Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 5 March 2014

Nak Cari Barangan Vintage??? INI LAH 'SYURGA'NYA :D



Salam...
 Hoho, adakah anda merupakan barangan vintage seperti aku? Apakah yang anda minat? Mesin Typewriter yang lama? Telefon lama? Kamera lama? Tv lama? Radio lama?? Lama-kelamaan??? (owh sory itu bukan barangan vintage)

Okay, gimme Five sikit bagi sesiapa yang mempunyai minat yang sama dengan aku! Ada berita gembira untuk korang, aku tak tahu sama ada korang dah tahu ke belum, tapi yang aku tahu, aku nak beritahu kat korang apa yang aku dah tahu! Hahahaha...

Aku terjumpa satu FB Page yang menjual vintage stufffff seperti yang korang nampak macam dalam gambar kat atas tu. Itu kalau nak tahu, memang barang- barang yang dijual kat kedai diorang pun~ Haa..best kan? Best kan?? (n_n)

Sebelum aku mendedahkan nama FB Page tu, jom kita layan gambar-gambar dulu demi menaikkan tahap keterujaan kita, diorang ada jual :

VINTAGE TRUNK
VINTAGE STEEL FAN
VINTAGE CAMERAS
VINTAGE TYPEWRITER !!Cool gila, kalau aku tak ingatkan tanggungan aku yang memerlukan duit, memang aku dah terbeli dah menatang ni..
VINTAGE MESIN HIBURAN~~~Hahaha aku tak sure apakah namanya :p
Ini sangat cool ~~~ Carny-mood sangat !! Hahah
VINTAGE PHONES (awww...so cute)
VINTAGE ALARM CLOCK
(aaa...aku suka jam yang ada telinga-telinga macam yang belakang tu~)
Owh ya, dan hari tu, boleh pulak dia jual Volkswagen Combi Van ni:

Aku dah lah macam ada chemistry dengan van ni, pantang nampak mesti rasa semakin kuat untuk memiliki Combi ni barang sebijik dua. Nasib yang dia jual ni bukan versi yang ada garis lengkung kat depan dia tu, kalau yang itu lagi lah hebat penyesalan yang aku rasa akibat tak cukup duit nak beli~ Haaihh~
Owh ye, pendek kata kedai ni umpama 'Syurga Barangan Vintage' lah sebab semuaaaaaaaa nya ada! Macam-macam ada! Tengok aje lah decoration kedai dia ni haa :





Okay dah lah. Aku pulak yang stress tengok banyak sangat. Hahaha, so okay seperti yang dijanjikan, berikut merupakan butir butir tentang kedai ini ya :


Facebook Page : Outdated
Store Location : PUBLIKA, KL (No.10, Level G3)

By the way, barang diorang selalu sold out even mahal, sebab memang majority 'Likers' dan Followers diorang adalah peminat dan pengumpul tegar barangan vintage seperti ini. Aku je yang minat dari jauh~~ T_T hahah

Okay tu je, harap bermanfaat (n_n)
Terima kasih sudi singgah sini

***********************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


2 comments:

eima said...

aku cuma mini coop lama je .. yg lain tak minat kereta jenis lama mustang ke .. WV lama ke ..aku suka

Fyfy Liew said...

Typewriter tu......

*Check wallet*

*Cries at the corner of my bedroom*