Salam. Yeaay...sebenarnya ini cerita minggu lepas,
tapi aku simpan dulu demi menghormati tragedi MH370.
Okay, straight to the point, aku nak ceritakan
yang dalam majalah Ratu Sehari dalam gambar tu,
ada gambar produk kraf felt aku. Alhamdulillah~
haha siapa yang tak happy kan? :p
Actually aku tak pernah tahu pun kewujudan majalah ni,
yelah 'majalah kahwin-kahwin'...bukan aku tahu sangat pun,
lainlah kalau komik, hihi...so editor dia email aku dan
attached surat rasmi untuk memuatkan gambar produk aku
dalam majalah Ratu Sehari ni, di bawah ruang 'Ilham Kasih'
iaitu ruangan idea-idea hadiah untuk majlis perkahwinan
khususnya, di samping mempromosikan Hummy Lovey
di ruangan Direktori.
Dia email aku tahun lepas, dalam akhir November.
Baru minggu lepas dia email aku bagitau majalah yang
dia maksudkan tu dah keluar. Then, aku baru dapat tahu
yang rupa-rupanya majalah ni keluar 3 kali setahun je..
Owhhh~
Ruangan Isi Kandungan & Muka surat |
Aku beli majalah ni terus daripada pihak Editor,
so bila majalah tu sampai, tak perlu susah-susah cari
page mana, sebab dah ditandakan dengan magnet
percuma yang comel ni, hehe
Antara produk yang dimasukkan di bawah ruangan Ilham Kasih ini, produk saya? tuuu kat tepi tuuu~ :p |
Yeayyy, chef dan Miko-miko saya pun ada masuk.. masing-masing nak tumpang glamour :p |
Tapi sayang, masa editor email aku, bantal cutebox
aku belum siap lagi, haha but it's okay (n_n)
Okay kepada sesiapa yang pun baru tahu tentang
majalah ni, dan rasa nak beli untuk rujukan perkahwinan
korang, boleh lah cari-cari kat kedai berdekatan ya, boleh
dibeli dengan harga Rm 25 :D Serius aku rasa tak mampu
bila tengok design-design dan pakej perkahwinan dalam
majalah ni. Hahaha~
Okay tu je, bye...terima kasih singgah sini :D
2 comments:
Ok. Aku dah boleh panggil kau retis. :D
tahniah.
Keep it up
Post a Comment