Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 27 February 2014

OPENING KUKUBESI STORE SKUDAI - 1 MAC 2014



Salam. Sebelum tu, siapa-siapa yang masih belum kenal apa 'KUKUBESI' ni,
boleh lah klik SINI


Okay, perhatian kepada peminat-peminat tegar TEE KUKUBESI, yang berada di Johor,
bergembiralah kita kerana akhirnya, Johor telah terpilih sebagai lokasi cawangan
Kukubesi Store yang seterusnya, selepas store di Cheras dan store di
Shah Alam (yang dipanggil MARKAS)

Berikut merupakan butiran lanjut tentang STORE KUKUBESI DI SKUDAI :


STORE OPENING on 1 MAC 2014
12.00 tgh - 6.00 petang
Taman Pulai Perdana, Skudai

Opsssss...tapi sebelum aku bagi alamat penuh store Kukubesi Skudai ni,
better kita layan dulu beberapa gambar yang aku ambil daripada
Facebook Page Kukubesi Skudai sekitar daripada peng-label-lan baju,
design-design Tee yang ada di Store pada 1 Mac tu, dan design packaging
bag yang coOl....Jom :

STORE EKB SKUDAI IN PROGRESS

 

TEE'S BAG DESIGN


DESIGN-DESIGN BAJU YANG ADA
@EKB SKUDAI (1 MAC 2014)






SENARAI HARGA BAJU @EKB SKUDAI
(1 MAC 2014)


Dan, mulai sekarang, tag-tag label Tee KUKUBESI bukan cikai-cikai lagi tau,
sila tengok video ni : Cara Penghasilan Tag Baju KUKUBESI (GEMPAK KAN!)

Okay, seperti yang dijanjikan, ini alamat penuh untuk
STORE KUKUBESI SKUDAI :

21-1, Jalan Pulai Perdana 11/2,
Taman Sri Pulai Perdana,
Skudai, Johor

Okay, berminat, bersedialah untuk memborong di sana pada 1 MAC ini ya,
aku ada baca sesiapa yang pergi ke sana dengan memakai baju Kukubesi,
layak menerima diskaun! Hehehe (tertakluk pada terma dan syarat ya)

Owh by the way :


Kalau nak, sila beratur ya.

Okay, TAHNIAH untuk KUKUBESI KREW
yang berjaya mengembangkan empayar kukubesi di Malaysia ini. Kita dapat lihat
begitu rakyat Malaysia berbangga memakai baju berjenama daripada luar negara.
Tapi, bila adanya KUKUBESI, aku rasa sangat berbangga sebab aku akhirnya
berbangga memakai produk anak Malaysia yang bukan saja nice, tetapi perghh~

Kebabommm !!

Dan untuk EMPAYAR KUKUBESI STORE (EKB)...


Welcome to Jay Bee 
\(n_n)/


Wednesday, 26 February 2014

Hasil Bacaan Zaman Kanak-kanak... :)


Kadang-kadang bila teringat masa kecik-kecik dulu, baru aku sedar, aku
memang dah minat membaca daripada aku kecik-kecik dulu. Pernah masa kat
sekolah rendah, darjah 1, masa tu cikgu ada dalam kelas, tapi dia bagi budak-budak
buat kerja sendiri. Dalam riuh-riuh tu, aku terdengar cikgu aku puji aku;

"Baguslah awak ni Lynn, budak-budak lain bising main-main, awak rajin
baca buku haa..."

Ya,aku tengah baca kartun kat buku teks masa tu, haha..

Memang aku suka membaca. Paling suka, baca buku cerita dan komik. Haha.
Masa aku dalam darjah 2 tu, bahan bacaan yang ada kat rumah aku hanyalah
emm...macam takde aku rasa. Jadi, bila aku ikut mak aku pergi kedai, aku
akan capai majalah 'ALONG' ataupun komik 'KAWAN' dan minta mak aku belikan~
Hahahaha...ini adalah antara bahan bacaan aku masa kecik dulu :

 
Ah...aku ingat lagi cover yang ini...haha rindunya zaman kanak-kanak !

Sebut buku 'ASUH' je, aku memang terus terbayang si setan gemuk dan kurus ni

 Haa, tak cukup dengan komik-komik yang aku minta mak ayah aku belikan
 (minta atau paksa ya~haha), aku beli kat sekolah pulak. Dulu-dulu waktu sekolah
kadang-kadang kan ada orang luar datang, jual helaian-helaian buku cerita yang
difotostat, harga dia antara 10sen - 30sen je. Akulah pembeli setia buku-buku tu.
Hahah :D

Pastu balik semangat tunjuk kat mak ayah aku, (konon nak tunjuk bukti
duit belanje yang diorang bagi digunakan ke jalan yg bagus~ hahaha) :p

Sumber
Bila ingat balik semula, aku rasa bersyukur lah sebab parents aku jenis yang
support apa yang anak-anak dia buat. Contohnya bila dia tahu aku ni minat
membaca, maka mereka belikan aku bahan bacaan yang sesuai dengan umur
aku masa tu.

