Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 9 March 2014

Isu MH370 - Kita Jangan Banyak Cakap



Ya. Aku tahu semua berita dah cover isu ni. Semua radio dah cover isu ini.
Dan di laman sosial pun dah ramai yang tak bertauliah konon-konon nak cover
isu ni.

Aku ingat benda-benda macam ni, orang-orang ramai akan tangani dengan
serius dan bersimpati dengan 'the next of king' terutamanya ibu bapa, ahli
keluarga, suami / isteri mahupun anak-anak mangsa yang terlibat.

Tapi, malangnya, isu ini pun dibawak main. Tak kurang juga yang menyalahkan
itu dan menyalahkan ini. Anda bukan sesiapa pun...anda di luar bidang (majoriti
yang bising sudah tentu mereka yang langsung tak tahu-menahu tentang prosedur
berkaitan isu seperti ini) Bising seperti langau.

1. Kenapa lambat didedahkan?

Kalau anda setia menonton Buletin Utama, pasti anda tahu dan faham kenapa.
Malam semalam, Buletin Utama telah menjemput bekas ketua juruterbang ke
apa ya (maaf, aku terlupa), untuk datang memberikan ulasan dan pendapat
berikutan isu MH370 hilang. (aku cuba cari video di FB TV3 Malaysia tapi takde,
aku tak tahu kenapa, bagi aku ia penting, sangat penting sebab ia penjelasan
daripada orang yang pakar dan sangat-sangat berpengalaman)

Pembaca berita ada mengajukan soalan tentang kenapa berita ini lambat
diumumkan kepada umum? Dan beliau menjawab MAS ada prosedur mereka
sendiri dalam menangani hal-hal seperti ini. Apa yang MAS buat masa awal-awal
dapat tahu tentang kehilangan pesawat MH370 ini, adalah menghubungi 'the next
of king' (ibu bapa, keluarga, suami isteri anak mangsa).

MAS menutup dahulu berita ini, dan dalam pada masa yang sama, memberitahu
kepada waris-waris mangsa dan menceritakan hal yang sebenar. Tujuannya
adalah agar waris-waris tahu berita yang sahih daripada mereka sendiri iaitu
sumber yang boleh dipercayai dan bukannya rumors daripada penulis-
penulis tak bertanggungjawab yang menyebarkan pelbagai spekulasi tanpa
memikirkan hati dan perasaan waris-waris mangsa.

That's the point kenapa berita ini lambat diumumkan. Faham? Menurut beliau,
ya nampak macam tidak bertanggungjawab, tapi itu lah motifnya. MAS bukan
jenis yang senang-senang bila dapat tahu owh, pesawat hilang, terus je laporkan
ke media dan siarkan kat TV tentang pesawat hilang. Sentap lah hati-hati waris
nanti. Kerana memikirkan itu lah, maka MAS melakukan prosedur-prosedur yang
bukan dalam kearifan kita. MAS kena memeriksa betul-betul, betul ke pesawat
hilang, kena sahkan betul ke pesawat takde mendarat kat mana-mana tempat, dan
untuk memeriksa kat tempat-tempat lain tu, confirm harus hubungi lapangan terbang
daripada negara-negara luar yang berkenaan. DAN IA BUKAN HAL YANG BOLEH
DISETELKAN SEKELIP MATA. Faham?

Jadi, kerana ingin menjaga dan menenangkan perasaan-perasaan waris, MAS
buat begitu, malangnya telah dikutuk pulak oleh orang-orang yang bising seperti
langau. Dan even aku bukan pro kerajaan, tetapi dalam hal serius macam ni,
tak perlu dipolitikkan kot?

2. Tak habis-habis lagi ke pasal kapal terbang ni

Anda memang kejam dan tak memiliki sensitiviti langsung sebagai manusia
yang hidup bermasyarakat jika anda terdetik untuk berkata macam ni. Ia
seolah-olah anda tidak mengendahkan perasaan waris-waris mangsa yang
terlibat. Tahu tak betapa pentingnya setiap update tentang berita-berita ini
kepada waris-waris mangsa even masih belum ada sebarang perkembangan?

