Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 26 November 2012

Owh come on, bilik VIP katanya~~~


Holla !
Semalam
bersamaan dengan
25 Nov 2012
adalah hari
per-conVO-an aku
Hahahaha !

Dan seperti biasa, (macam convo sebulan sekali pulak :p)
seminggu sebelum tu
masa aku ambil jubah,
aku kena booking dulu
barang sebilik dua hotel
Untuk family aku stay
Sebab kitorang duk jauh...

Aku ni memang malas dah
nak merayau-rayau cari hotel masa tu,
so aku terus pergi tengok
hotel yang dekat-dekat area Uitm je~

Konon nak dekat lah check in kat situ
Masa tu bilik family penuh,bilik connecting room pulak dia cakap
kecik, tak muat untuk empat orang
So, dia suggest aku amek bilik VIP,
you alls~~~
Bro tu pulak bercakap
ala-ala bagus benarrr sih kamarnya !
So, aku terpedaya~~(u_u)

Meh aku bagitau keseronokan bilik VIP di sini :D

1. Bilik yang sangat-SANGAT comel untuk 2 orang shj :)

(bro tu kata bilik VIP sesuai untuk 4 orang, and yup, memang sesuai
habis, puihhh..bawah tu letak tilam satu je kitorang terus dah tak leh
gerak nak ke mana-mana)

2. Bathroom nya boleh dibuat badminton court :D

 
(okay, konon terubat lah hati customer bila tengok bathroom yang
panjang dan luas macam ni dalam seekor bilik VIP yang kecik, huu~)

3. Sarapan yang sangat-SANGAT mendietkan ! :D

Nasi Separuh Polisterin \(n_n)/ yeaaaay !!

(aku memang tak tau ape motif diorang letak nasi yang memang sikit
tu ke tepi belah kiri, adakah itu style baru catering di hotel-hotel begini?
ia hanya menampakkan lagi nasi tu mmg sikit...yaaaa, aku sungguh suka !)

dan owh, btw masa check in tu,
aku dengan abah aku yang uruskan
Dan kami sekali lagi terpedaya
dengan reward yang bakal kami dapat
jika kami register sebagai member club~

dan dengan rasminya sekarang,
aku ada card grand tersebut,
warna emas tu~~~huyoo~~~
Damn sangat~
Tak payah buat aku rasa lagi bagus !
Hahaha :p

Owh ye,
sementara bersiap nak
ke dewan konvo,
kitorang sempat
mengabadikan kenangan
dalam bilik VIP tersebut
:D

(Sebesar alam gambar nih, hahaha)

Bila check out je daripada bilik VIP ni,
kitorang dapat lah tarik nafas lega
kerna aku tak apa-apa~~~
Corridor pun aku rasa lagi besar
dari bilik,
abah aku pon sampai cakap
rasa nak tidur je kat dalam bathroom
yang panjang tu, haha

Owh ye, sebelum ada yang judge aku
ni tak bersyukur lah, apa lah...
aku nak mention kat sini,
yang aku bayar mahal untuk satu bilik tu
dan lagi pun ia berTitle VIP,
so sepatutnya bukan lah macam tu kan~
Hahahaha

so that's all,
coming up next is...
My ConVO story !!  <-- br="br" klik="klik">
;D


10 comments:

cik nana said...

sabar jela memang teruk sangat bilik nye tu kalau ckp tu bilik VIP. btw congrats convo !

Lynn Damya said...

cik nana : hahaha tau xpe, terima kasih dear (n_n)

hnahdy said...

tersilap bilik kot.huhu

Fyfy Liew said...

Mcm ni ke bilik VIP? Sedih pula tengok. Hahaha. Kalau fy dah ngamuk kot. Bayar mahal blik kecik. Uwaaaaaaaa

Lynn Damya said...

hnahdy : haha tu lah :p

Fyfy : owhh mmg kitorg dh mengamuk dh tapi dlm bilik je lah, hahaha :p serius fy, kecik gila, huh ! (u_u)

Irma A.Wahid said...

hahahahah....bilik vip yg comelll..tipu je kata baguss bangat sihhh kamarnya...hahah...nasi tu aq makan pun xpuas..dekutt sehhhhhhhhhh

Irma A.Wahid said...

pentipu saja itu org kata biliknya bagusss bangatttt.....nasi dah la sikit....x puasss aku mkn,,,dekuttttttttttt

reenapple said...

setuju setuju. VIP tak macam tu.. heee. Kemaain label VIp..

Lynn Damya said...

Datin irma : hahahahaha amboi kemain semangat lagi ngko komen kann~~lagi2 bab makanan tu, hahaha :p

reenapple : haha tau xpe, VIP sangat ler tu :p

Diyana Syila said...

Hotel mana ni?
next year convo jgk.
taknak lar bilik cmni..
kesian family nty..