Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 26 August 2015

Pesan Ustazah Aku...Belilah Walau Kamu Tak Perlukan Benda Tu

Salam.
Susahkan dunia sekarang ni? Kos sara hidup sangat tinggi sejak negara kita ni membangun dengan pesatnya. Kita yang bergaji ni pun rasa susah, apatah lagi mereka yang masih mengais untuk cari makan. Kadang-kadang, ada yang terlampau susah sampaikan cari jalan untuk berniaga dengan jual benda-benda yang entahlah..sangat sedih untuk kita fikirkan sebenarnya...

Ingat lagi tak nenek tua yang jual asam dan gula2 yg viral di FB?
Nenek ni buta, jual asam dan gula-gula dalam balang. Nenek ni cakap, dia jual gula-gula, asam 20 sen je 1 paket, tapi takde orang pun nak beli. Sedih tak sedih dengar dia cakap camtu? Alhamdulillah ada sorang hamba Allah prihatin, mohon derma ikhlas untuk makcik ni, ramai yang bantu. Semoga ganjaran Pahala buat beliau. Satu persoalan untuk kita, kalau kita nampak macam ni, kita berhenti tak untuk singgah? Kita dah lah tak suka makan manis2, buat sakit gigi, kalau beli pun, siapa yang nak makan?

Pesan ustazah aku masa kecik dulu, kalau nampak orang miskin berniaga macam ni, belilah walaupun kita tak perlukan pun benda tu.Carilah apa-apa alasan untuk beli benda tu. 

Satu pun takpe. Sebab bukan duit yang kita nak cakapkan di sini, tapi tentang 'pembelian' kita tu akan jadi macam satu semangat untuk mereka terus niaga. Tahukah anda betapa gembiranya bila ada orang beli barang yang kita jual? Sangat tak terkata, lebih-lebih lagi buat yang miskin macam ni...kami yang Alhamdulillah senang ni pun kalau mak aku jual nasi kat pasar malam dan takde orang beli langsung, aku dah sedih cam nak nangis dah. Rasa macam kesiannyaaa mak aku....benda ni memang penah jadi, dan aku rasa sambil tulis ni dah nak mengalir air mata dah...haha adoi sedihnya..

Tambah lagi dengan tengok gambar di bawah ni...

Caption mengatakan 'Anak ini telah kematian ibunya dan sekarang ini cuma ada ayahnya. Demi mengenyangkan perut anaknya, seorang ayah sanggup menjual pen-pen di jalan-jalan Beirut... "

Allah hai sedihnyaaa...Gambar tersebut adalah gambar di Syria, sumber oleh FB Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria. (Klik untuk derma) Kau bayangkan tengah-tengah peperangan camtu jual pen? Siapa nak beli? :'( Sedangkan kalau kat sini kau jual pen depan office pun takde orang nak beli sebab berlambak ada kat kedai, apatah lagi kat sana? 

Dalam point ni, kita yang kena bijak menilai. Kita kena 'MELIHAT' dan memahami. Faham kenapa kita kena beli kat dia, bukan kat kedai lain. Di kedai, memang berniaga sebab pekerjaan, tetapi orang susah yang tahap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ni jual barang sebab nak hidup. Jadi lebih afdal kita bantu yang mana? Fikir sendiri.

Ya entri ni lebih pada memahami hidup orang susah, lebih pada renungan supaya kita turut menggembirakan mereka dengan cara membeli selain daripada menderma. Seriously, sesetengah orang susah, tak nak ambil duit senang-senang even dia miskin. Tetap menghulur barang yang dia jual bila orang bagi duit, even orang tu kata dia nak sedekah. Sesetengah mereka lebih suka orang membeli barang yang dijual.

Entri ni jugak lebih pada menyarankan anda untuk 'MEMANDANG SEKELILING' dan 'Berfikir'. Kadang jalan kaki daripada bus stop ke pasar malam, tengok pakcik tua pancing ikan dekat parit yang penuh semak-samun dan bahaya pun aku dah rasa sedih. Aku terfikir dia ni mesti cari ikan untuk jual or untuk bagi keluarga dia makan..ada ke tak ikan yang dia dapat tangkap...kalau ada ular patuk pakcik tu camne? Sape nak jaga isteri dia, anak2 dia...? :'(

*************************************
Ya, aku memang suka banyak berfikir camtu. Tapi akhirnya aku akan doakan sesiapa yang aku jumpa, even aku tak kenal dia...dan even aku tak tahu langsung apa yang aku fikirkan tu betul ke tak...Ya, doakan stranger, mudah-mudahan ada juga stranger yang doakan kita tanpa kita tahu langsung. Amin~

P/s: sekian , entry macam dah lari tajuk ni..hahahaha :p


4 comments:

Amanda Suria said...

hehehe..Lynn ni macam adik akak..tp betul la dan akak setuju ngan entry Lynn ni...

Nadia Johari said...

sedihnya tengok..macamlaki nad dia akan beli kalau nampak macamni

Mommy Cici said...

ala kesiannya . betul tu . bttr kita beli dari orang susah macam ni daripada beli kat kedai . kedai tu dh mmg ada untung

Raz said...

alahaii sedihnya .. huhu.. touching la entri ni