Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday, 9 September 2015

Inilah KILANG BATERI JOHOR Yang Feymes Tu

Salam.


Sebut saja pasal Kilang Bateri, orang JB mesti tahu punyalah kat mana dan camne ghopenye kilang tersebut. Sebuah bangunan ikonik di JB, aku pun xsure apesal. Aku pun masa kecik memang duk area situ je hah, area UDA. Tak sangka pulak skang ni kilang tu dah jadi ala-ala hipster-mall gitu~ Jom tengok!

Ini entrance dia, sebelah kanan tu ada cafe Cupchai tau! Lagi nice sebab konsep outdoor, selesa lah nak melepak kat situ. (pic google)

Aku pernah review cafe CupChai dalam entry INI (klik), tapi yang itu kecik je. Kalau cawangan Kilang Bateri ni luas, siap boleh makan kat tingkat atas tu~ Then, daripada Entrance tadi, masuk je, toleh belah kiri...haaaa....



Terbentang luaaaasss food courtnya~ Meja kerusi semuanya buat daripada kayu pine. Konsep gerainya pula, suka hati. So, takdelah semua kedai sama warna je kan..Boring!


Diorang hias kedai masing2 ikut taste masing. Btw, kami makan kat Food Court Kilang Bateri ni lah hari tu. Nampak tak gerai MOM'S Kitchen tu? Haa...aku dgn mak aku order set Nasi Putih + Daging Masak Kicap + Ulam + Sambal Belacan = RM 6 sahaja!! Sedap gila pulak tu, berbaloi-baloi rasanya!


Semua sedap! Yang bestnya, harga makanan kat sini memang murah-murah bermula daripada Rm4 saje! Ada satu kedai jual Chicken Chop Rm5, hari tu sampai beratur orang nak beli, sedap agaknya. Aku belum rasa lagi. Hehe..so lepas makan, pergi jalan dalam tu pulak.

Macam yang aku cakap, Kilang Bateri ni dah jadi ala-ala hispter mall gitu. Semua kedai yang ada dalam ni memang unik, kecik comel ke sebesar kotak-kotak kontena yang telah diubahsuai. Jom ikut aku! :D



Ada FIXI! Yeayy..tapi aku tak beli pape novel pun, sebab tengah saving. Hehe..btw, aku suka tempat ni. Dalam jangka masa yang panjang nanti, aku rasa kita ni dah tak payah pandang lagi brand-brand luar kot? Brand tempatan anak-anak muda sekarang pun dah cukup membanggakan designnya. So, keep it up! ;)

Tempatnya aku tak tau lah camne nak explain. If korang tau fly over nak ke Plaza Angsana tu, haa masuk lah situ. Then terus je sampai jumpa traffic light simpang 4, terus je lagi sikit, dah sampai. Kilang Bateri kat belah kanan, so korang kena u-turn lah :)

Okay tu je, thans singgah sini (n_n)
Baca sekali REVIEW TERKINI BATERI 2016


13 comments:

Unknown said...

bestnye g jenjalan
JOM FOLLOW SAYA

Unknown said...

Unik je. Hehe. Pernah terbaca dkt blog mana ntah kilang bateri ni. Ke tgk kt fb kawan. Tak ingat la plak. Hehe

aiman mania said...

hhahhahahaa...sungguh hipster design dan dekorasinya....dalam tuh macam ada ghope kilang pon ada..kekkekekekekke...
nampak simple tp ada class!

eima said...

KILANG KOT KEDAI NI DULU2 KOT KAN ... BUBUR TU CAM BESH JE

lynndamya said...

Haa yup2, mmg dulu tu kilang bateri...bateri eveready..hehe

ct cheery said...

Wah..uniknya..mknan murah Dan sedap tu xtahan tu hahah

redha said...

window shopping best kt sini.. baru singgah hari tu..

nilam said...

dulu tempat ni kilang bateri eveready yg cap kucing tu....dekat seabad gak kilang tu bertapak... tetiba je tutup....

Anonymous said...

hip je bsepah..serabut

catherinnezehal said...

asal tempat ni mmg kilang bateri...

zarul farhana said...

buka kul brpa

Unknown said...

brand brand luar kain dia kualiti. susah rosak & tahan lama. kain pun sedap. kalau brand brand local malaysia ni kebanyakannya kain cap ayam. sesuai buat pakai buang. kita kalau nak membandingkan brand luar or malaysia bukan dari segi logo sahaja.

Lala said...

Di situ bnyk kedai ape? Ade tak mcm kedai kedai makeup? Jual jual handbag?