Aku perasan baju 'Lanun Johor' ni dalam seminggu atau dia minggu yang lepas,
dalam bulan Mac 2014 ni. Mula-mula aku pergi Econsave Senai, dan ternampak
baju ni. Spontan aku tercakap'
"Hish..baju pe ni? Apesal lanun pulak?"
Aku yang anak jati Johor ni tak pepasal jadi emo, sebab secara tak langsung
aku 'dilabel' sebagai lanun. Memang tak lah aku nak pakai kalau terang-terangan
bertengkorak macam ni.
*tapi kan, aku ada terbaca kat internet, orang johor ni berketurunan Lanun..
Hah? Siapakah? Aku ke? Erkk... (-_-') malas nak kaji lebih lanjut~ hahah*
*tapi kan, aku ada terbaca kat internet, orang johor ni berketurunan Lanun..
Hah? Siapakah? Aku ke? Erkk... (-_-') malas nak kaji lebih lanjut~ hahah*
Lepas tu, dalam hari yang sama, aku pergi ke pasar malam Senai, hampir
semua gerai yang jual baju, ada menjual baju ni. Owhhh, aku agak, mesti
baju ni baru keluar ni. Okay pada sesiapa yang mungkin berminat, bolehlah
google, ada banyak info. Hehe :)
****************************************************************
Owh ya satu lagi yang aku nampak, semacam ada satu fasa baru yang
melanda Malaysia ini. Maksud aku, fasa EMPAYAR KUKUBESI. Semakin
banyak design T-shirt yang designnya ala-ala Kukubesi. Hahaha...terbaiklah KB.
Kau dah jadi Benchmark lah bro~ Tahniah! Tahniah...Hahaha tapi yang geramnya
adalah apabila ada mahkluk yang tak berguna yang menciplak design dan hanya
tukar sikit-sikit saja, lantas mengakui design itu adalah design mereka. WTH, dear?
Owh ye, berikut adalah beberapa design Baju Johor yang menarik perhatian aku:
Jika berminat klik INI
Jika berminat klik INI
Okay itu je, aku support local brand, aku support seni bawah tanah,
aku support mereka yang berbisnes SELAGI MEREKA TAK MENGGUNAKAN
HAK ORANG LAIN DEMI KEUNTUNGAN MEREKA SENDIRI. hehehe ;)
6 comments:
Cantik weh design baju tuu...
Masa nak tengok JDT lawan Selangor bulan lepas dekat Stadium Larkin, banyak jugak tengok orang jual baju ni. Ada design dia yang nampak smart, tapi rasa design dia fokus lebih kepada orang lelaki la.
yg aku tau org johor yg keturunan lanun tu yg keturunan bugis je ....tah org ckp tah betuii ke tidak ...
ni hang marah ke tak ni org panggey korg ni lanun ??
sbnrnya gelaran lanun tu di beri oleh penjajah. kerana org bugis sbnrnya mahir dalam pelayaran.
Tak kira la lanun ke ape.....yg penting ini adalah satu peningkatan dr segi semangat anak2 JOHOR untuk bola sepak JOHOR..
smart je.. tapi rasanya sanggup pakai dalam rumah je.. hehehe..
Post a Comment