Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 4 March 2014

Zaman aku... #1


Bila dikenang semula...rasa macam sungguh berbeza zaman sekarang dengan
zaman aku dulu. Berikut adalah beberapa perubahan yang membuatkan
aku seperti 'huuuuUu~ rindunya momen-momen zaman aku
kecik-kecik dulu' T_T

1. Handphone sendiri

 

Ini memang sangatlah ketara, budak-budak sekarang umur 5-6 tahun pon mak
bapak dah belikan handphone, handphone pulak bukan sebarang handphone,
demand yang canggih saja budak-budak ni. Aku dulu, bernasib baiklah dapat
pegang handphone sendiri masa umur aku 16 tahun, tu pun reward daripada
parent sebab result bagus untuk PMR. Thank you mommy dan daddy T_T

Dapat juga hilangkan boring bermain Space War lepas penat study~ Hahaha

2. Duit Syiling


Waktu aku sekolah asrama dulu, inilah nya benda yang paling penting dalam
hidup aku dulu. Handphone coneccting people, dan zaman aku dulu, bukan
handphone-handphone, tapi duit syiling yang meng-connect-kan people.T_T

Terasa risau apabila bekalan duit syiling habis, sebab takde duit syiling, tak boleh
nak call mak! Please tahu, tempoh aku homesick duk asrama tu lama gila okay,
pertengahan form 3 baru aku okay sikit (-_-') Haha~ tiba-tiba aku teringat pulak
aku makan nasi goreng yang mak aku bawakkan, sambil nangis-nangis atas
katil sebab homesick. Owh ye, aku makan nasi goreng tu atas katil aku, katil
double decker yang atas pulak tu. (-_-') erk~

3. Ring Ring Card


Aku tahu pasal kad ni pun lepas aku duk tengok abang-abang dan kakak-kakak
sedara aku duk slumber bergayut gunakan kad ni kat telefon rumah nenek aku. 

So, akhirnya aku pun terjebak jugak guna kad ni masa nak bergayut time-time
kat asrama. Lagipun senang, guna kad ni, tak payah berebut public phone kat
sekolah yang sentiasa ramai tu, sebab ade disediakan telefon khas untuk guna
kad ni. Telefon khas tu pulak letak dalam kawasan asrama je pulak tu, makin
syok lah tengah-tengah malam pun boleh duk bergayut dengan pakwe~ Hahah

Tapi biasanya, aku akan beli kad ni time ada duit lebih, erk...dan akan habis
pada satu malam je, sebab over gila berbual lama nak mampos sampai habis.
Lepas tu, kumpul baliklahhh duit syiling, hahah :p

4. Tulis Biodata

Aku rasa aku kenal pelukis karya ni, tapi aku tak ingat sama ada di Facebook atau
di blog, harap dia tak marah aku pinjam artwork dia untuk letak kat entry ni..
Okay, ini aktiviti yang paling sweet dan paling common dilakukan di saat-saat
dah nak habis tahun persekolahan ataupun seseorang murid tu nak berpindah
ke sekolah lain. Tiap-tiap tahun, bila dah nak dekat time cuti sekolah panjang tu,
aku akan beli satu buku nota yang mana covernya haruslah berglitter-glitter
dan comel, lepas tu bawak pergi sekolah, dan paksa semua kawan-kawan aku
tulis biodata diorang dalam tu! Hahaha :D

Bila fikir-fikir balik, motif entah nak tulis biodata bagai, minta no fon dan
birthday je dah lah, hahaha kawan-kawan aku pun duk semangat tulis, nak
siap letak-letak gambar bagai~ macam aku nak sangat je tengok gambar diorang~
HAHAHA :p ada yang tulis makanan dan minuman kegemaran, kau ingat aku
nak belanje kau makan? Ada yang tulis warna kegemaran siap haa, macam
lah aku kisah. Hahaha...tapi aku yang mintak tu...(-_-')

5. Minat Artis

Ingat kumpulan apa ni?
Okay zaman dulu, mana lah nak ada fanpage dekat Facebook bagai, yang ada
hanyalah muka-muka artis ni dekat paper, kalau nak ambil tahu pasal artis kena
lah beli magazine bagai. So, untuk menunjukkan minat kepada artis lah kononnya,
aku buat benda-benda yang hmmm.......(-__-)

Paling aku tak boleh lupa, dulu aku minat Siti Nurhaliza (dulu dia belum jadi dato).
Aku gunting gambar-gambar dia yang ada kat paper, kat magazine, kat majalah
lucah Mangga dan sebagainya, kumpul banyak-banyak dan letak dalam satu buku
nota aku. Ala-ala koleksi lah gitu~ Siap letak caption bagai. Alahai, kanak-kanaknya
aku dulu T_T terharu bila fikir diri sendiri buat macam ni dulu...hahaha

Owh ye, lagi satu; buku lirik lagu. Korang pernah buat tak?? Serius yang ini pon
aku pernah buat gak..hahaha

:p


Haaa tu jelah yang aku ingat skang ni. Otak aku dah lapar dah ni. Eh, perut aku
dah lapar, so aku nak lunch jap, Jommm makan nasi rabbit aku ni~ google je :P



4 comments:

msredcheesecake said...

hahaa... akk ada buku lirik lagu, tapi kawan akk yg tuliskan...dia rajin carik, akk rajin nyanyi...

reenapple said...

babe.. zaman kita sama! I miss that moment. Hurmm )

areinazlan.blogspot said...

Hp same..dlu first dpt hp yg cm2 la wk2 form 4 bru dpt gne hp,zaman skrg bdk2 tdika dh ada hp cnggih..

eima said...

hanya nomot satu je aku penah buat .. kekeke

aku ni lain mcm sikit ..sampai skrg kot .... aku slalu je nk berbeza ngan org ... sbg contoh la kan ... aku kekalkan pakai tudung bawal dr mula kerja sampai skrg ... tak penah sekali pun dtg ke pej pakai tudung lain ... hahahaha
even aku sendrik dulu gile fareeda tp aku hanya pakai kat luat pej ... kat opis ai is minah sempoi yg pakai crocs ... kekeke