Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 6 December 2013

Mari Mengembara Lagi :)

Salam. Lama blog aku terbiar tak berupdate. Tak tahulah kenapa. Banyak entry yang
terhenti setengah jalan, terbiar berstatuskan 'draft' sahaja. Bukan 1,2 entry, tapi 10 lebih
entry ! Langsung tak berperasaan nak menulis. Hmmm...jadi, mungkin aku rasa, aku
patut 'terapi' diri aku lagi sekali kot? Dah lama jugak rasanya tak 'menerapikan diri'
dengan melihat gambar-gambar pemandangan yang cantik.. Jom, ikut aku terbang~ :D

Cantiknya kan? Kalau dapat hidup kat sini, xde internet pon xpe lah, janji aku boleh
bela kucing dengan kambing biri-biri banyak-banyak...Hahahaha
Aku pergi mana-mana, naik kereta je mesti tidur. Tapi kalau pemandangan macam ni
punya cantik, ya Allah...rugiiiii kalau tidur, mau terbeliak je mata aku kekaguman !



Tengok alam semulajadi ni bukan setakat dapat menenangkan jiwa, tapi juga dapat menyedarkan
kita, betapa kerdilnya kita berbanding alam semulajadi yang luas terbentang ini...

Keciknya kita kan :)



Keciknya !

Keciknya ! Keciknya ! Owh ini trick kamera je ye, tengok pada gaya pendaki-pendaki tu berjalan,
aku rasa diorang tengah jalan pada permukaan yang rata, cuma kamera je mengade-ngade
disengetkan...Haha tapi tak tahulah kalau diorang dah hebat sampai mendaki tebing yang curam
dengan relaks begitu? (O_o')
Aku teringat cerita Fast & Furious, still sedih dengan kehilangan Paul Warker...
Macam mana lah akan datang Fast & Furiuos yang ke-7... tak biasa tengok tanpa
ada dia..Hmmm
Wahhh

Waahhhh nampak macam sejuuuk je ! Best kalau dapat jalan-jalan kat tepi tu :D

Ah sedih gambar ini tak boleh dibesarkan lagi...sejuknya air dia~~

Bestnya pergi sini :')
Okay, gambar bawah ini sangat-sangat cantik ! Tajuk gambar ini adalah 'Winter Reflection',
pandai photographer setting segala bagai untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik
macam ni :

Kesan daripada pembalikan cahaya, salji kelihatan seperti glow in the dark. Cantik !
Ya Allah, cantiknya....

Cantiknya ! Tapi takut kalau nak mandi kat sini...macam ada buaya je? Macam ada buaya je?


Okay, aku pening pulak tengok gambar ni.... (-_-')







Owh ya, aku tak tahu kenapa sekarang ni aku begitu tertarik dengan gambar-gambar
pemandangan yang ala-ala sunset dan ada sinaran matahari, macam header blog aku tu lah
contohnya...Aku rasa macam bersemangat je bila tengok pic macam tu, haha....next entry
aku akan share pulak lah gambar-gambar sunset yang boleh 'menghangatkan' perasaan ya,
hahaha...Okay itu saja... :)




Terima kasih sudi lagi singgah sini...InsyaAllah jap g aku BW dan tinggalkan banyak komen
kat blog korang :D hehehe


5 comments:

BLOG EYJA said...

cantinya, subhanallah! nak sangat pergi. tapi budget takde. takpe, nanti ada rezeki, boleh pergikan? jom jenguk eyja :)

http://eyjamasliza.blogspot.com/p/bhjgj.html

reenapple said...

Amazing! Kalau kau nak pergi travel somewhere, jangan lupa ajak aku. Huuu. :)

Aku jarang tidur dalam perjalanan. Huuu

Unknown said...

subhanallah cantik sangat..
anne kalau first time pegi satu tempat tu memang takkan tido, lebih2 lagi kalau tempat cantik macam ni.. hehe

Nong Andy said...

Yang gambar macam perigi besar tu.. bukan macam ada buaya lyn...

Macam ada makluk monster jer.. dlm tu.. senyum senyum tgk siapa yg berani mandi kat sana hahahaha

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Aku suka sangat tengok gmbr2 mcmni lynn. Tgk gmbr pun dah rasa tenangnya..belum pergi lagi.. ^_^