Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 25 August 2015

Menu Kesian Aku Dikala Kegawatan Ekonomi Zaman Study

Salam.
Ni citer lama. Zaman-zaman study yang aku dah tinggalkan dekat 3 tahun. Semuanya sebab aku terjumpa pic ni kat FB tadi...dengan caption 'Menu student yang tengah berjimat'

Haha! Terus tergelak aku. Sebab baru je hari tu aku berbual dengan tunang aku, "Teringat 'masa miskin' masa study kita salu makan nasi lauk telur dadar je kat kedai kan". Memang boleh kata tiap-tiap akhir semester, mesti mengalami masalah kegawatan ekonomi sebab time tu lah nak print beratus-ratus progress kerja dan artwork, final presentation kena lah gah jugak kan...so duit memang laju mengalir bak air terjun.


Itu nombor 3. Nasi Putih dan Telur Dadar lah menu yang paling selalu diorder ketika aku dilanda kegawatan ekonomi.

Nombor 2. Tetap jugak nasik, tapi beli satu jenis lauk je selain telur. Masa beli tu sumbat polisterin dengan banyak-banyak nasi (sampai jadi berat), pastu beli lauk yang boleh dibahagi dua (satu makan tengahari, satu makan petang or malam) contoh macam lauk Sambal Goreng yang ada tempe, tahu tu kan...cara aku makan adalah bagi 2. So, cara ni memang efektif bagi aku sebab makcik kedai tu kira rege macam satu kali makan je. Hahaha~


Nombor 1. Nasi putih beli kat kedai, letak kuah sikit pastu balik dorm makan dengan jajan Muruku Ikan Popo.
Jajan Popo ni aku siap beli yang pek besar punya yang dalam dia ada pek-pek kecik tu. Tahan lah 2 minggu camtu, sebab masa tengok Running Man sambil kunyah je jajan tu. Cepatlah habisnye~

So, nombor satu tu paling legend aku rasa. Aku pun tak percaya aku pernah makan menu camtu. Hahaha~ apapun, tak payah lah rasa kesian sebab aku makan camni, (chewah macam ade orang kisah je haha)...zaman study dulu memang normal lah student dilanda kemiskinan secara tiba-tiba. Ramai student prefer maggi, tetapi sebagai hantu nasik yang selalu laparkan nasik, aku lebih rela makan nasi putih camtu daripada kena makan meggi.

P/s: Okay tu je bye. Selamat berjimat-cermat (n_n)

8 comments:

Mommy Cici said...

babe yang no 3 tu orang panggil Nasi Bujang kan? sampai skrg pun suka mkn macam tu. sedap okay. dapat pulak kedai yg sup kosong dia sedap. layannn je . and betul. waktu nak print artwork tu memang rasa nak nangis. semua nak artcard la. colour la. matik. hahhaa

Nurzakiah Hanum said...

great

aisy haiqal said...

hehehe...menu bajet saya...ns n sayur je..xpon megiiii hwaaaa

aisy haiqal said...

hehehe...menu bajet saya...ns n sayur je..xpon megiiii hwaaaa

Raz said...

makan dgn jajan popo tu rere lah hehehe

anajingga said...

nasi bujang ye Lynn haha :)

Amanda Suria said...

nasi bujang...nasi+ telur mata+ kicap adalah heaven...heheheheh

ENA said...

Ena makan dgn sos...nasi putih+sos..haha.

Kenangan sungguh