Aku ingat lagi, akhir semester 5 masa diploma, aku telah dipaksa habis-habisan oleh
kawan-kawan aku supaya membuat account FB nih. (-_-') Masa tu aku memang buta
IT, yelah awal diploma pon aku still guna disket kan~~
(Rujuk SINI)
So, memang takde perasaan langsung terhadap FB, tapi setelah didesak, aku pon mula
buat acc FB dengan bantuan Jojo, roomate aku yang gila. Hahahaha
|
Antara profile pic aku yang terawal |
Dan, tau apa jadi lepas tu?
Masa cuti semester, aku sanggup ajak mak dan adik aku teman aku ke McD semata-mata
aku nak gunakan Free Wifi kat situ, hanya untuk berFacebook (-_-'), siap sanggup aku
belanjer diorang lagi tu. Betapa rakusnya aku menggunakan teknologi di ketika itu kan~~~
Status apa yang aku update?
Memang tak dinafikan, ketika umur setahun jagung baru nak up masa tu, memang aku
pendiam, tapi bila aku marah or tak puas hati, confirm aku mencarut dekat status tu.
Puas
hati aku ! Puas dapat lepaskan dan rasa puas bila orang tahu yang aku tengah marah masa
tu ! Tanpa memperdulikan perasaan dan sensitiviti masyarakat masa tu, hahahaha..
Tapi itu dulu, lepas kena sound dengan seseorang, aku lebih berhati-hati seperti seorang
artis popular. Hahaha, segala apa yang aku update dan gambar apa yang aku upload harus
tidak 'menyentapkan' orang lain. Begitu juga dgn kata-kata aku. Sekarang, aku still lagi nak
lepaskan perasaan + kegeraman, tapi aku guna double meaning, dan paling kasar pon aku
guna
'Damn'. Hehehe
Kata orang :
"Percakapan kita melambangkan sikap dan perangai kita"
Aku setuju ! Korang? :D
Siapa yang aku add & Siapa yang aku approve ?
Add biasanya takdelah masalah sangat, sbb aku yang add kan. Tapi bab approved ni
aku memang tak berhati perut + kejam. Even kawan universiti aku pon ada yang aku tak
approved. Aku sangat tak suka orang amek tahu pasal hal kehidupan aku. Sebab tu aku
tapis, siapa yang aku benarkan untuk 'tahu' siapa aku & tahu apa aktiviti-aktiviti aku, dan
siapa yang aku tak benarkan.
Memang nampak bajet hot, tapi sebenarnya aku berhati-hati. Aku takkan mudah nak approved
stranger yang baru aku kenal. Almaklumlah, sekarang ni makin ramai orang yang suka dan gila
stalker orang lain kannn~~
Sebab tu, kalau ada kawan-kawan blog aku yang add, aku tak approved. Mohon maaf sangat.
Dunia aku bukanlah Facebook
Tak nak aku hidup dalam Facebook, duk mengadap je bosanggg tahu. Tak habis-habis
menyemak dengan kisah-kisah khalwat Shah Jazle dan baju senaman Shila Amzah...eh? :p
Facebook dengan kehidupan sebenar aku memang lain. Aku tak approved bukan bermaksud
kat luar, aku nampak kau, aku terus nak tembak kau sebab aku tak kawan dengan kau. Bukan~
Hahaha...still boleh kawan, cuma cukup ler kat luar je, Facebook terlalu open, dan aku tak
benarkan orang-orang itu tahu apa aktiviti aku. :D
Owh ya, ini antara
Profile Picture aku di facebook :
So, cukuplah aku ada blog dan Facebook je, nak layan Twitter, Keek bagai tu aku belum lagi
lah kot. Yang dua ni pon komitment tak boleh blahh apa lagi kalau semuanya aku layan kan.
Dah lah aku ni senang lupa password, hadoi~~~
Ehem..ehem...apa pulak
cerita tentang Facebook korang?
(semua pic kartun dalam ni adalah artwork aku, jangan curi faham, kalau tak, aku makan korang!)
Grrrrrrr !!