Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 6 January 2015

'Comelkan' Perkahwinan Anda Dengan Ini :D


Salam \(n_n)/
Ya...jika anda sedang mencari barang hiasan yang kreatif dan unik untuk dijadikan props tambahan di pelamin anda, atau di photobooth barangkali, atau di bilik tidur, atau di mana-mana saja bahkan untuk dijadikan hantaran sekalipun boleh, jom...saya cadangkan anda dan pasangan menempah bantal couple handmade yang ekslusif ini!!



Mohon jangan terkeliru dengan bantal couple yg dinamakan dengan 'Cutebox' ini, ia adalah bantal, bukannya kotak. Nama Cutebox itu dipilih sebab bantal yang berkarakterkan kartun comel ini berbentuk petak 4 segi tepat. Hehe :)

 

Untuk satu set, anda akan dapat sepasang Cutebox iaitu satu Groom (pengantin lelaki) dan satu Bride (pengantin perempuan). Anda boleh customise nama dan warnanya mengikut tema warna wedding anda nanti.



'Cutebox' dijahit dengan sangat teliti kerana setiap sambungan memerlukan penyambungan yang kukuh supaya tak tercabut. Perincian pada 'bride' ditekankan pada bahagian pergelangan baju dan 'handbouquet'nya.

Saiz bantal couple 'Cutebox' ini adalah 11x16.5inchi, lihat gambar di bawah, ya..ada aku yang tengah control pernafasan di situ, menyibuk je~ :p


Itulah saiz bantal Cutebox bila ia siap nanti :)

Itu kalau tema ala-ala Barat, kalau anda lebih gemarkan tema yang Islamik pun, insyaAllah saya boleh buatkan, macam ni...



Bantal couple kahwin bertemakan Islamik. Perbezaannya memang 100% kepada Groom sahaja, daripada memakai kot, saya ubah dia agar memakai jubah. 



Dan untuk menambahkan serinya, saya cuba bereksperimentasi dengan glitter material, dan hasilnya...sangat sesuai untuk wedding! Cuma dalam gambar, kurang nampak kilat-kilat mak jemah dia tu. Hehe :p



Owh lagi satu, customer selalu order set Cutebox dengan sebijik lagi bantal yang ada love-love dan tulisan, seperti ini :





Saya pun tak tahu kenapa, padahal ia bukannya set. Hahaha :p Jadi, pada yang berminat nak tempah, boleh lah tengok harganya dulu ni ya :

Cutebox Set : Rm 165.00
*Tidak termasuk postage Rm6
*Anda akan dapat satu 'Groom' & satu 'Bride'

Bantal petak tambahan : Rm 40 - Rm 50
*Boleh pilih nak glitter atau tidak

Okay, kalau cukup bajet dan berminat nak tempah, bolehlah PM saya di FB 'Hummy Lovey' (Klik).  And sorry, saya takde whatsapp tau. Ngehehe :p Okay tu saje, terima kasih sudi singgah.

p/s : hahah..sopannya entry aku kali ni, ber'saya-saya' gitu...

7 comments:

Unknown said...

Entry ni kena tambah lagi label dia..cantik, murah, yang kemungkinan orang akan cari..panjang2 pun tak pe..asalkan kena dengan keyword ..:p

eima said...

satu pun gambar ai tak leh tgk ... kena tgu FB dah unblock belah petang2 ni le br mai tgk balik .....

Cik Iman said...

O_O mata tu comel terlajak ekeke

nuyui a.k.a miss YUI said...

Uihh cntik..
ad rasa nak buat gini tp.rajin tak mari. Hihik

nur fatinah mohammad shariff said...

Duhh, ngape tak terpikir nak order mase kawen tuarii. Lahaii, omeyy kakkkk :D

reenapple said...

Lynn..nanti wedding aku.. kau kasi ini eh.. haha

hana hadi said...

alololo cutenya mmg sesuai dengan nama cutebox.

dah masuk hari ke 9 tahun baru.
selamat tahun baru 2015 :D