Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 20 October 2014

Bila Graduan Boleh Mula Bayar Balik PTPTN & Bagaimana ??


Salam...


Okay seriously, lepas ni aku wajib tulis pasal benda-benda macam ni dalam blog. Sebab bila makcik aku tanya camne anak dia nak mohon PTPTN, aku terus blur, hampeh tak ingat, yang aku ingat banyak gila borang kena sain dan kena beratur panjang.Then, baru-baru ni bila adik aku tanya camne cara nak bayar PTPTN, aku terus blur. Lupa habis. (-..-) Akhirnya, aku kena bukak segala laman web Ptptn bagai tu dan cari balik link-link yang berkenaan dan study macam manakah caranya. Owh seksa okay~

So, graduan-graduan yang baru habis study sekarang ni, mungkin ada yang begitu semangat nak membayar PTPTN kan? Tapi tak tahu macam mana prosedurnya...haha jangan risau, camni :

Bila ???

6 bulan lepas korang habis belajar. So, notis bayaran akan sampai pada korang-korang si penghutang Ptptn ni dalam bulan ke-7 camtu. Dan bila dah dapat notis ni, korang kena memberi feedback kepada pihak PTPTN okay!

Feedback tersebut adalah dengan mengisi

*Pada borang tu, korang boleh pilih sama ada nak bayar sendiri atau nak bayar melalui potongan gaji tiap-tiap bulan (kalau korang dah kerja lah kan)

So, lepas tu dah boleh terus bayar lahhh (n_n)

**********************************************

OPPPSSS !!! KALAU TAK BERI FEEDBACK / TAK BAYAR, APE JADI???


Lepas dapat notis, korang tak beri feedback dalam masa 2 bulan, pihak PTPTN akan bagi korang 1st warning...kalau korang ignore lagi untuk 2 bulan, dapat 2nd warning....and the third warning is the last warning...tu yang maybe blacklists or tak lepas nak ke overseas bagai tu~ agaknya lah, dengar-dengar nya macam tu..hehe 
*melainkan korang ada sebab yang kukuh untuk ini (borang untuk menangguhkan bayaran balik)

********************************************

Saluran Untuk Bayaran Balik PTPTN

Hampir semua bank ada khidmat untuk bayaran balik pinjaman PTPTN ni (Maybank, CIMB, BSN, etc...) Aku bayar kat pos laju je, sebab senang sekali dengan urusan pengeposan bantal-bantal aku tu. Pergi kaunter, tanya camne nak bayar PT, nanti dia bagi satu borang, so bawaklah balik banyak2 borang tu, senang isi kat rumah, sampai sana terus bagi dengan duit sekali..hehe

***************************************

Penetapan Jumlah Bayaran Balik PTPTN Untuk Sebulan

Okay, jangan risau. Jumlah ni ada tertulis dalam notis bayaran yang korang dapat tu nanti. Contoh macam aku, dalam notis tu dia nyatakan aku kena bayar Rm138 sebulan. Mampu lah kan, tapi tempoh bayaran dia tu ada dalam 15 tahun gak lah aku menanggung. Haha, nak buek camno aih, aku ni bukan anak oghang kayo~ haha so, tiap bulan aku bayar Rm 140 (Rm2 tu servis caj)

******************************************

Haa okay! Itulah sedikit sebanyak penerangan untuk PTPTN ni. Harap bermanfaat, even sebenarnya aku tulis untuk rujukan aku sendiri, haha. Senang orang tanya, aku tak payah susah-susah lagi, tengok je kat blog sendiri :p Hehe



 Muda-muda lagi aku dah ada hutang sampai RM 15000... :') Tu baru hutang PTPTN je tu~~~


6 comments:

Mad Parihh said...

betul2 time nak daftar punye la bnyak borang2 . parihh pt jgak

Diana Rashid said...

akak dengan suami tak de hutang ni..maklum la..belajar tak tinggi..heheh

ct cucubi said...

betul tu lynn, tapi kalau terus dapat kerja lepas study lebih baik terus buat pembayaran walaupon belum terima surat arahan bayaran balik. sebab dallam tempoh 6 bulan ni 'interest' blom mula dikenakan. nantilepas 6 bulan tu baki kita dah berkurangan jd interest akan dikira berdasarkan jumlah yg tinggal masa tu.

dan sebenarnya kita tak mesti byr ikut arahan dalam surat tu. kalau mampu, bayar lebih. lagi banyak kita bayar interest untuk bulan2 seterusnya akan berkurangan sedikit2..

dan kalau dah tinggal sikit je baki pinjaman dan kita mampu byr terus, boleh contact ptptn dan tanya ttg nak buat pembayaran habis, nanti diorang akan kirakan jumlah patut byr.

kita boleh cek baki pinjaman dekat website ptptn- klik terperinci.. boleh tgk dgn jelas jumlah interest yang dikenakan tiap bulan.. mmg rasa nak pengsan.. tp sikit2 lama2 jd bukit..

alhamdulillah dah hbs byr.. :)

Aisya A. said...

sy plak 25k ni ha.. ntah sampai bila nk membayar baru habis.. tetiap bulan byr rm200, biar byr lebih.. kot2 boleh habis byr cepat. kot je lah. sobs

Elya Roza said...

heehehe...at least byr kann ...dari tak byr langsunggg...:)

Avery Mary said...

Sis, Klau belum graduate(tgh foundation) lagi but ptptn dah biaya habis and nak bayar awal camane? Sebab nak ambil scholarship lain nak sambung Degree. Notis tu akan kluar bila graduate je kan? Boleh bagi tips? Thanks