

Lynn Damya said...

Shila : hahaha baik jgn, nt kite goreng awak, haha gurau je :D

Reenapple : Wahhhhhh yeke, ampunkan aku~~~~hahaha, maaf lah, aku mmg begini lah babe, haha rse bersalah pula~~ T_T, haha aku masih syg FB aku, hihi :D

Xila : haha ye saya, tym rajin je buat :D time kasih

Chic Na : haha tau xpe, tp FB sy still personal lg lah, hehe :D

Sarah Mohd Saleh said...

mysterious girl kau ni.mihmih

Miszyuyu said...

hai sy dtg dr contest .. jom join! http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

Lynn Damya said...

Sarah : haha misteri lahhh sgt kan :p

Miszyuyu : hai (n_n)

Unknown said...

akak semua akaun ada..twitter,keek,insta..tapi paling layan pun blog dan insta..fb cuma tempat share post blog.kalau ada gambar pun tu dari insta je..yang lain tu tak de masa la nak hadap..bukan muda remaja pun nak hadap semua tu..hahah

hana hadi said...

segala benda fb hana private aktif pun x. hehe sekdar mengetahui perkembagan kawan2 lama dan baru :)

blog paling best di alam semesta.. hehe

Tinta Lana said...

Belah laaa! *tetiba je kan,hahaha saja je weh,hahahaha

Ok, ak nampak tahap ketaksuban ko awal2 tu, huhu, smpai belanje mekdi. kan best kalau ko ajak ak time tu..mesti ak dpt mkn mekdi selalu..urmmm.. hik3.

Ak awal2 benda ni muncul dulu, aku galak gi CC, dulu mana ad internet kat rumah.

Ak start slow down fb lepas FB ak kena hack. Cam &%*$#$ hacker tu, siap tuko gmbr profile picture ak pada gmbr mompuan tak bermaruah. Hui, kalau ak tau sapa, ak memang gerudi kepala dia habis2, biar smpai meletop, nampak tak keganasan ak? hahahah

So skrg..ak tak aktif dah. Ada tpi mcm takda. Ak aktif kat blog sahaja. ^_^