Ada satu majalah kanak-kanak dulu, isi kandungannya banyak mendedahkan aku
dengan ilmu-ilmu sains dan pengetahuan-pengetahuan am, memang aku suka gila!
Tapi aku lupa gila apa entah nama majalah tu (frust sungguh sebab terlupa)
Tapi, aku masih ingat apa yang aku baca dan faham daripada majalah ni.

Dalam darjah 2 atau 3 tahun, aku dah tahu tentang peristiwa Bom Atom yang
melanda Hiroshima sehinggakan menjadikan ia seperti sebuah padang jarak dan
padang tekukur! Cover majalah tu guna gambar ledakan bom yang lebih kurang
macam ini :


Lepas tu, daripada majalah 'ALONG', aku dapat tahu terdapat sesuatu fenomena
yang dipanggil Lubang Hitam / Lohong Hitam dalam ruang angkasa lepas. Serius
aku takut gila kalau planet Bumi kita ni ditelan oleh Lubang Hitam tu..tak boleh
keluar balik wehhh~~~~

Dan lagi satu adalah daripada Majalah MASTIKA, ada satu artikel tentang seorang
anak yang menceritakan kisah pekerjaan bapanya (orang barat biasa) yang mana
beliau banyak pengalaman bekerja. Bukan sebab ayahnya selalu kena buang kerja,
tapi sebab dia selalu rasa nak 'keluar dari comfort zone'. Paling aku ingat, dia berjaya
membuat biola yang mana pelanggannya terdiri daripada orang-orang yang terkenal
padahal...dia memang takde kepakaran dan kemahiran langsung tentang biola.

Di akhir artikel tu, ada ayat ini :

"Ayah saya memang hebat. Dia boleh jadi apa-apa saja yang dia mahu.."

ayat biasa...cuma aku tak sangka ayat itu rupa-rupanya memberikan aku inspirasi
pada umur aku yang dah nak mencecah 25 tahun sekarang ni.



"I can be whatever I want to be..."

p/s : Sedang merancang agar hobi dan minat menjadi kerjaya utama aku


Sunday, 23 February 2014

Gambar Biskut Lidah Kucing (n_n)



Salam, hai...nampaknya biskut lidah kucing yang berasal daripada Indonesia ni
semakin mendapat tempat di Malaysia pula, sampai aku sendiri pun dah TERbeli
katanya~ Hahah..sangat jakun bila aku terjumpa biskut ni dijual di sebuah kiosk
kecik dalam Aeon Jusco. Terus rembat sebekas!


(Sebekas je, maklumlah mahal kot sebekas tu Rm 13.50 for 42 pcs, beli online
lagi murah..hahah)

Oleh sebab biskut ni dah habis dimakan, maka aku rasa, amatlah wajar untuk aku
kongsikan beberapa gambar biskut lidah kucing ni untuk tatapan korang. Adil tak?
Hahahaha ;D

(Owh ye, gambar2 ni aku tak letak watermark, jadi kepada anda-anda yang buat
part time jual biskut ni, boleh lah guna gambar2 ni untuk promote biskut anda tu
tapi kalau ada yang berkenan lah, haha)










Haaa...macam bukan biskut kan (-_-') Hahaha, btw rasa biskut ni manis-manis
dan rangup, aku suka makan celup dalam air Nescafe O..nyum~nyum~~

Kepada pencinta kucing, jangan risau sebab biskut ni takde kaitan langsung
dengan kucing, aku pun tak tahu entah mana datangnya bagi nama biskut ni
lidah kucing. Kucing aku lidah dia tak warna- warni pun...hmmm~~


Thursday, 20 February 2014

Idea-idea Perkahwinan Berkonsepkan Warna-warna Pelangi


Salam. Sometimes bila dah banyak sangat wedding yang bertemakan warna-
warna pastel / color blocking, rasa bosan pula tengok. Haha, so apa kata kita
ushar pula warna-warna sang pelangi, jika diaplikasikan sebagai tema warna bagi
sesebuah perkahwinan :)

1. Rainbow Wedding Cake

   

2. Rainbow Wedding Dress


 
  

3. Rainbow Jewelries

 

  

4. Rainbow Wedding Ring

  
  

5. Rainbow Hand Bouquet

 

 

6. Rainbow Food Menu

 
Lengkong Pelangi                                                   Cupcake Pelangi

Macaron

Popcorn
(Hoyeahhh...serius aku boleh buat yang ini :D ade orang nak tempah tak? Hihi)

 
Embedded image permalink 

Betul-betul nasi pelangi nih, kat Malaysia pun ada tapi namanya Nasi Hujan Panas :D

6. Rainbow Wedding Doorgift

 

  

 

7. Rainbow Wedding Invitation Cards

 
 


8. Rainbow Wedding Decoration

 
Boleh digunakan sebagai Props untuk photoshoot, dan yang paling penting,
boleh di DIY ! Jimat dan lain daripada yang lain kan :D
Bunga untuk dihias atas meja
Hiasan dinding, sesuai untuk hias photobooth
 



Ah, aku rasa nak kahwin nanti macam nak tema pelangi pulak...Hahahaha...
Okay tu je inspirasi perkahwinan yang menggunakan warna-warna pelangi.

Harap bermanfaat (n_n)