Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 20 May 2012

Ketenangan Hari Ahad


Pagi ini....
err tak berapa nak pagi sangat lah.....
Aku bangun jam 10.40 pagi......
Mengeliat sambil berguling-guling~

Lepas mandi ala-ala di waterfall, 
perut mula berdendang sayang lagu Terukir di Bintang,
meminta di isi.....

Berlenggang kobis lah aku turun ke bawah
untuk mencari dua bungkus nasi, 
pakej makan tengahari dengan makan petang sekali...

Cuaca sangat baik hari ni, 
panas terik tapi angin meniup mesra selembut bahasa

Selepas beli nasi, aku kembali ke bilik dan makan
sambil menonton filem-filem Melayu tempatan atau
yang aku panggil ' movie masa makan' seperti cerita
Cuti-cuti Cinta (u_u)


Owhhh angin hari ni sungguh merdu sekali, 
menerpa masuk ke bilik aku dengan indah sekali
sampai membuatkan aku rasa seperti berada di pantai


Lalu tanpa berlengah aku pasang lagu-lagu berentak slow
dan instrumental, dan berbaring ala-ala di kerusi malas
tepi swimming pool. Cermin mata di tolak ke atas dahi.
Perasaan masa tu macam artis yang bercuti ke luar negara
untuk release tension.


Kemudian, aku tertidur lagi.....lagi dan lagi, dan bila
bangun, aku terus menaip entry ini untuk berkongsikan
ketenangan hari Ahad yang begitu aman hari ni.

Sekian, terima kasih~

Ditulis oleh si hijau daun <-- sape ni? (O_o')

 

2 comments:

Anonymous said...

sungguh romatis hari ahad u yang..penuh puitis..serasa2 i jua turut menikmati angin seperti yg u rsakan..maka dgn bahagianya mentarik bantal dikala angin spoi2 bahasa..
haha
ditulis oleh a bouquet of flower ;)

Nong Andy said...

bolehkah aku jelez wahai adik Lynn Damya?