(aku sarankan korang pergilah tengok movie-movie action dan thriller yang
mungkin sad ending, baru boleh faham kot perasaan waris-waris mangsa dalam
menghadapi isu tragedi macam ni)

3. Buat solat Hajat, Baca Yassin Atas Laut, Laungkan Azan...bla..bla..bla...

Aku tak nafikan insyaAllah, di bawah kekuasaan Allah SWT, cara ini akan berhasil
InsyaAllah. Ramai yang mengingatkan untuk melakukan ini, tetapi caranya yang salah.
Amalam-amalan ikhtiar seperti buat solat hajat beramai-ramai, baca yassin dan
laungkan Azan ini adalah suatu perkara yang suci dan sangat-sangat baik, tapi
tercemar dengan cara anda mengingatkan mereka untuk melakukannya...

"Dah tau tak jumpa tu, pergi buat semayang hajat lahhh...dok cari lagi buat pe??"

...

"Boleh tak kau baca yassin time-time menunggu kat menara kawalan tu? Duduk
ke hulu-ke hilir lepas tu nangis bukan boleh dapat apa..pergilah duk ambil wuduk,
pastu baca yassin, nak lagi hebat, pergi baca Yassin atas laut sana tu...."

...

"Pergilah laungkan Azan kat tepi laut or atas laut sana tu...itu pun tak reti fikir,
susah kalau semuanya orang-orang __________________ (nama parti politik)"

........................

See? Rasa macam biadap tak cakap macam tu? Ramai yang cakap macam ni
kat ruang komen or di twiiter, tetapi tak perasan, sebab fikir apa yang mereka
tulis tu adalah benar-benar belaka, dan mereka lah yang berilmu agama kerana
mengingatkan tentang ikhtiar-ikhtiar seperti ini.

Nak mengingatkan orang, biar berhemah, jangan main tembak ya wahai
keyboard-keyboard warriors sekalian :) Sebagai orang Islam, aku rasa mereka
pun tahu dan sedar untuk berikhtiar seperti itu, jadi tak perlu dimarah-marah
apabila mereka tidak dilihat berbuat begitu. Mungkin mereka dah buat solat
hajat, dah baca yassin dah, tapi hanya mereka yang tahu. Yelah takkan nak
selfie masa tengah baca yassin pulak dan letak caption...

"Saya baru lepas baca yassin, harap ahli keluarga saya selamat di dalam
MH370..isk..isk..."

Dan lagi satu, Allah suka pada orang yang berusaha dan berikhtiar. Mana tahu
pihak MAS dan pasukan penyelamat masih lagi mahu teruskan operasi mencari,
dan jika selepas beberapa jam tidak ada kesan,baru akan menjalankan solat hajat
dan sebagainya. Mungkin itu prosedur, siapa tahu? Dan kalau rasa lambat sangat
pulak, solat hajat boleh dilakukan secara sendiri-sendiri. Jadi, anda buatlah solat
hajat sendiri di rumah, berdoa agar pesawat itu ditemui. Tak perlu tunggu arahan
daripada MAS :)


*********************************************************

Apa pun, kita jangan lebih-lebih bercakap itu ini. Kita kena akui kita ni kurang
pandai dan tidak pakar dalam semua bidang :) Kuasa Allah itu besar, berdoalah
dengan penuh mengharap dan merayu, moga-moga Allah mengasihani kita,
insyaAllah :)


BARU! UPDATE TERKINI DARIPADA BERITA DI HOT FM  :

Kesan sisa tumpahan minyak di temui di sepanjang persisiran pantai Malaysia-Vietnam.
Petanda awal yang bakal menemukan pasukan penyelamat dengan pesawat MH370?
*harap maaf jika ada tersalah maklumat*



1 comment:

Unknown said...

aku rasa nk copy je entry nie... aku nak paste dkt bagero bagero tu semua..... grrrr geram aku.... ;(