Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 11 August 2015

Cara Semak Baki PTPTN

Salam.

Aku dapat link untuk semak baki pinjaman PTPTN ni melalui email. Masa mula-mula dapat tu awal tahun camtu, tapi tak boleh nak masuk. Lembap gila loading page.

So hari ni, dapat lagi email penghargaan sebab berterusan membayar PTPTN secara teratur dan diselitkan sekali link untuk semak baki pinjaman yang perlu dibayar pada PTPTN.

Aku tak sure if korang pun boleh try ke tidak, tapi cuba je lah kan, kot link tu boleh digunakan untuk semua :) So, bawah ni link dia, klik je.


Log in dan korang akan dipaparkan ke page SENARAI PENDAFTARAN, tengok dekat sidebar kiri, dan klik PENYATA BAKI, so akan keluar macam ni...
*kalau lupa password or terlupa korang dah pernah ada akaun ke belum, klik je terlupa kata laluan tu. Nnati dia emailkan password baru kat email korang.
i. Baki yang ditunjukkan adalah per year. So, baki yang korang tengok pada nombor 1 adalah baki masa awal tahun ni iaitu 1 Jan 2015. Macam aku, baki aku 1 Jan tu tinggal lagi Rm 12,410.90.

ii. Even bulan ni dah masuk bulan 8, tapi aku belum dapat gaji untuk bulan 8. So, maksudnya untuk tahun 2015, aku baru bayar daripada bulan Jan - Julai sahaja = 7 bulan. So, nombor 3 adalah bayaran yang aku buat sepanjang 7 bulan tu iaitu Rm 1002.56.

iii. So, baki awal 1 Jan 2015 tolak 7 bulan bayaran (Jan-Julai) adalah Rm 11,408.34

iv. Jadi, baki hutang PTPTN aku sekarang ni adalah :
RM 11,408.34 / RM 15000.00


*****************************************

Berapa baki korang...?


3 comments:

BTS said...

Bagus lah selalu menyemak hutang dan hendak menyelesaikannya

Raz said...

hahahha... komik tu lawak.. aku punya banyak lg.. haiii malasnya nak bayar LOL

Unknown said...

Baki lagi 20k. Hahaha. Tu pun dh byr byk. Pengsan. Haha